Kurma Medjoul Jumbo Lembut Lemak Dan Juicy
Kurma Medjoul Jumbo Premium Lembut, Lemak Dan Juicy. Kenapa disebut kurma medjoul vvip? Sebab, saiznya yang besar dan rasanya yang lemak lembut. Macam makan kek pulak.. hehe
Berapa harganya? Agak mahal sedikit, tetapi jika beli sebab nak rasa kurma yang premium punya, boleh je beli. Ada saiz berat 500 gram atau 1 kg.
1kg kurma medjoul jumbo palestine telah sampai ke tangan saya. Order 17/4/2021, terima 19/4/2021. Tengoklah efficient tak servis dia? Bila sampai je, balutan dia punyalah berlapis-lapis. Memang sangat menjaga makanan tersebut. Buah kurma sampai dalam keadaan amat baik. 😊😊❤ alhamdulillah.
Kurma Medjoul Jumbo Premium Lembut, Lemak Dan Juicy
Kurma medjoul yang saiz biasa, pun dah besar-besar inikan pula yang saiz premium punya. Saya beli saiz jumbo. Memang besar saiznya.
Pandangan kurma medjoul jumbo palestine premium dari dekat. Saya kasi zoom in punya. Memang sedap sangat.
Saya beli stok yang 1kg punya, harganya sekitar RM75 campur postage. Mesti ada yang hairan mengapa saya beli kurma online?? Tak apa dek, online atau offline.. sama juga rasanya. Tak ada beza. Sebab.. kalau nak pilih-pilih kurma kat bazaar atau shopping complex, ramai sangat orang. Dah lah tengah pandemik yang belum reda.. jadi kita permudahkan mana yang boleh..
Makan kurma waktu berbuka atau bersahur adalah sunnah Nabi SAW. Lebih baik diambil dalam bilangan ganjil.
Kajian berkenaan kandungan kurma
Kurma sangat kaya dengan kandungan nutrien yang pelbagai. Oleh yang demikian, banyak kajian telah dijalankan bagi mengkaji kandungan yang terdapat di dalam kurma. Antaranya ialah :
1. Selenium
Kajian telah mendapati bahawa selenium yang terdapat di dalam buah kurma penting dalam sistem imunisasi badan.
2. Agen aktioksida
Selain itu, kurma juga mengandungi agen antioksida. Satu kajian telah dijalankan ke atas hati tikus yang telah diaruh menjadi toksik, kemudian dirawat dengan ekstrak buah kurma. Hasil menunjukkan bahawa buah kurma berpotensi sebagai agen antioksida. Begitu juga, satu kajian lain telah dijalankan ke atas 11 jenis kurma dari Iran bagi melihat aktiviti antioksida dan kandungan fenolik di dalam kurma-kurma tersebut. Hasil menunjukkan jenis kurma dari Iran ini berpotensi sebagai bahan antioksida.
3. Flavonoid
Hasil kajian mendapati kurma Deglet-Noor mengandungi 13 jenis flavonoid. Selain daripada itu, ia juga mengandungi flavonoid sulfat yang jarang dijumpai dalam tumbuhan. Flavonoid mempunyai potensi yang baik sebagai antioksida dan baik untuk pencegahan penyakit terutamanya seperti penyakit kanser dan penyakit kardiovaskular
Sumber
Semoga bermanfaat. Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2021/04/kurma-medjoul-jumbo-lembut-lemak-dan.html