Ladang Durian Dikaitkan Dengan Pemaju Lapangan Terbang Kulim Terowong Bawah Laut P Pinang



(Malaysiakini) – Ketika kerja-kerja pemulihan dijalankan di kampung-kampung berhampiran Kupang, Baling selepas banjir besar melanda pada 4 Julai lalu, pemilikan ladang durian yang dikatakan sebagai punca bencana itu kini menjadi perhatian .
Menurut laporan berita sebelum ini, projek itu dibangunkan oleh ECK Sdn Bhd.
Nama firma itu bagaimanapun tidak disebut dalam kenyataan media oleh kerajaan negeri selepas banjir itu melanda.
Semalam, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata kerajaan negeri sedang dalam proses menentukan pemilik serta siapa yang memulakan penanaman durian itu memandangkan projek itu sudah lama dan banyak perubahan berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Pun begitu, dalam satu kenyataan pada 6 Julai lalu, jurucakap kerajaan Kedah, Urusetia Penerangan Darul Aman menamakan Aman Mega Sdn Bhd sebagai syarikat usaha sama untuk pembangunan ladang hutan berkenaan.

Siapa ECK dan Aman Mega, dan adakah mereka mempunyai kaitan?
Pengaruh kuasa pasangan suami isteri, pemaju besar
Menurut Suruhanjaya Syarikat, ECK Sdn Bhd tidak wujud tetapi firma dengan nama ECK Development Sdn Bhd dan Aman Mega dikaitkan melalui pengarah dan pemiliknya.
Mereka ialah Khor Eng Chuen, 58, dan isterinya, Ginney Chew, 43, dari George Town, Pulau Pinang.
Pasangan bergelar “Tan Sri ” dan “ Puan Sri ” itu masing-masing mempunyai pengaruh kuasa yang besar dan dikaitkan dengan pembangunan berprofil tinggi di Pulau Pinang dan Kedah.
ECK Development ialah syarikat usaha sama bagi Lapangan Terbang Kulim yang menelan belanja berbilion ringgit dan pemaju projek terowong bawah laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.
ECK Development mengambil alih ekuiti untuk projek terowong bawah laut Pulau Pinang daripada Consortium Zenith pada Januari tahun lepas. Ia menandatangani perjanjian usaha sama projek Lapangan Terbang Kulim dengan kerajaan Kedah yang diwakili Sanusi, Ogos lalu.
ECK Development juga merupakan penaja utama Persatuan Bola Sepak Kedah, dengan Chew dinamakan sebagai tokoh penting dalam pengambilan jurulatih Sepanyol, Ramon Marcote pada 2017.

Kaitan dengan firma pengubahan wang haram
Menariknya, ECK Development dikaitkan dengan MBI International Sdn Bhd – sebuah firma yang terlibat dalam penipuan dan pengubahan wang haram, dan pengasasnya yang menjadi buruan, Tedy Teow digelar “Jho Low 2 ” .
Beberapa eksekutif MBI International didakwa melakukan pengubahan wang haram, termasuk anak lelaki Tedy Teo Ee Meng.
Bagaimanapun, pada 2019, keluarga Teow menjual sahamnya dalam ECK Development, manakala Khor membelinya. Chew dan seorang lagi pemilik nominal, Rohana Shariff, menjadi pemegang saham pada 2020.
Rohana hanya memiliki 40 peratus saham berbanding 300 juta milik pasangan itu.
Setakat 8 Mei 2020, ECK Development juga dilaporkan telah disenaraihitamkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana gagal membayar kompaun, tetapi tidak lagi berada dalam senarai kemas kini pada 15 Mei tahun itu.
Pada 9 Mei tahun itu, ia menderma RM1 juta kepada Penggerak Komuniti Negara, sebuah NGO yang penaungnya ketika itu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.
Ini berdasarkan hantaran Instagram Zuraida yang kini dipadam tetapi telah tersebar secara meluas.
Dalam tempoh itu, Zuraida telah mendapat kritikan daripada lawan politiknya, yang menggesa dia meletak jawatan berhubung perkara itu.
ECK: Kami patuh semua peraturan
Malaysiakini telah menghubungi ECK Development untuk mengulas mengenai peranan ladang berkenaan dalam banjir yang melanda melalui e-mel dan panggilan telefon serta sedang menunggu maklum balasnya.
Ketika dihubungi oleh The Star pada 2019, ECK memberitahu akhbar itu bahawa ia telah mematuhi semua peraturan.
Penduduk mendakwa tidak pernah mengalami banjir seteruk ini sebelum projek tanaman durian itu dijalankan, walaupun hujan selama dua tiga hari.
Aktivis alam sekitar telah memberikan amaran tentang kemungkinan bencana akibat pembukaan hutan untuk projek di kawasan berbukit itu.
Mereka berkata pembukaan hutan di lereng bukit dan berhampiran sungai menjejaskan keupayaan semula jadi untuk mengurangkan aliran air semasa hujan lebat, menyebabkan sejumlah besar air, enap cemar dan serpihan mengalir ke hilir kampung.
MBI Kedah berkata ia telah mendapat kelulusan untuk membangunkan ladang hutan seluas 1,074 hektar di lapan kompartmen Hutan Simpan Gunung Inas. Ia adalah bersamaan saiz kira-kira 1,400 padang bola sepak.
Ia berkata 600 hektar telah dibangunkan sebagai tapak penyediaan, di mana 52 hektar ditanam dengan anak benih, tetapi kerja-kerja dihentikan apabila diarahkan oleh kerajaan negeri pada 2020.
Sanusi berkata dia mengarahkan kerja-kerja dihentikan dan pokok ditanam di sana untuk menutupi tanah yang dibersihkan, berikutan aduan banjir-banjir kecil di hilir.
Pada Rabu, menteri besar berkata siasatan mendapati kolam tadahan di ladang durian itu masih utuh, menunjukkan ia tidak menyumbang kepada banjir.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/07/08/ladang-durian-dikaitkan-dengan-pemaju-lapangan-terbang-kulim-terowong-bawah-laut-p-pinang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Projek Ladang Durian Musang King Punca Banjir Di Baling Penduduk

Projek Ladang Durian Musang King Punca Banjir Di Baling Penduduk

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 341 hits
Hujan lebat berterusan selama tiga jam sejak jam 2 petang semalam telah menyebabkan air Sungai Kupang melimpah ke kawasan penempatan penduduk di Baling Media melaporkan setakat ini bencana banjir yang berlaku membabitkan sembilan buah kampu...
Baling Berduka Ladang Durian Jadi Tanda Tanya

Baling Berduka Ladang Durian Jadi Tanda Tanya

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 370 hits
Memandangkan teruknya banjir dan versi yang bercanggah oleh pemimpin yang disebutkan perlu ada ketelusan dalam penyiasatan mengenai punca banjir kerana kejadian seperti itu tidak boleh dibiarkan berulang Mereka yang bertanggungjawab mesti d...
Guan Eng Terima 10 Komisen Dari Projek Terowong Dasar Laut

Guan Eng Terima 10 Komisen Dari Projek Terowong Dasar Laut

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 176 hits
Guan Eng terima 10 komisen Mahkamah Sesyen di sini diberitahu wang tunai RM3 3 juta diserahkan kepada Lim Guan Eng iaitu 10 peratus daripada keuntungan bersih syarikat kontraktor yang mengendalikan projek terowong dasar laut dan jalan utama...
Sprm Cari Unsur Rasuah Salah Laku Dalam Projek Ladang Durian

Sprm Cari Unsur Rasuah Salah Laku Dalam Projek Ladang Durian

papar berkaitan - pada 11/7/2022 - jumlah : 245 hits
SPRM cari unsur rasuah salah laku dalam projek ladang durian Dikemas kini 59 minit yang lalu Diterbitkan pada 10 Jul 2022 10
Lapangan Terbang Kkia Bakal Berpindah Ke Kimanis

Lapangan Terbang Kkia Bakal Berpindah Ke Kimanis

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 826 hits
KKIA mungkin berpindah ke Kimanis KKIA mungkin dipindah dari Petagas Kota Kinabalu ke Kimanis KUALA LUMPUR Kerajaan Sabah menerusi cabang pelaburan strategiknya Qhazanah Sabah Bhd memeterai Memorandum Persefahaman dengan pemaju hartanah Ber...
Bitcoin Lebih Banyak Penurunan Harga Di Bawah 19 743

Bitcoin Lebih Banyak Penurunan Harga Di Bawah 19 743

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 177 hits
Bitcoin menjunam dalam jangka pendek selepas gagal mengeluarkan rintangan yang diwakili oleh 21 708 Kini ia didagangkan pada tahap 20 052 pada masa penulisan Cryptocurrency berada betul betul di atas halangan penurunan harga yang kuat BTC U...
Nak Bantu Anak Speech Delay Kena Mulakan Seawal Anak Usia Bawah 3 Tahun

Nak Bantu Anak Speech Delay Kena Mulakan Seawal Anak Usia Bawah 3 Tahun

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 261 hits
Bila anak masuk usia dua tahun ibu ayah mulalah cemas bila mana anak masih tidak mengeluarkan perkataan bermakna Bimbang anak lambat bercakap dan seterusnya delay dalam segala hal Inilah yang membimbangkan ibu bapa Namun tip paling penting ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025