Kwsp Untung Bermakna Rakyat Yang Untung


Baru-baru ini, apabila berbincang tentang pakej projek MRT2 yang dibatalkan, saya mengulas tentang kroni saya sebenar-sebenarnya ialah rakyat. Hari ini saya ingin mengulas lebih lanjut tentang isu ini terutama tentang KWSP.

Sepanjang masa ketika saya adalah PM, kebanyakan projek-projek besar dianugerahkan kepada syarikat-syarikat di mana pemegang-pemegang saham utama adalah institusi seperti Khazanah, KWSP, Tabung Haji, PNB dan sebagainya.

Manfaat dari polisi ini, nilai dan pulangan kepada simpanan rakyat di dalam tabung-tabung ini naik dengan baik.

Kecuali tahun 2015 dan 2016 di mana harga minyak dunia menjunam dan mengakibatkan prestasi Bursa Malaysia tidak begitu baik; secara umumnya kadar dividen KWSP naik hampir setiap tahun sehingga memperoleh dividen 6.9 peratus di mana untuk tahun lalu ia adalah tertinggi bagi tempoh 20 tahun.

Dalam tempoh saya menjadi PM, jumlah aset KWSP iaitu kekayaan rakyat naik dengan pesat dari RM342 bilion pada akhir tahun 2008 kepada RM810 bilion pada akhir 2017.

Semasa itu, saya tidak banyak campur tangan di dalam pengurusan KWSP seperti Perdana Menteri yang satu lagi tetapi saya cuba mencari dan memberi peluang kepada mereka kerana saya faham jika KWSP untung, rakyat yang untung.

Sekian lama, PH sering membuat tomahan terhadap KWSP untuk menakutkan rakyat dan untuk memburukkan kerajaan BN kononnya KWSP sudah lama bankrap, wang KWSP di salahguna ataupun dicuri dan dividen KWSP adalah angka yang palsu dan cuma angka rekaan sahaja.

Sebagai contoh, apabila kadar dividen untuk tahun 2016 diumumkan, tiga pemimpin PH iaitu Dr Dzulkefly Ahmad dari AMANAH, Wong Chen (PKR) dan Teresa Kok dari DAP membuat kenyataan bersama bahawa kadar dividen 5.7% untuk tahun itu adalah sangat rendah kerana  mereka mendakwa wang KWSP telah digunakan untuk menyelamat 1MDB dan KWSP berdepan dengan masalah kewangan.

Ya, kadar dividen 5.7 peratus untuk tahun 2016 menurun berbanding 6.4 peratus untuk tahun 2015 tetapi ini ialah kerana prestasi Bursa Malaysia tahun itu tidak berapa baik akibat krisis kejatuhan harga minyak pada tahun itu.

Tetapi bila prestasi Bursa Malaysia memulih dan bertambah baik pada tahun 2017 dan kadar dividen untuk tahun itu diumumkan ialah 6.9 peratus, pemimpin-pemimpin PH pula menuduh bahawa kadar dividen ini palsu dan hanya gula-gula untuk pilihanraya.

Tidak kira kadar dividen naik atau turun, PH tidak melepaskan peluang untuk menyuntik tomahan dan fitnah bagi menghasut rakyat. Kebenaran tidak penting untuk mereka. Dan ramai terperdaya dengan fitnah mereka.

PH sudah mengambil alih kerajaan dan KWSP selama 5 bulan tetapi tidak ada sebarang dakwaan mahupun bukti sebagaimana tuduhan mereka selama ini tentang wang KWSP dan tentang dividen - sekaligus membuktikan segala tomahan-tomahan PH terhadap KWSP selama ini adalah fitnah.

Wang KWSP memang wujud dan tetap dimiliki oleh setiap pencarum.

Apapun, saya doa dan berharap kadar dividen KWSP akan terus naik di bawah pentadbiran kerajaan PH.

DS NAJIB TUN RAZAK

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pemudaselempangmerah.blogspot.com/2019/01/kwsp-untung-bermakna-rakyat-yang-untung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Peningkatan Aset Kwsp Bukti Kekayaan Rakyat

Najib Peningkatan Aset Kwsp Bukti Kekayaan Rakyat

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 548 hits
Jumlah aset yang dikumpul KWSP adalah antara satu petunjuk terbaik terhadap kekayaan rakyat Negara yang ditadbir dengan baik adil dan mementingkan rakyat akan menghasilkan situasi di mana kekayaan rakyat akan meningkat dengan lebih cepat be...
Mahfud Md Tak Masalah Obor Rakyat Terbit Lagi Asal Tidak Sebar Bohong

