Kwsp Akur Walaupun Belum Menyeluruh Ini Juga Satu Kemenangan Buat Rakyat


Pengumuman KWSP 1. Bayaran pertama lumpsum sehingga RM4k bagi mereka dengan baki akaun 1 sebanyak RM90,000 dan ke bawah.
Baki RM5k (menjadi jumlah keseluruhan pengeluaran RM9k) dibayar secara ansuran bulanan.
2. Bayaran pertama lumpsum sehingga RM10k bagi mereka dengan baki akaun 1 sebanyak RM90,000 dan ke atas.
Jumlah pengeluaran dibenarkan ialah 10% daripada akaun 1 (sehingga RM60k) dan dibayar secara ansuran bulanan.
Tapi kebimbangan saya ialah jumlah ahli yang layak dianggarkan sebanyak 2 juta orang sahaja berbanding 4.7 juta orang bagi skim I-lestari. Mungkin perlu sedikit pencerahan bagi isu ini sebab syarat hanya untuk mereka yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan.
Bagaimana pula dengan mereka yang pendapatan bulanan yang telah turun tetapi tidak hilang kerja?
Sekarang kita tunggu keputusan bagi lanjutan moratorium pinjaman secara automatik dan secara pukal.
https://www.kwsp.gov.my/…/i-sinar-enables-2-million…
i-SINAR MEMBOLEHKAN 2 JUTA AHLI TERKESAN MENGAKSES AKAUN 1 Pendahuluan maksimum pertama antara RM4,000 hingga RM10,000 KUALA LUMPUR, 16 November 2020: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan perincian dan kelayakan akses ke Akaun 1 bagi kemudahan i-Sinar.
Setelah meneliti dan menilai keadaan semasa, KWSP telah mengambil langkah untuk memperluaskan skop i-Sinar yang merangkumi ahli yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan. i-Sinar akan memberi manfaat kepada 2 juta ahli yang layak dan dianggarkan sejumlah RM14 bilion akan tersedia untuk ahli yang layak.
Ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020. Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat. Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan.
Secara umum, ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.
Ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1), akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.
Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1), akan mempunyai akses 10%. Walau bagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.
 
Sebagai contoh:
Simpanan Akaun 1 RM90,000 dan ke bawah
Simpanan Akaun 1 lebih RM90,000
Maksimum sehingga RM9,000 (tertakluk kepada baki simpanan minimum RM100)
10% daripada simpanan (tertakluk kepada amaun maksimum RM60,000)
Pendahuluan bulan pertama maksimum hingga RM4,000
Pendahuluan bulan pertama maksimum hingga RM10,000
Contoh:
Baki Akaun 1:
Amaun pendahuluan dibenarkan:
RM4,500
RM4,400
RM10,000
RM9,000
RM70,000
RM9,000
Contoh:
Baki Akaun 1:
Amaun pendahuluan dibenarkan:
RM100,000
RM10,000
RM500,000
RM50,000
RM800,000
RM60,000

Ahli yang memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan. Caruman baharu akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah digantikan semula. Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70% bagi Akaun 1 dan 30% bagi Akaun 2.
Untuk menentukan amaun yang diperlukan untuk permohonan di bawah i-Sinar dan memastikan kelangsungan hidup semasa krisis, ahli digalakkan untuk mendapatkan nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP dan/atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Maklumat lebih lanjut serta butiran terperinci mengenai kelayakan i-Sinar serta terma dan syarat akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Dikeluarkan oleh EPF Media Desk
Jabatan Hal Ehwal Korporat
16 November 2020
The post KWSP Akur, Walaupun Belum Menyeluruh Ini Juga Satu Kemenangan Buat Rakyat appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/11/16/kwsp-akur-walaupun-belum-menyeluruh-ini-juga-satu-kemenangan-buat-rakyat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Sudah Berbincang Dengan Menteri Kewangan Mengenai Status Pengeluaran Akaun 1 Kwsp Ini Bakal Berita Baik Untuk Rakyat

Pm Sudah Berbincang Dengan Menteri Kewangan Mengenai Status Pengeluaran Akaun 1 Kwsp Ini Bakal Berita Baik Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 261 hits
Beberapa minggu kebelakangan ini hangat diperkatakan tentang cadangan pengeluaran simpanan dalam Akaun 1 Kumpulan Simpanan Wang Pekerja Pastinya cadangan tersebut mendapat respon baik dari rakyat marhaen terutamanya yang terjejas truk terma...
Hiburan Peka Dengan Keadaan Rakyat Mila Jirin Rayu Kerajaan Perhalusi Cadangan Pengeluaran Kwsp

Hiburan Peka Dengan Keadaan Rakyat Mila Jirin Rayu Kerajaan Perhalusi Cadangan Pengeluaran Kwsp

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 284 hits
Terkenal dengan sikap lantangnya dalam mengemukakan pendapat penyanyi dan juga usahawan terkenal Malaysia Mila Jirin tampil menyeru pihak kerajaan membenarkan pengeluaran wang Kumpulan Simpanan Pekerja bagi mereka yang terjejas Menerusi seb...
Cadangan Pengeluaran Rm10 000 Dari Akaun 1 Kwsp Adalah Kehendak Rakyat Apakah Muhyiddin Berani Menongkah Arus

Cadangan Pengeluaran Rm10 000 Dari Akaun 1 Kwsp Adalah Kehendak Rakyat Apakah Muhyiddin Berani Menongkah Arus

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 425 hits
Dalam satu lapuran yang dibuat oleh portal Free Malaysia Today atau FMT PERKESO melapurkan sehingga akhir Oktober 2020 hampir 90 000 orang perkerja yang telah akibat dari Perintah Kawalan Pergerakan yang mula dikuatkuasakan oleh Perikatan N...
Kerajaan Takkan Rugi Kalau Benarkan Rakyat Keluarkan Akaun 1 Kwsp

Kerajaan Takkan Rugi Kalau Benarkan Rakyat Keluarkan Akaun 1 Kwsp

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 322 hits
Kerajaan takkan rugi kalau benarkan rakyat keluarkan Akaun 1 KWSPCadangan membenarkan pengeluaran wang simpanan dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi meringankan beban golongan yang terjejas akibat pandemik Covid 19 tidak akan me...
Hanya 80 Mp Dibenarkan Sertai Sidang Dewan Rakyat Pada Satu Masa

Hanya 80 Mp Dibenarkan Sertai Sidang Dewan Rakyat Pada Satu Masa

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 306 hits
Sebagai sebahagian daripada langkah mencegah penularan Covid 19 hanya 80 daripada 222 ahli Parlimen dibenarkan menyertai sidang Dewan Rakyat dalam satu masa Ketetapan itu bermula esok ketika pembentangan Belanjawan 2021 Pecahan 80 ahli Parl...
Ringkasan Belanjawan 2021 Caruman Kwsp Dan Bantuan Prihatin Rakyat

Ringkasan Belanjawan 2021 Caruman Kwsp Dan Bantuan Prihatin Rakyat

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 387 hits
Belanjawan 2021 Caruman KWSP Dan Bantuan Prihatin Rakyat Tadi telah dibentangkan belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan Tengku Dato Sri Zafrul Aziz dengan tema teguh kita menang bersama Banyak juga yang saya baca dari pelbagai akhbar arus pe...
Hanya 600 000 Pencarum Layak Keluar Akaun Satu Kwsp Syed Saddiq Soal Kerajaan

Hanya 600 000 Pencarum Layak Keluar Akaun Satu Kwsp Syed Saddiq Soal Kerajaan

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 297 hits
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan kewajaran kelulusan pengeluaran akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Foto oleh Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR 6 Nov Keputusan kerajaan membenarkan pengeluaran RM500 setiap bula...
Ketua Pegawai Kwsp Beri Respond Bakal Pertimbang Berkenaan Isu Pengeluaran Akaun Satu Secara One Off

Ketua Pegawai Kwsp Beri Respond Bakal Pertimbang Berkenaan Isu Pengeluaran Akaun Satu Secara One Off

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 340 hits
Kuala Lumpur Kumpulan Wang Simpanan Pekerja tidak akan menggadaikan masa depan ahlinya dengan membuat keputusan melulu mahupun terpengaruh dengan mana mana desakan dalam isu pengeluaran Akaun 1 Ketua Pegawai KWSP Tunku Alizakri Alias berkat...
Kadar Kemiskinan Ramai Rakyat Jatuh Miskin Bpn Sahaja Masih Belum Cukup

Kadar Kemiskinan Ramai Rakyat Jatuh Miskin Bpn Sahaja Masih Belum Cukup

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 338 hits
Kadar kemiskinan dekat Malaysia akan semakin meningkat disebabkan peratusan rakyat Malaysia yang mudah jatuh ke dalam kemiskinan selepas kehilangan pekerjaan atau dipotong gaji akibat pandemik Covid 19 dikatakan sangat ramai Dr Muhammed Abd...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Prof As Dakwa Tak Selamat Kunjungi Malaysia Selepas Sebar Propaganda Sokong Zionis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11