Ladang Buluh Comersil 4 Perkara Bukan Motong Pakai Baju Hujan Ha Ha Ha
JOM KREATIF
Buluh: Gagasan Khairuddin tak sama idea Teresa
CERITA buluh. Buluh tak dak dosa apa pun. Mencadangkan tanaman buluh dikomersilkan pun bukan salah. Orang motong getah ketawa dan pekebun sawit pun ketawa berdekah-dekah waktu Teresa Kok cadang dulu itu kerana yang sampai ke telinga orang ialah disuruh tebang getah dan sawit, ganti dengan tanaman buluh – untuk atasi masalah harga komoditi getah dan sawit yang jatuh merudum.
Ditambah pula dengan cadangan Teresa supaya pergi menoreh pakai baju hujan. Akibatnya kisah masa depan industri buluh tak sampai, tenggelam dalam kebodohan cadangan pergi motong pakai baju hujan.Cadangan Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali At-Takiri hari ini ialah bangunkan ladang buluh, sebagai tanaman komersil, bukan ganti ladang getah dan sawit dengan ladang buluh. Ini cerita daripada bab buluh daripada Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali At-Takiri, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang mengambil tempat Teresa… mengenai buluh…(1) Saiz pasaran dunia untuk buluh ialah USD68.8 bilion. Pada tahun 2017, industri buluh di Malaysia mencatatkan hasil RM20 juta. Namun, pada 2019, zaman Teresa Kok menjadi Menteri daripada PH, Malaysia hanya menyumbang RM9 juta dalam industri itu.(2) Setiap satu hektar tanah boleh ditanam 400 rumpun buluh dan setiap rumpun menghasilkan pendapatan sebanyak RM80 atau RM32 ribu sehektar setiap kali dituai.(3) Jika keluasan ladang adalah 100 hektar X RM32 ribu = RM3.2 juta setiap tuaian.(3) Soft loan (pinjaman mudah) disediakan oleh Kementerian untuk pembangunan ladang buluh atau RM10 ribu per hektar.Dengan keluasan 100 hektar, penanam boleh memohon pinjaman mudah daripada Kementerian sebanyak RM1 juta.Pinjaman selama 15 tahun itu perlu mula dibayar balik pada tahun ke-7. (Islamic loan sedang diuruskan).(4) buluh memerlukan masa 3 tahun untuk matang dan boleh dituai dua kali setahun. Buluh akan membiak selepas itu selama tempoh 100 tahun.Itu saja cerita buluh yang tidak dapat diceritakan dengan sempurna oleh Menteri sebelum ini, menyebabkan orang ketawa. Dia sendiri tak tahu apa yang dia mahu sampaikan. Kenapa sampai disuruhnya pekebun kecil menebang getah sawit tanam buluh?Kalau begini kisah industri buluh dapat diterangkan oleh Teresa, dan masa depan yang buluh mampu tawarkan, kenapa ada orang ‘terbulu-bulu’ mahu ketawa?MUHAMMAD SANUSI MD NOR – HARAKAHDAILY 16/4/2020
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2020/04/ladang-buluh-comersil-4-perkara-bukan.html