Labur Rm10 Juta Yoo Jaesuk Jadi Pemegang Saham Ketiga Terbesar Antenna Music
Sepertinya semakin kuat hubungan Yoo Jae-suk bersama Antenna Music kini.
ARTIKEL BERKAITAN
"Ramai Cakap Saya Sama Seperti Yoo Jaesuk.." - Kim Jongkook
Terbaru, pengacara No 1 Korea itu dilaporkan telah melaburkan sebanyak 3 bilion won dan menjadi pemegang saham ketiga terbesar dalam agensi berkenaan.
Menurut laporan itu, Yoo Jae-suk pada awalnya mencadangkan pelaburan itu bagi membantu Antenna yang asalnya merupakan syarikat produksi muzik bagi memulakan langkah secara tetap dalam bidang kandungan hiburan.
Pada 9 Jun, dia memiliki 2,699 saham Antenna, anak syarikat Kakao Entertainment sebanyak 3 bilion won (RM10.7 juta). Disebabkan Yoo Jae-suk tidak berkhidmat sebagai eksekutif berasingan dalam syarikat itu, pelaburan itu tidak didedahkan.
Terdahulu, Yoo Hee-yeol melabur sebanyak 3.2 bilion won (RM11.4 juta) pada hari yang sama dengan Yoo Jae-suk bagi menjamin 21.37% dan menjadi pemegang saham kedua terbesar Antenna.
Oleh kerana pangkat pengacara itu meningkat sebagai pemegang saham, khabarnya dia akan terlibat secara aktif dalam bidang kandungan seperti hiburan di mana ia merupakan kepakarannya selain mendidik bakat baru yang lebih muda.
Antenna juga turut membuka saluran YouTube digelar ‘Ddeun Ddeun’ menerusi studio hiburan persendirian Antenna Plus tahun lalu. Sejak itu, ianya sudah berkembaag dalam skop produksi dengan merancang dan menghasilkan pelbagai kandungan seperti “Pinggyego”, satu lagi program hiburan web.
Dalam pada itu, Antenna merupakan rumah kepada artis seperti Jung Jae-hyung, Jung Seung-hwan, Kwon Jin-ah, Lee Mi-joo, Lee Jin-ah, Sam Kim, Lucid Fall dan Peppertones serta penambahan terbaru iaitu pasangan Lee Hyo-ri dan Lee Sang-soon.
Wow!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/labur-rm10-juta-yoo-jaesuk-jadi-pemegang-saham-ketiga-terbesar-antenna-music/