Kurniawan Dwi Yulianto Direhatkan Sabah Fc Warganet Salahkan Kualiti Pemain


Kurniawan Dwi Yulianto 'Direhatkan' Sabah FC, Warganet Salahkan Kualiti Pemain
Sabah FC rehatkan Kurniawan susulan kekalahan memalukan

KOTA KINABALU: Ketua jurulatih Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto direhatkan oleh pengurusan selepas pasukan itu mengalami kekalahan paling memalukan musim ini selepas tewas 0-4 kepada UiTM di Stadium UiTM di Shah Alam Sabtu lalu.

Dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan oleh pengurus pasukan Marzuki Nasir pada Ahad, penolong jurulaith Burhan Ajui akan mengambil alih tugas sebagai jurulatih sementara sehingga notis lanjut dan bekas jurulatih Jelius Ating dilantik sebagai penolong pengurus pasukan.

Marzuki berkata keputusan drastik itu diambil bagi memastikan pasukan akan bermain dengan lebih baik dalam baki musim ini dan untuk kekal dalam Liga Super musim depan.

“Kami yakin dengan pengalaman Jelius dan Burhan akan membantu skuad dalam mengharungi baki perlawanan musim ini dan pada masa yang sama kekal di Liga Super musim depan,” katanya.

Beliau juga berkata bahawa pengurusan yang sentiasa menjaga kebajikan pemain sangat kecewa dengan prestasi pasukan selepas gagal mencatatkan sebarang kemenangan dalam lapan perlawanan terakhir.

Beliau berharap semua pihak, terutamanya penyokong, akan sentiasa memberikan sokongan dan kepercayaan kepada pasukan supaya mereka akan kembali ke tahap terbaik.
KURNIAWAN direhat serta-merta selepas Sabah tumbang 0-4 kepada UiTM semalam. Sementara itu, berita mengenai Kurniawan direhatkan tidak mengejutkan kerana kekalahan menentang pasukan tercorot adalah satu kejutan buat Sabah.

Mereka dijangka akan bangkit daripada kekalahan sebelum ini menentang Penang untuk menewaskan pasukan yang mereka belasah 4-0 pada perlawanan pusingan pertama pada April.

Sebaliknya mereka yang dibelasah oleh tuan rumah yang hanya berjaya menjaringkan lapan gol daripada 18 perlawanan sebelum aksi pada Sabtu dan dibolosi dua gol dalam tempoh singkat pada minit ke-15 dan ke-17.

Gol pertama dijaringkan oleh pemain import dari Korea Selatan, Yong-Hyun Kwon menerusi penalti selepas dia dikasari oleh Randy Baruh di dalam kotak penalti sementara gol kedua hadir menerusi Joel Vinicius Silva Dos Anjos.

Kesilapan Rawilson Batuil yang gagal mengeluarkan bola dengan baik daripada hantaran lintang pemain Brazil itu menyaksikan bola terjatuh ke kaki Joel yang berjaya menjaringkan gol selepas percubaan awalnya dihalang oleh Risto Mitrevski.
Babak kedua menyaksikan Amri Yahya turun menggantikan Umareng Bachok dan bekas pemain antarabangsa itu terlepas peluang untuk mengurangkan defisit pada minit ke-48 apabila percubaannya tersasar selepas mendapat hantaran Josip Ivancic yang dua kali dinafikan oleh penjaga gol lawan sebelum itu.

Bagaimanapun, ketika mereka meningkatkan asakan bagi mencari gol, isu di bahagian pertahanan kembali timbul pada minit ke-59.

Kali ini, satu lontaran ke dalam Alto Linus mudah dipintas oleh Sean Gan Gianelli yang berlari ke kawasan kotak penalti tanpa dicabar sebelum melakukan rembatan menewaskan Rozaimie Rohim.

Pemain Malaysia kelahiran Itali itu kemudian meletakkan keputusan di luar keraguan apabila dia sekali lagi diberikan ruang oleh pertahanan Sabah pada minit ke-66 untuk menjaringkan gol ketiganya dengan rembatan dari jarak dekat.

Kurniawan berkata selepas perlawanan itu bahawa gol awal mengubah permainan pasukannya.
“Kami datang ke sini untuk menang tetapi gol awal itu mengecewakan kami. Untuk dibolosi dua gol dalam dua minit menjadikan tugas lebih sukar untuk bangkit.

“Kami cuba melakukan serangan habis-habisan pada babak kedua, tetapi pertahanan kami, disebabkan salah komunikasi, sekali lagi dikejutkan oleh serangan balas pantas mereka, dan menyebabkan kami dibolosi dua lagi gol.

“Ia adalah satu pengajaran buat pemain-pemain bahawa mereka mesti bekerja keras untuk mencapai jangkaan tinggi dan saya harap mereka akan bangkit dalam baki dua perlawanan,” katanya.

Ekoran dari keputusan Kelab, terdapat Penyokong yang menyokong Kurniawan dan tidak berpuashati dengan keputusan Sabah FC untuk 'merehatkan' bekas pemain Timnas Indonesia ini.
Sokongan dan kekesalan pihak penyokong kelab yang membanjiri kolum Komen akaun Instagram Sabah FC. "Pemain yang tidak beraksi bagus, Jurulatih yang salah." komen di akaun @chals_chappuis.

"Sepertinya bukan Jurulatih, tapi pemain yang nampak penat. Cuba ganti Juralatih seperti Pep Guardiola pun mustahil boleh mengubah apa-apa??" komen akaun @bang7ago.

Hal yang sama juga dilontarkan oleh para netizen lain yang tidak berpuashati dengan keputusan kelab untuk 'merehatkan' Kurniawan. Bahkan pemergian Jurulatih juga dikomen oleh pemain yang dibawanya ke Sabah FC, Saddil Ramdani dalam akaun Instagram peribadinya.

"Jangan terlalu meratapi sebuah kata pisah karena sebabnya akan ada sapaan yang datang dan akan jauh lebih indah," komen Saddil pada Sabtu, (28/8/2021).
View this post on Instagram A post shared by SADDIL RAMDANI 48 (@saddilramdanii)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://obsesbola.blogspot.com/2021/08/kurniawan-dwi-yulianto-direhatkan-sabah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sabah Fc Rehatkan Kurniawan Dwi Yulianto

Sabah Fc Rehatkan Kurniawan Dwi Yulianto

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 182 hits
Kurniawan Dwi Yulianto Sabah FC rehatkan sementara Kurniawan KOTA KINABALU Sabah FC mengambil keputusan drastik merehatkan ketua jurulatihnya Kurniawan Dwi Yulianto berikutan kemerosotan prestasi pasukan itu berkuat kuasa hari ini Tindakan ...
Benarkah Pemain Di Sabah Fc Berpuak Puak

Benarkah Pemain Di Sabah Fc Berpuak Puak

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 325 hits
Benarkah pemain di Sabah FC Berpuak Puak membawa kepada prestasi merundum sehingga Kurniawan direhatkan Pemain Berpuak Puak Prestasi Merundum Membawa Kepada Kurniawan Direhatkan Sabah Menurut dakwaan salah satu sub Ultras Sabah Putatan Hero...
14 Pemain Bola Sepak Sabah Dipanggil Sertai Kem Latihan Skuad Wanita Kebangsaan

14 Pemain Bola Sepak Sabah Dipanggil Sertai Kem Latihan Skuad Wanita Kebangsaan

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 460 hits
14 pemain bola sepak Sabah dipanggil sertai kem latihan skuad wanita kebangsaan 28 dipanggil sertai kem latihan skuad wanita kebangsaan KOTA KINABALU Pemain bola sepak Sabahan menguasai separuh pemain dalam senarai skuad bola sepak wanita k...
Lantikan Tpm Sewajarnya Dari Sabah Sarawak Masing

Lantikan Tpm Sewajarnya Dari Sabah Sarawak Masing

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 331 hits
Beliau menegaskan sekiranya perlu Perdana Menteri baharu mungkin boleh melantik dua calon untuk jawatan tersebut Pemilihan PM ke 9 Calon GPS layak pegang jawatan TPM Masing Jawatan Timbalan Perdana Menteri wajar diberikan kepada pemimpin da...
Wfh Is No Excuse To Delay Projects Sabah Cm Warns Civil Servants

Wfh Is No Excuse To Delay Projects Sabah Cm Warns Civil Servants

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 217 hits
Hajiji Noor chairing the virtual meeting with senior state and federal government officials present KOTA KINABALU Sabah chief minister Haji Noor issued a stern warning to all government department and agency heads that action will be taken ...
As Sabah Reports Record Daily Infections Kk Specialist Hospital Staff Redeployed To Help Shoulder Covid 19 Patient Load

As Sabah Reports Record Daily Infections Kk Specialist Hospital Staff Redeployed To Help Shoulder Covid 19 Patient Load

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 278 hits
File picture of the Covid 19 ward of the Shah Alam Hospital July 23 2021 A circular sighted by Malay Mail and verified by State Health Department director Dr Rose Nani Mudin said that specialist clinics at the Queen Elizabeth Hospital II wi...
25 8 Penduduk Dewasa Di Sabah Lengkap 2 Dos Vaksin

25 8 Penduduk Dewasa Di Sabah Lengkap 2 Dos Vaksin

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 486 hits
Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan Dr Johari Awang Besar menerima suntikan vaksin COVID 19 di Klinik Kesihatan Sandakan baru baru ini Foto BERNAMA 43 9 peratus penduduk dewasa Sabah terima vaksin dos pertama KOTA KINABALU Setakat ini 25 8 p...
Masing Deputy Pm Should Come From Sarawak Or Sabah To Acknowledge Their Role In Stabilising Malaysian Politics

Masing Deputy Pm Should Come From Sarawak Or Sabah To Acknowledge Their Role In Stabilising Malaysian Politics

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 290 hits
KUCHING A deputy prime minister should be picked from Sarawak or Sabah in recognition of the Borneo states contribution to forming a new government and stabilising Malaysian politics says Tan Sri James Masing In particular the Sarawak Deput...
Polis Sabah Tembak Mati 2 Anggota Abu Sayyaf

Polis Sabah Tembak Mati 2 Anggota Abu Sayyaf

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 286 hits
Salah satu rumah setinggan yang dihuni oleh lima anggota Abu Sayyaf terbunuh dalam operasi khas di Beaufort Sabah pada bulan Mei KOTA KINABALU Pasukan keselamatan menembak mati dua lelaki disyaki ahli kumpulan pengganas Abu Abu Sayyaf dalam...
The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities

Gangguan Bekalan Air Dah Okay

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Surah Al Humazah Dalam Al Quran Dan Terjemahannya

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Free Ferry Services In Penang For Wesak Day

Rafizi To Revive Reformist Spirit Via Hiruk In Battle Royale Against Nurul Izzah For Pkr S No 2 Post

Thailand Beri Amaran Penularan Covid 19 Menjelang Musim Hujan Pembukaan Sekolah

Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel

Breaking News New Big Recall Now For 500 000 Volvo Vehicles Over Backup Camera Issues