Mahfud Md Tak Masalah Obor Rakyat Terbit Lagi Asal Tidak Sebar Bohong

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 287 hits
Mahfud MD Tak Masalah Obor Rakyat Terbit Lagi Asal Tidak Sebar Bohong Karena namanya Obor Rakyat maka patut dicurigai kemungkinan adanya kecenderungan untuk memojokkan seseorang Sehingga penerbitan ini dikatakan Mahfud harus diawasi sejak s...
Obor Rakyat Berencana Terbit Lagi Pemerintahan Jokowi Siapkan Antisipasi

Obor Rakyat Berencana Terbit Lagi Pemerintahan Jokowi Siapkan Antisipasi

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 282 hits
Obor Rakyat tabloid bermuatan fitnah terhadap Jokowi di Pilpres 2014 berencana terbit lagi jelang Pilpres 2019 Menghadapi itu pemerintah telah menyiapkan langkah antisipasi
Kerajaan Baru Ni Memang Menjaga Rakyat Kami Bersyukur Kata Nitizen Hancing

Kerajaan Baru Ni Memang Menjaga Rakyat Kami Bersyukur Kata Nitizen Hancing

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 572 hits
Seorang kawan ada membuat kajian Kajiannya menyeluruh terhadap gejala diam diri dan tidak begitu marah yang keterlaluan orang Melayu Nitizen terhadap kerajaan baru Tidak begitu marah maksudnya mereka mereka ini sudah pandai bersyukur meneri...
Permohonan Lesen Motosikal Percuma Untuk Rakyat Terengganu Dibuka 1 Februari 2019

Permohonan Lesen Motosikal Percuma Untuk Rakyat Terengganu Dibuka 1 Februari 2019

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 1049 hits
KUALA TERENGGANU Kerajaan negeri akan merealisasikan pemberian lesen motosikal secara percuma kepada golongan belia bermula Februari ini sepertimana Manifesto PAS pada Pilihan Raya Umum Ke 14 yang lalu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bel...
Rommy Minta Rencana Penerbitan Kembali Obor Rakyat Dibatalkan

Rommy Minta Rencana Penerbitan Kembali Obor Rakyat Dibatalkan

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 297 hits
Ketua Umum PPP M Romahurmuziy meminta rencana penerbitan kembali Tabloid Obor Rakyat ditarik kembali Tabloid yang membuat fitnah kepada Jokowi di Pilpres 2014 silam itu membuat aura Pilpres negatif
Najib Kongsi Kesedihan Rakyat Tidak Dapat Diskaun 20 Untuk Penyelesaian Ptptn

Najib Kongsi Kesedihan Rakyat Tidak Dapat Diskaun 20 Untuk Penyelesaian Ptptn

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 322 hits
Hapuskan UMNO hapuskan PTPTN Saya ingat lagi laungan mereka Kini semua hilangkan diri Tinggal Simpang Renggam belum tapi tak lama lagi Beberapa minggu ini tiba tiba ada yang tinggalkan komen penghargaan di Twitter dan Facebook saya Dapat di...
Rakyat Di Kg Terpaksa Catu Belanja Belanja Sekolah Anak Rm1 60 Sehari

Rakyat Di Kg Terpaksa Catu Belanja Belanja Sekolah Anak Rm1 60 Sehari

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 604 hits
PENDANG 10 Jan Ibu bapa sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada anak mereka terutamanya daripada segi pendidikan Namun kesempitan hidup ekoran harga getah yang rendah ketika ini menyukarkan kehidupan sebuah keluarga di Kampung Bend...
First Expression Di Suria Klcc Kuala Lumpur

Hiburan Mengaku Bertindak Over Sufi Rashid Dan Isteri Mohon Maaf Kami Telah Pun Menghubungi Pengasuh Dan

Karnamereka Sisa Gelas Bersamamu Chord

Cerita Banjir Perlis 2025 Day 1

Yummy Thin Cut Beef Recipes For Dinner

Pallas Masih Pilihan Persiapan Awal Masuk Sekolah

Kuasa Penggandaan Rahsia Bina Kekayaan Jangka Panjang

Shine On A Royal Enfield Continental Gt Caf Racer By Omega Racer


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hadiah Murah Popular Di Amazon Untuk Krismas Idea Hadiah Bajet Best Seller

Keberanian En Bob Menjaga Kesihatan Pantang Makanan Untuk Organ Dalaman

Memahami Pelbagai Laluan Menawarkan Kelebihan Kompetitif Di Sim

Dulu Tak Beria Pernah Tak Awak Rakam Saya Dengan Anak Amp Post Uqasha Senrose

Lagu Boboiboy Bergema Di Festival Anime Luar Negara Pengunjung Pakat Layan Karaoke

Fatin Faishal Doktor Cinta Chord