La Cottage Cafe Chalet Kampar Perak Konsep Makan Dalam Sungai


La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak | Konsep Makan Dalam Sungai | Makan dalam sungai? Atau makan atas sungai? Kalau dalam sungai, blup blup la kan? Hahahhahaha. Mesti korang pernah melihat di media sosial konsep makan dalam sungai menjadi trend terbaru di Malaysia. Dikatakan mengambil idea di Thailand. Di Malaysia ada hampir lebih 20 lokasi makan dalam sungai. Antara yang popular adalah BBQ Lamb KL Kemenseh, Castella Cafe Grik, Rimba Cafe Baling dan yang terbaru tular di media seluruh Perak La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak. Kesempatan cik en ke Ipoh minggu lepas, cik en dan bersama rakan rakan cik en, Criz Lai, Tan See Wah, Lia Hasty dan Nazrul mencuba La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak | Konsep Makan Dalam Sungai



La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak | Konsep Makan Dalam Sungai
Cafe ini terletak di Kampung Sahom Kampar dan diusahakan oleh Chef Akob dan Chef Adila. Sesiapa yang melalui jalan lebuhraya PLUS boleh turun di Tol Gopeng. Dari Tol Gopeng ke La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak ini ambil masa dalam 17 minit dan berhampiran dengan Sahom Rocky Garden, Sahom Valley Resort dan Embun Resort Lake Sahom. Kalau korang sampai, korang boleh parking dibahagian bawah berhampiran cafe. Jika penuh, terpaksa parking di tepi jalan atau diatas jambatan. Jadi parking agak terhad jika waktu kemuncak. 

Kami sampai masa itu ada lebih kurang 7 atau 8 keluarga sedang menjamu selera dan ada yang sedang bermandi manda. Jadi pastikan korang buat tempahan awal. Kebetulan, La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak baru saja di tularkan di media seluruh Perak. Mungkin kerana ini, masa kami sampai, ramai orang sedang menikmati menu makan tengah hari. 

Kami parking kereta di tepi jalan dan berjalan kaki turun kebawah dan dalam masa yang sama di kiri kanan terletak bunting pakej menu yang tergantung di pokok kelapa sawit. Jadi sambil berjalan, sambil la tengok menu yang ada. Anyway, makan di La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak diajak oleh Criz Lai yang telah menempah set udang galah.


Meja kami sudah tersedia dan hanya menunggu makanan siap sahaja. Sementara itu, cik en dan Lia Hasty dengan photographer kami Nazrul ahahahha buat sesi bergambar gambar. Selesai bergambar cik en pun tukarlah baju dan terus la masuk sungai.. Huuuiii sejuk aihhhh. Macam sungai di kampung cik en je. Dah lama tak mandi sungai ni. Menahan sabar melihat adik adik mandi ini sebabnya cik en akan berendam selepas makan.


Masa yang ditunggu tunggu telah tiba. Makanan satu persatu dihidangkan. Nampak sedap kan? Sabar jap na, sebelum cik en komen sedap kah? berbaloi kah? Kita close up setiap makanan ini. 

Sebagai seorang yang mempunyai tekak Melayu, cik en suka dengan Gulai Kawah dia. Daging dia lembut dan rasa umbut pisang. Yang letak umbut pisang ini selalunya sebelah Utara punya style. Kari dia kari melayu phew. Hahhaha

Udang Galah dia ok, cuma sedikit kecik dan Chef Akob maklumkan, musim udang galah yang diterima kecil sedikit. Agak kecewa tapi menunya sedap. Cik en suka sambal udang galah dia. 

Nasi Teratai dia tak ada rasa yang lain, masih sama. Cuma di balut dengan daun Teratai. Disebabkan cik en tak suka nasi yang sedikit lembik pun, jadi nasi itu cik en just ambil sikit je. Tapi masih nice, korang jangan pulak fikir lembik macam bubur itu. Bab nasi cik en memang memilih sikit


Ayam Bakar dia sedapppp. Lembut dan rencah dia memang cik en suka. Cik en memang cadang korang ambil ayam bakar dia asing kalau tak ada dalam pakej. Tak liat macam ayam bakar lain. Serius memang sedap


Kerabu Taugeh kot nama dia sebab dalam menu hanya kerabu. Yang ini menu kegemaran cik en. Pergi la kemana pun, kalau ada menu kerabu, cik en akan ambil itu dulu. Dan masa makan ini, memang kerabu yang cik en ambil dulu. Cik en rasa cik en makan lebih untuk kerabu itu. Sedap dan menyelerakan cik en.


Ada 2 jenis ikan masin yang cik en nampak iaitu ikan masin talang dan ikan masin bulu ayam. Ikan masin talang sikit sangat dibagiiii. Dan ikan masin bulu ayam tak berapa rangup. Tapi ok la. Boleh la makan. Sepatutnya ada ikan rebus kan dalam menu tapi ditukar kek telur masin.. Yummy sangat. Kegemaran betul telur masin ini


Sambal yang ada, sambal tempoyak, sambal belacan dan air asam bersama ulam ulaman. Sambal tempoyak dia padu tapi lagi 2 tu, cik en tak rasa, so tak boleh nak komen. Hahahahha

Dessert dia bubur caca dan buah buahan. Bubur caca dia tak terlalu manis dan tawar. Kira sesuai la untuk semua lapisan umur. Cuma buah dia mungkin dipotong lebih awal, jadi tak nampak kesegaran. Tapi semua itu cik en tak kisah sebab tembikai yang dihidangkan masih ok dan tak ada la rasa masam walaupun nampak tak seperti baru dipotong. 

