Selfie duluSecara jujurnyua Juju nak bagitau dekat korang yang Juju ni belum pernah sampai lagi dekat sini. Orang kata air terjun dia best pun Juju belum ada masa lagi nak beriadah dekat sini. Tapi kalau kata nak shopping kain ela hah memang lajulah Juju offer diri untuk tumpang sekaki. Hehehe.
Sedapnya kambing dia weyyyyy
Selfie dekat sini. Bukti dah sampai gunung ledangDari tempat parkir kereta nak naik ke dorm ni agak mencabar sikit. Jalannya mendaki. Sampai dekat reception dorm kena naik tangga lagi. Jenuh oi. Masing-masing semua bawa beg tarik. Masa ni rasa macam "Aduh, kenapalah aku pegi join kursus ni". Haha, tapi penyesalan tu sekejap je. Bila dah sampai dekat dorm hilang semua rasa menyesal. Cantik sangat tempat ni.
Dorm kitorang dekat belah belakang yang ada tingkap terbukak tu
Ade bukit dekat tempat Juju snap gambar niMasa check in, kami dibekalkan dengan tuala dan kunci loker. Yup, tuala pun ada disediakan di sini ya. Jadi korang tak payah bawa tuala. Bantal, sarung cadar dan selimut telah disediakan dalam loker. Korang cari je nombor loker korang dan pasang sendiri cadar dan sarung bantal tu.
Locker
Susunan katil dalam dormYang perlu sangat-sangat korang bawa dekat sini ialah ubat nyamuk. Bawa yang jenis losyen pun okey. Ikut pada aktiviti jugalah. Kalau banyak masuk hutan memang wajib bawa. Juju ni boleh terlupa terus nak masukkan dalam beg. Menyesal sampai ke sudah ha.
Ada sorang ke dua orang je yang tak dapat nak turun sebab kitorang dah turun dulu. Hehehehe.. Lagipun panas. Tidur bawah kipas ni syiok sikit. Member sebelah tu ha laju je cuit. Dia kate "Kak Ju, tidurlah sebelah Que." Bhahahaha.. Tak boleh tidur agaknya kalau tak dengar Juju berdengkur.
Aktiviti suai kenal. Maklumlah, kami dari pelbagai jabatan.
Macam pelik je logo kumpulan tu.Hehe
Masa ni baru dapat kumpulan. Malu-malu lagi. Ihiksss. Kenal Kak Ina je sebab sama daerah. Yang lain semua tak kenal.
Kami
Yang ni aktiviti kebaikan dan kelemahan diri. Kena share dengan semua ahli kumpulan. Masa ni Juju bagitau kelemahan Juju suka simpan sampah. And dorang semua buat muka jijik. Hahahaha, korang pernah tak beli barang yang ada kotak lepas tu kotak tu korang simpan? Hah! Tak ke simpan sampah namanya tuh? Bukan sampah makanan yang dah busuk tu. Hadoiiii....
Gemok betul orang dalam gambar ni. Muahahaha
Bisik ape tew
Geng Gunung dengan replika rumah mewah di pinggir hutan
Our faces.
Kenapa bintang kita putusss
Kami dengan instructor yang tak habis-habis perasan. Dia kata muka dia macam Rashidi Ishak. Okeh, adelah sikit.
Kaki pulak dah
Malam dinner. Tema hitam putih
Kembangnya Juju dekat situ
Ada video kitorang menari tau. Tapi Juju belum upload dekat channel Youtube. So kalau nak tengok korang kene subscribe Youtube Juju dekat --> www.youtube.com/msaaliya
Merasalah jugak air gunung ledang ni ha
Muehehehehe
Sampai keruh air tu kitorang kerjakan
Okeh habis dah
Penyampaian sijil oleh Datin SS.Maka berakhirlah sudah kursus Team Building anjuran Puspanita Negeri Johor. Seronok jumpa kawan-kawan di Jabatan lain. Taklah kita syok sendiri je dengan jabatan sendiri je kan. Muafakat itu berkat.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |