Kutipan Derma Tabung Kilat Untuk Rider Sahih Bukan Penipuan


 ainulillia
PEMBELA sudi bantu selepas dihubungi sendiri pihak PENGHANTAR BANGI – Kutipan derma ‘Tabung Kilat Ikat Jamin Rider FoodPanda’ yang dilancarkan oleh Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) bagi membantu lima penghantar makanan yang ditahan di Sungai Way, Jumaat lalu adalah sahih dan bukannya satu penipuan seperti yang didakwa.
Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (PENGHANTAR), Zulhelmi Mansor menjelaskan, kutipan derma kilat itu bertujuan membantu penghantar makanan yang ditahan dan terkesan akibat penahanan tersebut. 
“Sememangnya apabila kami mengetahui lima orang penghantar makanan yang ditahan akan diperintahkan ke mahkamah bagi mendapat tahanan reman, terus kami mendapatkan nasihat dan menghubungi Pengerusi NGO PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya khusus untuk mendapatkan pertolongan khidmat peguam bagi tujuan ini.  
“Ketika dihubungi, PEMBELA juga sedia membantu mereka semua ini tidak terhad kepada pembelaan mereka sahaja malah lebih daripada itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam perkembangan terbaharu, Zulhelmi memaklumkan bahawa kelima-lima penghantar makanan itu telah dibebaskan pada jam 4 petang hari ini dengan jaminan polis.
“Secara asasnya, mengikut nasihat peguam, sekiranya ada pendakwaan dibuat, berkemungkinan mereka akan dituduh selepas reman yang dijangka pada hari Isnin atau Selasa dan mereka perlu membayar wang ikat jamin. 
“Awal-awal lagi, mereka ini memberitahu bahawa kalau perlu ikat jamin, mereka sememangnya tidak mampu,” katanya.
Berikutan itu, Zulhelmi berkata, pihaknya menghubungi PEMBELA dan mereka sudi untuk membantu penghantar makanan tersebut.
“Kalau kita sudah tahu keputusan mahkamah, atau pun tahu apa akan berlaku hari ini, semestinya kita pun tak akan buat hebahan kutipan tabung kilat ini. 
“Justeru, sahabat rider sekalian juga, PEMBELA bukannya ada kepentingan diri dan niat mereka cuma sekadar membantu sahaja. 
“Malah, dana sumbangan yang terkumpul ini akan diserahkan kepada rider dan pihak persatuan secepat mungkin apabila saja mereka dibebaskan. Perkara ini juga dimaklumkan mereka kepada kita sebaik sahaja kita memberitahu mereka situasi daripada semasa ke semasa,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap agar tuduhan yang dilemparkan kepada PEMBELA dapat ditarik semula. 
“Sememangnya tujuan murni PEMBELA melalui kutipan dana sumbangan ini hanya demi kebajikan penghantar yang terlibat,” katanya.
Sebelum ini, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook berkaitan kutipan derma bagi membiayai wang jaminan lima penghantar makanan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, antara lain, penganjur kutipan wang menggunakan nama ‘Tabung Kilat Ikat Jamin Rider Foodpanda’ itu mendakwa lima penghantar makanan yang ditahan perlu membayar wang ikat jamin kira-kira RM3,000 hingga RM4,000 seorang.
Sementara itu, Aminuddin memaklumkan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan dakwaan tersebut.
Beliau berkata, pihaknya tidak mempunyai apa-apa perkara yang ingin disembunyikan malah akan bersikap telus dengan semua pihak termasuk pihak polis yang telah mengeluarkan kenyataan akhbar untuk menjalankan siasatan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/kutipan-derma-tabung-kilat-untuk-rider.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tabung Kilat Rider Food Panda Cecah Rm78 500

Tabung Kilat Rider Food Panda Cecah Rm78 500

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 159 hits
BANGI 4 Zulkaedah 1442H Selasa Jumlah kutipan bagi Tabung Kilat Bela Rider Pertahan Kalimah Allah yang digerakkan Pertubuhan Pertubuhan Pembela Islam pada 12 Jun lalu kini mencecah sebanyak RM78 500 00 Pengerusi PEMBELA Haji Aminuddin Ya
Mengapa Tidak Dana Rm1 Bilion Projek Khas Pm Derma Ke Tabung Covid

Mengapa Tidak Dana Rm1 Bilion Projek Khas Pm Derma Ke Tabung Covid

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 283 hits
Pengumuman Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Jemaah Menteri dan Timbalan Timbalan Menteri tidak akan mengambil gaji selama 3 bulan untuk disalurkan ke dalam Akaun Amanah Bencana Covid 19 merupakan suatu tindakan yang ...
Tabung Perwira Covid 19 3 0 Sasar Kutipan Rm1 Juta Aman Palestin

Tabung Perwira Covid 19 3 0 Sasar Kutipan Rm1 Juta Aman Palestin

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 281 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Dana RM300 000 bakal diperuntukkan untuk 2 jabatan kesihatan negeri Sumber foto Awani BANGI Selepas bantuan kepada rakyat yang memerlukan berjaya disalurkan menerusi Tabung Perwira COVID 19 fasa pertama dan k...
Capai Sasaran Tabung Sumbangan Rider Food Panda Ditutup

Capai Sasaran Tabung Sumbangan Rider Food Panda Ditutup

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 262 hits
PEMBELA berterima kasih kepada umat Islam salur bantuan semangat BANGI Hanya beberapa jam dilancarkan tabung kilat yang digerakkan oleh Pertubuhan Pertubuhan Pembela Islam bagi membantu lima penghantar makanan Food Panda terpaksa ditutup ek...
Polis Bongkar Penipuan Suami Dakwa Isteri Dibunuh Oleh Penyamun

Polis Bongkar Penipuan Suami Dakwa Isteri Dibunuh Oleh Penyamun

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 217 hits
BRITAIN Berita mengejutkan apabila mangsa suatu pembunuhan terdedah melalui monitor nadi dan aplikasi fitness ditelefonnya berserta tiga petunjuk utama lain Babis Anagnostopoulos 33 tahun mengaku mencekik isterinya Caroline Crouch 20 tahun ...
Polis Kl Tahan 20 Individu Tumpaskan Sindiket Penipuan Tawaran Kerja Melalui E Dagang

Polis Kl Tahan 20 Individu Tumpaskan Sindiket Penipuan Tawaran Kerja Melalui E Dagang

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 220 hits
KUALA LUMPUR Polis menumpas satu sindiket penipuan tawaran kerja melalui platform e dagang dengan penahanan 20 individu dalam serbuan di tiga premis di sekitar ibu kota Isnin lepas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur ACP M...
Waspada Sindiket Penipuan Melalui Mesej Yang Menawarkan Bonus Hari Raya Atas Nama Skim Pembiayaan Hafiz

Waspada Sindiket Penipuan Melalui Mesej Yang Menawarkan Bonus Hari Raya Atas Nama Skim Pembiayaan Hafiz

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 214 hits
Menurut kenyataan media Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Pihak Jabatan telah mendapat maklumat mengenai kewujuduan sindiket penipuan yang menggunakan nama Skim Pembiayaan Hafiz Beberapa aduan telah diterima
Kah Kah Sahih Dah Ni

Kah Kah Sahih Dah Ni

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 95 hits
BOB KELANANGKALAU walaun xfaham maksudnya kalau PH masih jadi kerajaan Walaun PAS akan xhenti meragut berceramah di Padang Merbuk KOH KOH KOH jilaker
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas

Acara Harith Iskander Di Dewan Filharmonik Petronas Dibatal

Cara Untuk Bersangka Baik Dalam Kehidupan