Laaaaa Haramjadah Sungguh


 

Pemimpin Umno dakwa aktiviti maksiat berleluasa selama 32 tahun Pas mentadbir Kelantan
April 29, 2022 Walaupun digelar sebagai Serambi Mekah dan sudah ditadbir golongan agamawan selama lebih 30 tahun, Kelantan belum cukup Islamik, kata pemimpin Umno.
Bahkan kata Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub berdasarkan pandangan parti itu selama 32 tahun PAS mentadbir Kelantan aktiviti maksiat dan kemiskinan masih berleluasa.
Justeru menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang, Ahmad Jazlan berkata, Umno dan BN berjanji untuk menjadikan negeri Cik Siti Wan Kembang itu lebih Islamik berbanding sekarang.
Jelasnya antara aspek yang akan ditekankan jika BN berjaya menguasai Kelantan ialah usaha membawa keluar rakyat negeri itu daripada kepompong kemiskinan.
Turut ditawarkan ialah khidmat pendidikan agama lebih baik, dan penguatkuasaan jenayah syariah yang lebih serius.
“Kalau Umno-BN memerintah Kelantan nanti, bidang agama ini akan diuruskan oleh ulama.
“Umno juga tokoh-tokoh ulama yang akan kami ketengahkan kali ini dan mereka yang akan membantu kerajaan,” katanya pada sidang media selepas program makan colek bersama media Kelantan di Kota Bharu, semalam.
Tambah Ahmad Jazlan, bidang agama negeri pula adalah di bawah bidang kuasa sultan yang dibantu oleh majlis agama Islam dan jabatan berkaitan. Selain itu katanya Kelantan juga mempunyai mufti sendiri.
“Mereka itulah yang akan menentukan fatwa-fatwa. Kalau ulama jadi menteri besar pun dia tak boleh buat fatwa.
“Selama ini kita saja bangga kononnya Kelantan dipimpin ulama, saya pun tak tahulah kalau setakat Kota Bharu Bandaraya Islam, apakah yang lebih Islamiknya?” kata ahli parlimen Machang itu lagi.
Pada masa sama, menurut Ahmad Jazlan, jika BN mentadbir Kelantan dasar melarang kedai nombor ekor, penjualan arak juga akan dilarang.
Janji kurangkan kemiskinan
Terdahulu Ahmad Jazlan ditanya sejauh mana masyarakat Kelantan sebati dengan pentadbiran PAS yang menampilkan tokoh-tokoh agama dan apakah BN juga akan mengambil pendekatan sama untuk menawan hati rakyat pada PRU ke-15 nanti.
Untuk rekod PAS dan Umno mempunyai sejarah perseteruan yang panjang sebelum hubungan itu cuba diperbaiki selepas kedua-dua parti menjadi pembangkang selepas PRU ke-14 dengan menandatangani piagam Muafakat Nasional.
Di sebalik hubungan tersebut, kerjasama dalam kerajaan Kelantan dan Terengganu – yang dikuasai PAS – tidak terjelma seperti sepatutnya.
Selepas kedua-dua parti terbabit menjadi kerajaan pusat, hubungan itu kembali retak dan kian tegang.
Ahmad Jazlan berkata BN berjanji jika diberi peluang menjadi mentadbir, Kelantan akan menjadi sebuah negeri yang lebih Islamik berbanding sekarang kerana sebuah kerajaan bukan sekadar tidak memiliki kedai nombor ekor dan arak saja.
“Kalau dipimpin BN, kami akan sediakan peruntukan khusus untuk memperkukuh penguatkuasaan dalam bidang Islam, macam mana kita nak membanteras (jenayah) berkaitan dengan syariah.
“Saya boleh bagi jaminan, kalau BN memerintah, Kelantan ini akan lebih Islamik daripada PAS,” katanya.
Mengenai aspek sosial, Ahmad Jazlan berkata, turut diberi perhatian ialah usaha mengurangkan kadar kemiskinan dan membawa masyarakat yang tercicir kepada kehidupan lebih baik.
“Kalau kita tak buat dalam masa lima tahun, pilihan raya seterusnya saya minta rakyat tolong tarik balik sokongan (daripada BN),” katanya..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/04/laaaaaharamjadah-sungguh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Rendang Daging Power Masuk Bawang Goreng Rasa Lagi Sedap Padu Sungguh

Resipi Rendang Daging Power Masuk Bawang Goreng Rasa Lagi Sedap Padu Sungguh

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 150 hits
Selain ayam rendang daging antara yang menjadi kegemaran ramai Macam mana nak buat rendang daging padu lagi sedap Rendang daging yang satu ini lain dari yang lain Mana tidaknya penambahan bawang goreng yang digoreng berasingan buat rendang ...
Cantik Sungguh Kajol Malaysia Copy Paste Muka Pak Azad Version Kulit Mommy

Cantik Sungguh Kajol Malaysia Copy Paste Muka Pak Azad Version Kulit Mommy

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 109 hits
Ramai sedia maklum pasangan selebriti Eira Syazira dan Azad Jasmin atau mesra dipanggil Pak Azad dikurniakan tiga cahaya mata perempuan yang comel Bagaimanapun antara ketiga tiga anak Pak Azad anak sulung Ammara Sofea Rose yang sentiasa jad...
Coklat Almond Nibs Sedap Tak Manis Pun Resipi 2 Bahan Senang Sungguh

Coklat Almond Nibs Sedap Tak Manis Pun Resipi 2 Bahan Senang Sungguh

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 181 hits
Teringin nak buat biskut raya tapi tak mahu guna banyak bahan Ini antara salah satu pilihan untuk anda Tanpa perlu guna tepung telur dan bahan bahan lain hanya guna dua bahan saja boleh siap Paling penting sedapnya tu tak boleh bawa bincang...
Resepi Tart Nenas Double Gemuk Azlina Ina Puas Makan Inti Padat Padu Sungguh

Resepi Tart Nenas Double Gemuk Azlina Ina Puas Makan Inti Padat Padu Sungguh

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 160 hits
Selain dohnya yang gebu dan sedap inti tart nenas juga memainkan peranan Resipi tat nenas yang dikongsikan chef media sosial Azlina Ina ini bukan biasa biasa Intinya penuh dan padu Nak buat macam mana tak lokek berkongsi resipi bahkan siap ...
Transit Aliran Automatik Di Putrajaya Percuma Selama Tiga Bulan

Rumah Terbuka Wld Raya 2024

Pramugari Malaysia Airlines Meninggal Dunia Tak Sempat Pulang Ke Tanah Air

Apa Itu Wang What Is Money

Doubletree By Hilton Presents Signatures Across The State A Makan Kitchen Showcase

Beyond Lettuce Wraps Unleash The Power Of Low Carb Bread

Dapsy Open Up Uitm S Cardiothoracic Surgery Post Grad To Non Bumi To Prepare For Ageing Population Challenges

Buasir Otak Tv Telefon Apa Kuat Mencarut Be Like



10 Fakta Biodata MK K Clique Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Gandingan Erysha Emyra Yang Beristerikan Siti Hajaar Syeikh Nordin

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria


Benarkah Orang Yang Syahid Tidak Merasakan Sakit Mati

Sama Nama Kitabnya Beda Ulama Penulisnya

Definisi Umur Warga Emas

Pangkat Tentera Darat Malaysia Lencana

Sebutkan Satu Ayat Tentang Rahasia Yahudi By Dr Hm Rakib S H M Ag

Ai Team Subscribers Mei 21 2024