Kurniawan Dwi Yulianto Jurulatih Baru Sabah
Selamat Datang dan Selamat Bertugas New Head Coach Sabah Fa Kurniawan Dwi Yulianto 🇮🇩 sah menjadi Ketua Jurulatih Pasukan SABAH FA 2020Liga Malaysia 2020: Kurniawan Dwi Yulianto Sah Jurulatih Baharu Sabah
Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) hari ini mengumumkan jurulatih baharu mereka dari Indonesia iaitu Kurniawan Dwi Yulianto bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan. Kurniawan yang pernah beraksi untuk pasukan Sarawak pada musim 2005 akan menggantikan tempat Julius Ating sebagai ketua jurulatih skuad Tambadau itu.
Hal ini kerana Julius tidak mempunyai memiliki lesen kejurulatihan Pro A Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang diwajibkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk semua pasukan Liga Super.
View this post on InstagramAlhamdulillah.. All praise to Allah swt for giving me the blessing, the strength, the chance for me as today i am officially appointed as a head coach for Sabah FA. Thank you to SAFA for this opportunity and Insya Allah i will do my very best as this is the new challenge for me in Malaysia Super League.. Mohon doanya semua 🙏🙏 “Jaya Selalu Untuk Sabah” 📸 by : @ei85tyfive #SabahFa #TambadauA post shared by Kurniawan DY (@kurniawanqana) on Dec 19, 2019 at 10:01pm PST
Kurniawan bukanlah satu nama yang asing dalam arena bola sepak Indonesia dimana beliau pernah menyarung jersi skuad Garuda dari tahun 1995 hingga 2005.
Pemain yang diberikan gelaran Kurus itu membuat penampilan sebanyak 59 kali di pentas antarabangsa dan telah menjaringkan 33 gol.
Selain itu, beliau juga pernah beraksi bersama kelab-kelab ternama di Indonesia seperti Persija Jakarta, Persebaya Surabaya serta PSM Makassar.
Dalam dunia kejurulatihan, Kurniawan menjawat jawatan sebagai penolong jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia pada 2018 sebelum diberikan tugas bagi membantu Indra Sjafri bagi mengendalikan skuad B-22 tahun dalam temasya Sukan SEA 2019 di Filipina baru-baru ini.
Selain Kurniawan, SAFA turut menandatangani jurulatih kecergasan skuad kebangsaan Indonesia B-19, Sofie Imam Faizal dengan kontrak selama 1 tahun. Bagaimanapun, Sofie dibenarkan kembali untuk membantu skuad Indonesia B-19 jika mendapat panggilan daripada badan induk bola sepak negara itu.
Difahamkan bekas pemain import Pahang, Saddil Ramdani yang juga pemain skuad Indonesia B-22 turut akan mengisi kuota pemain import Asean pasukan Sabah pada musim depan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://obsesbola.blogspot.com/2019/12/kurniawan-dwi-yulianto-jurulatih-baru.html