Kurniaan Yang Dinanti


Al-hamdulillah, setelah bertahun mengharap, akhirnya yang diimpikan pun dapat. Ya, IbuNoey akhirnya dikurniakan seorang anak perempuan. Patutlah banyak dugaan sewaktu mengandung dulu. Rupanya ada rahmat di sebalik kesukaran itu

Lahir pada 09 Februari 2017, dengan berat sebanyak 2.82 kilogram, IbuNoey cukup bersyukur dengan kurniaan Allah ni. Lepas ni, stop dulu fikir pasal nak mengandung lagi. Maklumlah, dah dapat apa yang diinginkan. Kalau boleh, nak beri perhatian lama sikit pada anak dara sorang ni

Bercakap pasal perhatian, tak dinafikan IbuNoey cukup cerewet serba serbi benda berkaitan anak perempuan IbuNoey ni. Bermula dari melahirkan sampailah sekarang. Soal pengasuh, soal tangisan, soal kesihatan, soal keselesaan. Serba-serbi gitu. Tapi tak bermakna IbuNoey tak prihatin pada anak-anak sebelum ni. Cumanya kali ni keprihatinan tu lebih sikit la. Kadang sampai tak boleh nak tidur bila fikir

Sekarang ni, usia si kecil dah 3 bulan. Dalam tempoh tu, banyak juga dugaan lain yang datang. Kadang tak mampu nak hadapi. Tapi yelah, nak tak nak, kena juga hadapi. Masa bersalinkan si kecil ni, memang tak ada masalah. Tak sesukar masa anak pertama dan tak sesakit masa anak kedua. Dialah yang paling mudah nak keluar

Masa 9hb tu, seawal pukul 6 pagi, IbuNoey dah mula rasa kontraksi. Sempat lelap sampai pukul 6.30 pagi. Bermula 6.30 pagi tu, IbuNoey dah rasa kontraksi selang 10 minit. Kemudian, sekitar 7.00 pagi, IbuNoey dah tak boleh tidur sebab risau kalau tidur nanti kontraksi hilang. Dalam pukul 7.30 pagi, IbuNoey mandi dan masa tu ada keluar darah sikit. Terus cepat-cepat ajak AyahMal pergi Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju

Selepas buat bacaan CTG dan doktor check bukaan serviks, IbuNoey masuk ke labour room dalam pukul 10.00 pagi. Berbekalkan jam di dinding, IbuNoey kira peningkatan kontraksi dari 10 minit kepada 5 minit kepada 3 minit. Dan akhirnya, pukul 11.15 pagi, IbuNoey selamat melahirkan si kecil yang diberi nama Nurin Sarah. Sepanjang berada dalam labour room tu, AyahMal memang ada di sisi jadi peneman. Syukur sangat sebab bersalin kali ni pun AyahMal saksikan depan mata

Pada kawan-kawan yang sedang menanti zuriat, IbuNoey doakan moga rezeki itu ada untuk kamu. Pada mereka yang menanti macam IbuNoey, IbuNoey doakan semoga kamu dikurniakan apa yang kamu inginkan. Yang penting usaha dan berdoa serta bertabah dengan apa jua dugaan

Nah, IbuNoey belanja gambar sekeping





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ibunoey.blogspot.com/2017/05/kurniaan-yang-dinanti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Detik Yang Dinanti Sudah Tiba

Detik Yang Dinanti Sudah Tiba

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 70 hits
Assalamualaikum Hai semua Alhamdulillah Peperiksaan akhir untuk semester 4 sudah berakhir Last paper subjek yang susah aku study ala kadar jek Siapa suruh buat pada hari terakhir dan ada gap 2 minggu pulak tue Selepas aku balik USM enjoy be...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Rm232mil Road Project Awarded To Nepturis Witness Tells Wan Saiful Trial

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Continuous Learning

Maksud Gaji Bersih Gaji Kasar Gaji Pokok Perbezaannya

Pengumuman Gaji Penjawat Awam Naik 15 Peratus Dan Cara Kira Kenaikan Gaji Baharu Penjawat Awam

Hati Bersih Hidup Bahagia

Ai Team Talent Sementara Batch 3