La Pascualita Misteri Gadis Pengantin Yang Disumpah


Patung yang memakai pakaian pengantin di sebuah butik di bandar Chihuahua di utara Mexico bukan sebarangan patung! Teori yang berlegar sejak dulu, La Pascualita sebenarnya bukanlah sekadar patung. Kononnya, La Pascualita berasal daripada tubuh seorang gadis yang telah diawet menjadi patung!


Ada juga yang menggelarnya sebagai pengantin yang mati akibat disumpah!

Pada bulan Mac 1930, pertama kali patung La Pascualita dipertontonkan kepada umum disebalik kaca butik tersebut.

Sebaik diletakkan disebalik cermin, patung yang didandan dengan pakaian pengantin ini cukup mudah menarik perhatian mata pengunjung yang lalu lalang di situ.

Ramai yang memuji La Pascualita dan dianggap sebagai manekuin terbaik pada kualitinya pada zaman itu.

Raut wajah yang cantik mempesona, bola mata yang bulat dan galak serta kulit wajah yang cantik kemerahan, membuatkan mata yang memandang tidak lekang untuk terus melihat La Pascualita.

Bagaikan ada kuasa magnet yang menarik mata pengunjung untuk terus memerhatikan susuk tubuh patung ini.

Warga kota Chihuahua merasakan ada suatu kelainan pada menekuin La Pascualita. Memandang patung itu bagaikan melihat seorang gadis hidup, yang mempunyai jiwa.

Banyak ciri-ciri manusia terlihat pada patung ini. Rambut, raut wajah, kulit, malah kukunya tampak seperti manusia sebenar.

Apabila diamati, penduduk mendapati wajah La Pascualita mirip dengan wajah Pascualita Esparza, pemilik butik itu pada zaman berkenaan.

Maka, tersebarlah khabar angin yang mengaitkan patung itu dengan anak pemilik butik tersebut.

Penduduk mula percaya, manekuin La Pascualita adalah anak gadis Esparza yang telah menemui ajal akibat digigit labah-labah beracun pada hari perkahwinannya.

Esparza dituduh mengawet mayat anak gadisnya, lalu dipakaikan pakaian pengantin pada hari perkahwinan tersebut. Setelah itu, patung mayat anak gadisnya itu ditayangkan disebalik cermin butik tersebut.

Ketika khabar angin itu hebat diperkatakan, Esparza telah tampil menafikan dakwaan penduduk. Namun, tindakannya sudah terlambat. Tiada siapa yang percaya dengan penafiannya.

Dari sudut positif, khabar angin itu berjaya menarik perhatian ramai pengunjung. Bukan warga tempatan sahaja, malah pelancong dari luar termasuk para pengkaji sanggup datang untuk menyaksikan sendiri keanehan La Pascualita.

Ini kerana manekuin berpakaian pengantin ini turut diiringi dengan pelbagai kisah seram. Kononnya, anak mata patung ini boleh bergerak-gerak, mengikuti gerak langkah pengunjung didalam butik berkenaan.

Ada yang mengatakan posisi patung ini sering berubah-ubah daripada posisi asal. Kononnya, La Pascualita akan 'hidup' dan bergerak-gerak terutamanya pada waktu malam.

Namun, apa yang lebih menggemparkan, sejak tahun 70an, kulitnya yang kelihatan seperti 'hidup' terutama pada jari-jemari dan tangannya. Garisan tapak tangan dan kukunya kelihatan betul-betul seperti manusia.

Bahkan, pada kakinya juga kelihatan garisan varises atau urat nadi yang timbul, menguatkan lagi kepercayaan bahawa La Pascualita pada asalnya adalah seorang manusia!

Kononnya, anak matanya boleh bergerak. Kuku dan garisan jari-jemarinya juga tampak hidup

Bagaimanapun, kajian yang dijalankan sebuah muzium menafikan dakwaan itu. Ini kerana mustahil seseorang itu mampu mengawetkan mayat manusia dengan bentuk yang amat sempurna.

Ditambah pula dengan kulitnya yang mulus seperti porselin walaupun sudah berusia puluhan tahun.

Namun, penafian itu tidak berjaya mengekang kepercayaan pengunjung. Semakin ramai yang datang, bukan sekadar memerhati malah turut merenung berjam-jam lamanya ke arah patung itu.

Jawapannya tetap sama, mereka percaya La Pascualita berasal daripada seorang manusia!

Anda percaya?

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2014/02/la-pascualita-misteri-gadis-pengantin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Misteri Ufo Memburu Pesawat Udara

Misteri Ufo Memburu Pesawat Udara

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 227 hits
Pada 4 Jun 2013 sebuah pesawat Boeing 757 milik China Airlines sedang dalam penerbangan dari Chengdu ke Guangzhou bila tiba tiba kedengaran suatu bunyi yang kuat di bahagian kepala pesawat Sebaik sahaja kedengaran bunyi tersebut pesawat mul...
Misteri Kapal Kapal Yang Hilang Di Segitiga Bermuda

Misteri Kapal Kapal Yang Hilang Di Segitiga Bermuda

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 516 hits
Kehilangan pesawat pesawat dan kapal laut di Segitiga Bermuda merupakan misteri kehilangan yang sukar untuk dibuktikan Ini adalah sebahagian daripada pesawat pesawat dan kapal kapal laut yang hilang secara misteri di Segitiga Bermuda Gambar...
Antikythera Misteri Kecanggihan Artifak Purba

Antikythera Misteri Kecanggihan Artifak Purba

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 241 hits
Pada tahun 1901 sekumpulan penyelam melakukan pencarian di dasar lautan berdekatan Pulau Antikythera di Yunani Di situlah terkuburnya bangkai kapal Rom yang gah suatu ketika dahulu Sebuah serpihan artifak purba dibawa naik Strukturnya ganji...
Misteri Bulatan Aneh Di Gurun Namib

Misteri Bulatan Aneh Di Gurun Namib

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 278 hits
Berjuta juta bulatan aneh yang digelar sebagai Fairy Circle telah muncul di sebahagian besar tanah tandus di Gurun Namib Afrika Selatan Misteri bagaimana corak pelik itu hadir atau mengapa ia wujud di daerah tersebut pernah mencetuskan perd...
Misteri Manusia Bercahaya Lady Of Fatima

Misteri Manusia Bercahaya Lady Of Fatima

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 336 hits
Segalanya bermula pada Mei 1917 apabila tiga orang kanak kanak mendakwa mereka melihat seorang wanita yang lebih bercahaya daripada matahari memancarkan satu sinar yang terang berbanding kristal dengan jasad seolah olah ditembusi cahaya Per...
Misteri Petir Menyambar Berterusan 106 Hari

Misteri Petir Menyambar Berterusan 106 Hari

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 183 hits
Sebuah fenomena alam yang masih jadi misteri salah satunya yang berlaku di Venezuela Selama beratus ratus tahun ada petir misteri menyambar di titik yang sama di atas tasik Maracaibo Istimewanya kilat misteri itu pasti terjadi selama 160 ha...
Penyanyi Lagenda Yantzen Alami Penyakit Misteri Rupanya Ini Yg Dia Tanggung Yang Ramai Tak Sangka

Penyanyi Lagenda Yantzen Alami Penyakit Misteri Rupanya Ini Yg Dia Tanggung Yang Ramai Tak Sangka

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 397 hits
PENYANYI veteren Yantzen tidak melatah apabila dilemparkan pelbagai komen negatif susulan tular video memaparkan dirinya didakwa berada dalam keadaan tidak normal baru baru ini
Kim Seonho Dilamar Terajui Drama Misteri Dead Person

Kim Seonho Dilamar Terajui Drama Misteri Dead Person

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 335 hits
Adakah Kim Seon ho bakal muncul dalam sebuah drama baru tak lama lagi ARTIKEL BERKAITAN Menurut laporan media pelakon lelaki itu bakal menerajui drama web bertajuk Dead Person yang membawa kisah seorang kakak yang tidak mempercayai kematian...
Yantzen Alami Penyakit Misteri Sudah 6 Bulan Tak Tidur Saya Ada Buat Perubatan Islam

Yantzen Alami Penyakit Misteri Sudah 6 Bulan Tak Tidur Saya Ada Buat Perubatan Islam

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 264 hits
Tak mudah melatah dengan dakwaan netizen penyanyi senior Yantzen atau nama sebenarnya Yantzen Juniwan enggan mengambil kisah mengenai komen negatif yang mengatakan dia dalam keadaan tidak normal baru baru ini Menurut laporan mStar penyanyi ...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apakah Hukum Membaca Surah Al Sajdah Dalam Solat Subuh Setiap Jumaat

Xiaomi 17 17 Pro 17 Pro Max Dilancarkan Secara Rasmi

Cara Mohonan Mykasih 2025 Syarat Kelayakan Kadar Bantuan

Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi