L Dubai Tunggul Disangka Hantu Dia Pukul Aku Dia Menangis


 

DIMULAKAN jenama langkah untuk mengubah kerajaan oleh kumpulan Langkah Kajang dan juga kumpulan demonstrasi jalanan yang mahu memaksa kerajaan diubah berslogankan ‘Reformasi’.
Kemudiannya, mereka meletakkan jenama Langkah Sheraton dan kerajaan tebuk atap kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mendapat Akuan Berkanun (SD) yang mencukupi mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan.
Pihak yang mengambil langkah dan berusaha menarik wakil-wakil rakyat, melakukannya dengan janji diberikan jawatan menteri, kedudukan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan lain-lain. Di samping itu, mereka memberi sogokan wang bagi menjatuhkan Kerajaan PN dan Barisan Nasional (BN), sehinggakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) terpaksa diadakan.
Maka, terbentuklah sebuah Kerajaan Perpaduan yang setiap parti komponennya mempunyai masalah dalaman masing-masing, apa lagi kalau mahu membentuk perpaduan dengan komponen lain yang nyata mempunyai ideologi yang berbeza dan saling bercakaran antara satu sama lain dalam kempen pilihan raya yang baru saja berlalu.
Dalam sistem demokrasi, perubahan dilakukan oleh rakyat secara langsung melalui pilihan raya atau wakil rakyat yang dipilih mengadakan undi tidak percaya di Parlimen atau menyatakan SD yang mencukupi jumlahnya. Bertindak menolak kerajaan yang ada dengan jumlah sokongan yang mencukupi, secara rela hati tanpa diugut atau disogok dengan jawatan mahupun wang, atau dengan maksud yang lainnya tanpa rasuah.
Pengalaman suka menipu, berbohong, memberi sogokan, ugutan, boleh melakukan apa-apa sahaja, dan boleh berpura-pura bersih dan telus, termasuk dalam kalangan mereka laksana kata pepatah Arab:
ضَرَبَنِي وَبَكَى، سَبَقَنِي وَاشْتَكَى.
“Dia yang memukul diriku, dia pula yang menangis. Dia yang berlaku zalim terhadapku, dia pula yang mengadu.”
Saya sangat bersetuju dengan komen wartawan veteran, Abdul Kadir Jasin berkenaan politik wang dan Langkah Dubai, bahawa ia mestilah datang daripada pihak yang mempunyai wang dan menguasai kalangan yang diharapkan mendapat wang, dikatakan mahu bertindak menjatuhkan kerajaan yang berjenama Madani. Sedangkan, pihak kerajaan sekarang yang menguasai wang dan dapat mempengaruhi mereka yang mencari segala projek yang menghasilkan kewangan dengan cara yang paling mudah.
Adapun pihak pembangkang pula disekat peruntukan yang wajib diberikan, bahkan dibekukan perjalanan kewangannya dan juga disita. Pada masa yang sama, pihak yang menyokong pihak pembangkang pula dilakukan sekatan dan disusahkan kerana dianggap menjadi pencabar paling bahaya terhadap kerajaan.
Kerajaan Madani yang tidak nyata asas tamadunnya telah menubuhkan kerajaan laksana pokok yang reput akarnya, sehingga ditakuti ia akan tumbang disebabkan oleh angin yang bertiup perlahan sahaja, apa lagi kalau berlaku taufan dan tsunami.
Mendengar guruh di langit sahaja sudah disangkakan mesti akan datang angin yang dapat menumbangkan pokoknya yang tidak berakar tunjang kuat. Laksana kata-kata dalam pantun Melayu yang tidak lupa:
Melukut di tepi gantang,
Buka sanggul mencari kutu,
Orang yang takut akalnya hilang,
Jumpa tunggul dikata hantu.
Telah ditubuhkan sebuah kerajaan berjenama perpaduan dan Madani yang kabur makna madani yang diuar-uarkan, sehingga dikatakan penyokong juga ikut membangkang terhadap ucapan-ucapan di Parlimen dan kenyataan media secara terbuka.
Malah, banyak janji yang tidak mampu ditunaikan, cakapnya pula tidak serupa bikin. Banyak kenyataan yang bercanggah, sekali gus menandakan kerapuhannya umpama retak mencari belah.
Keadaan ini menjadikannya sedang berada dalam keadaan yang sentiasa mengganggu pentadbiran dan pengurusan. Semuanya sedang disaksikan oleh rakyat termasuk bukan pemerhati politik yang tidak berpolitik merasa bimbang dalam keadaan negara yang sebegini rupa, laksana penumpang yang berada dalam kenderaan yang pemandunya tidak diluluskan lesennya.
Walaupun sudah berada dalam blok kerajaan yang berkuasa, tetapi lantang suaranya dan cepat langkahnya mengulangi perangainya semasa menjadi pembangkang dahulu.  Sentiasa mencari kesalahan pihak yang menyebut kelemahannya atau mengetahui kesilapannya atau dianggap ingin mencabar kuasanya, maka cakapnya berdegar-degar, terus tidak menunaikan janjinya, lain yang ditanya lain yang dijawab, atau gelabah bertindak dahulu sebelum disiasat, tangkap dahulu sebelum nyata penyiasatannya.
Kerajaan Perpaduan yang melangkah laksana anak ayam kehilangan ibu, kerana ibunya ke sana ke mari mencari makanan dengan meninggalkan anaknya sehingga boleh disambar helang yang sentiasa mencari peluang. Bapak ayam pula memang tidak mempedulikan anak kerana sibuk mengejar ayam betina lain.
Semua parti yang memilih konsep demokrasi mahu menjadi kerajaan, bukan sekadar menjadi pembangkang sepanjang masa. Pihak kerajaan pula tetap akan mempertahankan kedudukannya.
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan rakan-rakan dalam PN memilih pendekatan mempertahankan kepercayaan rakyat secara langsung dan tidak langsung, tidak perlu kepada budaya ‘shopping’ Ahli Parlimen dengan menggunakan duit yang banyak dan janji-janji, tetapi berpijak di bumi yang nyata mengamalkan politik demokrasi yang sebenar. Kami bergantung kepada rakyat dan pengorbanan mereka bersama PAS sejak penubuhannya sehingga kini. Orang yang tidak boleh bertahan melalui ribut dan gelombang politik ini umpama mereka yang mabuk kapal di lautan. Apa yang dapat dirempuh oleh gelombang yang diadakan ini, laksana gerak air kopi yang dikacau dalam cawan oleh sudu yang kecil.  
PAS terus bersabar sejak ditubuhkan pada tahun 1951 dengan hanya satu kerusi, diikuti pasang surut politik kerana gelombangnya dan terus beristiqamah dalam semua keadaan. Walau bagaimanapun, PAS tetap bersedia dan berusaha menunggu perubahan kerajaan melalui proses demokrasi dan Raja Berperlembagaan. Menarik diri daripada demonstrasi jalanan kerana ia dahulu pernah menyusahkan rakyat dan tidak mempunyai wang yang banyak melainkan daripada sumbangan rakyat terutama kalangan yang miskin.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 22 Jumada al-Akhirah 1445 / 5 Januari 2024 – HARAKAHDAILY 5/1/2024
Komen Weblog Ibnu Hasyim: L/Dubai: Tunggul disangka hantu, dia pukul aku, dia menangis!
Lihat komen ini..
(i) Tun M nafi jadi dalang Langkah Dubai


KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau merupakan dalang  rancangan untuk menggulingkan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Perdana Menteri dikenali sebagai Langkah Dubai.

“Terdapat banyak kekacauan sejak beberapa hari lalu mengenai Gerakan Dubai dan ada yang mengaitkan saya dengan percubaan yang dikatakan untuk membentuk kerajaan pintu belakang.

“Pertamanya, saya sudah lama tidak ke Dubai,” kata beliau melalui tulisannya di X.

Tambahnya, Langkah Dubai halal tetapi beliau tidak terlibat.
“Keduanya, sepanjang ingatan saya, usaha politik langkah-melangkah, kerajaan pintu belakang atau backdoor Government (Kerajaan pintu belakang) adalah kepakaran Perdana Menteri.
“Saya pasti ramai yang masih ingat langkah 16 September tahun 2008 untuk menubuh backdoor Government. Selain itu, ada juga Langkah Kajang untuk naikkan isteri jadi MB Selangor,” tulisnya di Facebook miliknya pula.
Dia juga menyatakan, ada juga langkah yang bersandar kepada ‘I have the numbers’ dan juga langkah ‘strong, formidable and convincing majority’.
“Semuanya adalah langkah-langkah untuk mengambil-alih Kerajaan secara backdoor (pintu belakang).
“Semasa langkah-langkah ini sedang diusahakan ia tidaklah dianggap derhaka, satu pengkhianatan atau akan menyebab Kerajaan tidak stabil, merosak ekonomi atau melanggar prinsip demokrasi.
“Kerajaan pintu belakangnya halal dan suci asalkan dapat jadi PM,” tulisnya di Facebook. – HARAKAHDAILY 5/1/2024 
(ii) Ismail Sabri dalam Langkah Dubai. -(Harapan Daily)


Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan bahawa beliau terlibat dalam Langkah London yang telah dilaporkan sebelum ini.
Menerusi satu hantaran di laman media sosial Facebook, beliau menyatakan bahawa beliau terlibat dalam “langkah keluarga di Dubai”. Ia frasa yang digunakan beliau untuk menyatakan bahawa beliau sedang bercuti bersama keluarga di Emiriyah Arab Bersatu.
“Langkah London??? Ini namanya langkah keluarga di Dubai.”
“Dubai itu di UAE bukan di London.
“Kalau di London, tentu kami dah beku kesejukan sebab London tengah musim sejuk,” Ismail menyatakan dalam hantaran di Facebook.
Turut disertakan gambar beliau bersama keluarga beliau di hadapan Legoland Dubai yang terletak di Jalan Syeikh Zayed, Abu Dhabi.
Langkah London merupakan langkah yang dikatakan diambil oleh sebilangan pemimpin Umno tertinggi untuk menjatuhkan presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam sesi pemilihan Umno yang dijangka akan berlangsung dalam bulan Jun atau Julai tahun ini.
Baca juga: Langkah London melalui Umno untuk jatuhkan kerajaan?
Hishamuddin sebahagian daripada Langkah London? 


(iii) Al-hamdulillah, tahniah pimpinan PAS terima darjah kebesaran daripada Agong.


KUALA LUMPUR: Pujian dan syukur kepada Allah SWT dan merafak sembah junjungan terima kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di atas pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan kepada beberapa pemimpin PAS.

DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan mengurniakan penganugerahan Pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) pada 4 Jan 2024 di Istana Negara kepada Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr. Rosni Adam; Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr. Najihatussalehah Ahmad; dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor.  
Terdahulu, Agong telah mengurniakan Johan Mangku Negara (JMN) kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh pada 28 Dis lalu.
Turut menerima kurniaan pada hari tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Al Fadhil Ustaz Azhar Yahya; Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil;  dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Haji Mohd Misbahul Munir Masduki yang menerima penganugerahan Pingat Kesatria Mangku Negara (KMN).
Selain itu, turut menerima penganugerahan penganugerahan Pingat daripada YDPA ialah  Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Sabri Azit yang menerima anugerah Johan Setia Mahkota (JSM).
Ketika dihubungi HarakahDaily, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Al Fadhil Ustaz Azhar Yahya berkata, ini merupakan kali pertama beliau menerima penganugerahan daripada YDPA.
“Alhamdulillah, segala puji kehadrat Allah SWT di atas kurniaan yang diperoleh ini.
“Setiap anugerah adalah satu kegembiraan. Kegembiraan yang dipanjatkan kesyukurannya kepada Allah SWT. 
“Kegembiraan yang meningkatkan semangat untuk terus menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara,” kongsinya. 
Sementara Dr. Najihatussalehah pula meluahkan rasa terharu di atas kurniaan yang dianugerahkan kepadanya.
“Saya rasa terharu dan berterima kasih kepada YDPA atas kurniaan ini dan rasa terus termotivasi untuk terus memberikan sumbangan masa, tenaga dan kerja khas untuk agama, bangsa dan negara,” katanya. – HARAKAHDAILY  5/1/2024
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Sekian.








Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

Siri kebangkitan 'damai' se dunia Israel/AS berakhir.. 
1. Doa rakyat K'tan-M'sia untuk Paleestin. & DAP/PAP ...2 .Kebangkitan 'damai' se dunia.. & burung unta soro...3. Kepada peminat filem, Gaza karya fiksyen?4. Ada kapal terkait Israel, serang! Ranapkan..5.Tel Aiv diserang HAMAS, Iran, Yaman & +++6. Israel kalah perang di Gaza. & kesan di M'sia..7. AS Tiba-Tiba 'Bela' Hamas, mengapa?8. Gencatan senjata, Israel/HAMAS awal kemenangan Is...9. Rahsia kekuatan HAMAS. & Misteri wanitanya..10. Ini, Mossad Israel, buru HAMAS hingga ke M'sia, ki...11. Ini, Abu Ubaidah jadi hujung tombak Al-Qassam HAMAS.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2024/01/ldubai-tunggul-disangka-hantu-dia-pukul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lokman Adam Confirms Langkah Dubai Does Exist And Mahathir Daim Behind It

Lokman Adam Confirms Langkah Dubai Does Exist And Mahathir Daim Behind It

papar berkaitan - pada 31/12/2023 - jumlah : 248 hits
Langkah Dubai a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim s administration is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right hand man Tun Daim Zainuddin According to the ...
Pn Didakwa Sedang Atur Langkah Dubai Gulingkan Pmx

Pn Didakwa Sedang Atur Langkah Dubai Gulingkan Pmx

papar berkaitan - pada 31/12/2023 - jumlah : 245 hits
HarapanDaily comSITI NUR ZAWANI nbsp Pembangkang kini dilaporkan sedang mengatur satu lagi usaha merampas kuasa Persekutuan secara tebuk atap melalui Langkah Dubai yang semakin kuat diperkatakan Selepas siri Langkah Sheraton dan Langkah Lon...
J Kom Dakwa Langkah Dubai Dirancang Gulingkan Kerajaan Anwar

J Kom Dakwa Langkah Dubai Dirancang Gulingkan Kerajaan Anwar

papar berkaitan - pada 31/12/2023 - jumlah : 210 hits
Malaysiakini nbsp Gerakan terbaru sedang dirancang bagi menjatuhkan kerajaan perdana menteri Anwar Ibrahim yang didalangi pemimpin parti pembangkang termasuk wakil tertentu kerajaan dakwa Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti ...
Langkah Dubai Hanya Khayalan Kalau Benar Cukup Jumlah Di Kedai Mamak Pun Boleh Jatuhkan Kerajaan

Langkah Dubai Hanya Khayalan Kalau Benar Cukup Jumlah Di Kedai Mamak Pun Boleh Jatuhkan Kerajaan

papar berkaitan - pada 31/12/2023 - jumlah : 231 hits
Saya kadang kadang hairan mengapa mereka dalam PH dan kerajaan sendiri ikut teruja dengan gembar gembur tidak benar kononnya ada Langkah Dubai untuk menjatuhkan kerajaan PN yang semakin kehilangan sokongan dan setakat ini sudah lima Ahli Pa...
To Counter Langkah Dubai Lokman Makes Police Report Against Muhyiddin Yassin And Ismail Sabri

To Counter Langkah Dubai Lokman Makes Police Report Against Muhyiddin Yassin And Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 31/12/2023 - jumlah : 167 hits
Police are to investigate a report lodged by an Umno leader into possible misuse of RM700 million in public funds meant for federal government publicity campaigns from 2020 to 2022 Umno communications director Lokman Noor Adam said one of h...
J Kom Claims Dubai Move In The Works To Topple Anwar Administration

J Kom Claims Dubai Move In The Works To Topple Anwar Administration

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 162 hits
A new plot is in the works to topple the current prime minister and the government claims Community Communications Department deputy director general Ismail Yusop Dubbed the Dubai Move Ismail alleged that the movement arose during the vacat...
So Dubai Move Is Not A Rumour Anymore

So Dubai Move Is Not A Rumour Anymore

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 240 hits
It looks like the rumoured Dubai Move is not a rumour anymore Here is Malaysiakini with some more news about the Dubai Move new plot in the works to topple gomen claims J Kom deputy DG become public knowledge about Dubai holiday by PN leade...
Claim Of Dubai Move Just A Mind Game Says Bersatu Man

Claim Of Dubai Move Just A Mind Game Says Bersatu Man

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 156 hits
Bersatu Youth chief Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal said there were agents trying to woo opposition MPs with offers of development funds PETALING JAYA A recent claim by a government propaganda chief of a so called Dubai Move to unseat the...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Resipi Cheese Tart

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor