Kursus Table Setting And Vip Serving
Assalamualaikum WBT
DAH hujung tahun ni tetiba dihantar pulak berkursus. Tapi, kursus kali ini berlainan sedikit dengan bidang masing-masing iaitu Kursus TABLE SETTING AND VIP SERVING yang diadakan di Sekolah Hospitaliti dan Perhotelan (SHP), Kampus Induk, Kolej Yayasan Pelajaran Johor yang berlangsung semalam. Memang kira another level la gitu!

Penceramah, En Shah merupakan pensyarah yang berpengalaman di SHP. Selain tu beliau juga merupakan pramusaji yang dilantik oleh istana (Johor) semasa majlis perkahwinan TMJ sebagai pramusaji bagi Sultan Brunei. Setiap sultan dan tetamu kehormat ni ada seorang pramusaji bertugas dan mereka berlatih sebulan sebelum hari jamuan

Rakan semeja, Kak Zu, Yanti dan.

Azni.

Sarapan disediakan Nasi Lemak Telur Rebus. Sedappp

Amali

Pelbagai jenis pinggan 'Chinaware'

Sudu, garfu dan pisau.. disebut cutlery

Pinggan, mangkuk, cawan pelbagai jenis dan fungsi perlu tahu apabila dilantik sebagai pramusaji di majlis rasmi. Kalau buffet, hantam sajalah labu

Belajar asingkan cutlery, eh.. terpandang kamera pulak

Best duduk meja depan, selalu jadi contoh, hahaha. Lagipun meja kami lapang cuma berempat

Sudu sup. Pisau tu untuk butter and bread. Sup boleh jadi berkrim atau jernih. Contoh sup berkrim, sup cendawan. Contoh sup jernih, sup tulang

Yang ni untuk pencuci mulut atau salad. Beza sudu sup dan dessert, pada lehernya yang berbentuk v untuk dessert dan bentuk u untuk sup

Cutlery untuk main course. Nak membezakan ikut pada jengkal, jika kurang sejengkal ia untuk salad atau dessert

Sudu teh dan sundae. Sundae tu sudu kecil panjang untuk minuman mocktail





Piring pun ada pelbagai, nampak sama tapi lain. Rupa-rupanya, garis bulatan dalam piring ni ada tatacara penggunaan masing-masing untuk majlis rasmi. Yang ni satu garis bulatan kecil atau one line untuk piring cawan kopi atau teh

Yang ada dua bulatan kecil ni untuk alas mangkuk sup. Selama ni, Sk fikir kedua-duanya sama dan cuma patern atau fesyen piring tu, hahaaha

Yang ni pula, satu garis bulatan besar, piring untuk roti dan mentega (bread & butter). Ia dikenali sebagai bb plate

Fork atau garfu, sebelah kanan untuk main course seperti nasi berlauk manakala di sebelah kiri untuk makanan barat seperti steak. Lihat garfu di sebelah kiri ada lesung pipit, hahaha. Jadi, bila kita pergi majlis rasmi, ada kedua-dua garfu ni atas meja, kena tahu pilih yang mana jika nak makan steak

Lekuk ni tak ada fungsi, cuma untuk membezakan sahaja

Ini pula cara pramusaji memegang garfu dan sudu bagi menggantikan penyepit semasa menghidangkan roti kepada tetamu

Rehat untuk makan tengahari dan solat hingga jam 2.15 petang. Juadahnya nasi putih, gulai kari kaki ayam dan ayam goreng berempah, sambal belacan, ulam timun dan ikan bulu ayam masin goreng ala-ala Nasi Kak Wok. Kaki ayam tu masuk jer mulut hilang

Kelas bersambung dengan belajar lipatan napkin.









Belajar 9 jenis lipatan napkin. Nanti Sk edit masukkan nama lipatan sebab nota dalam kereta, malas nak ambil, heheh

Okey, mari belajar cara siapkan cutlery untuk majlis rasmi. Ini untuk majlis rasmi yang hidangannya paling ringkas

Jarak antara cutlery dan meja diukur jarak seinci bepandukan pada ruas kecil ibu jari


Baru tahu, saiz dinner plate atau pinggan bagi main course sama lebar dengan kerusi banquet. Jadi, cuma perlu rapatkan kerusi ke meja, tak perlu nak letakkan semua pinggan atas meja bagi memastikan jarak sudu dan garfu yang hendak disusun

Susunan cutlery untuk hidangan majlis rasmi yang paling ringkas. Tetamu akan mula makan hidangan pembuka selera dengan mengambil cutlery bermula dari yang paling luar. Cawan kopi paling akhir manakala piring di sebelah kanan tu untuk pramusaji meletakkan bread dan butter (bb plate)

Amali seterusnya, setiap meja kena pilih vvip dan pramusaji. Sk jadik Datin dan Azni jadi pramusaji

Kak Zuraifah jadik Datin, Yanti pramusajinya

Belajar cara pramusaji letak pinggan dessert.

Datin makan

Pilih dari yang paling luar

Ni tandanya dah habis makan. Pramusaji perlu minta izin sebelum angkat pinggan bersama pisau dan garfu

Bila garfu diterbalikkan, tandanya makanan tak sedap, hahaha


Ain, pembantu Shah, menunjukkan cara menghidangkan roti

Akhir sekali makan main course

Pramusaji akan menindihkan garfu di atas pisau supaya tiada bunyi apabila pinggan diangkat

Akhir sekali, pencuci mulut dihidangkan bersama tea atau coffeee


Peserta yang terlibat. Terima kasih, kursus yang menambah ilmu pengetahuan tentang protokal majlis rasmi

Tahniah urusetia juga rakan lama semasa Sk berkhidmat di Institut Teknologi Perindustrian, Bukit Senyum. Dari kanan, Dr Aishah Aziz dan di tengah, Kak Mahanim Mahad.
🥰
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2022/12/kursus-table-setting-and-vip-serving.html