Komen untuk lokasi pula, sangat sesuai, tak jauh dari lebuhraya dan senang jumpa. Batu yang ada besar besar jadi macam sakit sikit kaki. Tapi perlu ada, sebabnya kalau pasir saja yang ada, rasanya kerusi meja makin lama makin tenggelam. Menurut owner La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak , beliau sendiri menyapu batu sungai itu. Bukan macam kedai lain, cafe yang menggunakan konsep makan dalam sungai, kena lebih alert dengan persekitaran seperti keadaan air, keadaan cuaca dan lain lain lagi. Jarak antara La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak dengan air terjun lebih kurang 30km. jadi risiko untuk dibawa arus sangat rendah dan setiap kali pelanggan datang, Chef Akob atau staf yang lain akan menunjukkan dimana mereka melihat keadaan cuaca di gunung dan tanda tanda jika air akan naik. Kalau tak ada siapa beritahu, tanya saja, mereka kaan tunjukkan.


Kesimpulan yang cik en boleh bagi, dari segi makanan tip top, cuma ada gangguan lalat mungkin kerana ada durian. Ataupun memang musim lalat. Cik en tak kisah sebabnya di Manjung ini, dah selalu dapat aduan lalat. Hihihi. Apa apa pun ada tudung saji disediakan. Jadi lepas mandi boleh makan balik. Hahahhaha
Jika korang nak ke La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak ini, korang boleh ke 
La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak Jalan menduk Sahom,kg sahom, Kampar, perakNo Telefon :013-4966014Facebook : La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak Instagram : La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak Maps : maps.app.goo.gl/RY6XdsoqxXhgua1R9

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.nurfuzie.com/2020/07/lacottage-cafe-chalet-kampar-perak.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+EintanNurfuzie+%28Eintan+Nurfuzie%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
25 Tempat Makan Best Sekitar Sungai Buloh Untuk Sarapan Sampai Dinner

25 Tempat Makan Best Sekitar Sungai Buloh Untuk Sarapan Sampai Dinner

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 617 hits
Senarai Tempat Makan Best Sekitar Sungai Buloh Yang Mana nak jalan2 cari makan2 ke sini bolehlah survey2 tempat2 ni yer
Usah Makan Hati Baik Makan Hati Lembu Masak Pengantin Barulah Ceria

Usah Makan Hati Baik Makan Hati Lembu Masak Pengantin Barulah Ceria

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 345 hits
Kata orang kalau makan hati atau sakit hati boleh memudaratkan kesihatan Tapi kalau makan Hati lembu pasti merangsang selera dan menceriakan semangat kan Sudah diuji di dapur RASA keenakannya tak tertanding hingga boleh menjilat jari Hati l...
20 Menu Wajib Try Makan Kat Campur Campur Kitchen Dpulze Cyberjaya

20 Menu Wajib Try Makan Kat Campur Campur Kitchen Dpulze Cyberjaya

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 886 hits
Assalamulaikum semua Makan makan Eh dah lama betul tak lepak gathering dengan kawan kawan sejak PKP bulan Mac tahun ni Hari ni tak sangka boleh jumpa ramai the gang kat restoren Campur Campur Kitchen Lepas setel kerja half day tadi terus BB...
Cermin Mata Ini Mampu Manupulasi Selera Makan

Cermin Mata Ini Mampu Manupulasi Selera Makan

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 349 hits
Semua orang tahu kunci berhasilnya seseorang mendapatkan tubuh yang langsing adalah berdiet dalam masa berdiet seseorang dituntut untuk mengatur pola makan Namun mengatur pola makan ini justru menjadi masalah bagi seseorang yang sedang mela...
Suami Isteri Sedia Makanan Percuma Menerusi Rumah Makan Percuma

Suami Isteri Sedia Makanan Percuma Menerusi Rumah Makan Percuma

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 426 hits
ALOR SETAR Prihatin dengan nasib segelintir masyarakat yang terkesan akibat penularan pandemik COVID 19 seorang usahawan berjaya dan isterinya mengambil inisiatif membuka Rumah Makan Percuma di sini untuk menyediakan makanan secara percuma ...
Suami Isteri Bina Rumah Makan Percuma Untuk Semua Orang Makan Percuma

Suami Isteri Bina Rumah Makan Percuma Untuk Semua Orang Makan Percuma

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 319 hits
Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan pelbagai bantuan diberikan kepada orang ramai yang memerlukan dari pelbagai pihak Rumah Makan Percuma Selain itu pasangan suami isteri di Alor Setar ini mengambil inisiatif menyediakan makanan percuma b...
Jamuan Makan Besar Cny2020 Yang Lazat Dan Meriah Hanya Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam

Jamuan Makan Besar Cny2020 Yang Lazat Dan Meriah Hanya Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 382 hits
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Sekejap je rasa kita baru sambut Tahun Baru 2020 dan kini tidak lama lagi Tahun Baru Cina pula bakal menjelma wah seronok cuti lagi heheheBagi yang balik ke kampung tu moga semuanya dimudahkan urusan dan...
Bab Duit Belanja Eloknya Bincang Banyak Sikit Wajib Bagi Jangan Sampai Pasangan Makan Hati

Bab Duit Belanja Eloknya Bincang Banyak Sikit Wajib Bagi Jangan Sampai Pasangan Makan Hati

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 364 hits
Tanggungjawab memberi nafkah diamanahkan kepada ketua keluarga iaitu suami yang wajib memberi nafkah menjaga kebajikan isteri dan anak Bahkan jika berlaku perceraian suami masih wajib memberi nafkah sepanjang isteri berada dalam edah dan na...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba