Kurma Dan Kesuburan Lelaki



Kurma dan kesuburan lelaki
SETIAP kali Ramadan, kurma atau nama saintifiknya ‘phoenix dactylifera’ menjadi juadah ‘wajib’ umat Islam.
Apatah lagi, kita disunatkan terlebih dahulu berbuka dengan buah berkenaan sebelum makan makanan lain.
Ada juga yang mengambil kurma pada waktu sahur sebagai alternatif pengganti makanan berat.
Kurma dilabel sebagai ‘pembekal’ tenaga untuk satu jangka masa panjang (berpuasa) kerana sebiji kurma mengandungi lebih daripada 50 peratus gula dan tinggi serat.
Tetapi tahukah anda bahawa kurma mempunyai banyak khasiat yang sangat baik kepada kesihatan kesuburan lelaki terutama ketika Ramadan.
Pakar Sakit Puan dan Perbidanan MetroIVF Dr Ahmad Zharif Hussein berkata, banyak kajian penyelidik dapat mengesahkan kebenaran itu.
Menurutnya, pada 2015, Universiti Padjadjaran, Indonesia membuat kajian terhadap sperma tikus jantan.
Penyelidik mendapati, sperma kumpulan tikus yang memakan kurma meningkat daripada segi bentuk (morfologi) dan kelajuan (motiliti).
“Pada Mac 2021, penyelidik di Nigeria mendapati kurma dapat membantu meningkatkan kualiti sperma daripada segi bentuk dan kelajuan.
“Kualiti sperma sangat penting sebagai pengukur untuk mengetahui tahap kesuburan lelaki. Ini berkait rapat dengan cara hidup dan pemakanan.
“Oleh itu, lelaki perlu mengambil pemakanan yang mempunyai gizi seimbang,” katanya.
Kata Dr Ahmad Zharif, kajian semula sistemik dan meta-analisis dijalankan pada 2018 bagi menilai kesan nutrien, makanan tambahan atau makanan ke atas parameter kualiti sperma.
“Secara keseluruhannya, 28 artikel digunakan untuk analisis kualitatif dan 15 artikel bagi meta-analisis kuantitatif.
“Kajian mendapati antioksidan, selenium, zink, omega 3, koenzim (CoQ10), karnitin dan makanan lain yang kaya dengan nutrien tertentu amat membantu dalam meningkatkan kualiti sperma lelaki,” katanya.
Dr Ahmad Zharif berkata, terdapat tujuh nutrien tambahan dalam kurma yang boleh membantu meningkatkan mutu sperma lelaki.
Katanya, nutrien pertama ialah antioksida. Tekanan oksidatif dan kekurangan antioksidan adalah antara faktor mengganggu kualiti sperma apabila ia merosakkan DNA dalam sperma.
“Tubuh memerlukan antioksida untuk membantu memperbaiki sel dan DNA yang rosak. Oleh itu, kerosakan sel serta DNA akibat tekanan oksidatif perlu diperbaiki.
“Kurma mengandungi antioksida diperlukan badan. Ini disokong kajian dilakukan oleh pengkaji dari Tunisa pada 2009 yang mendapati, kurma tinggi antioksida dan mampu membantu meningkatkan kualiti sperma,” katanya.
Jelas Dr Ahmad Zharif, nutrien kedua adalah zink iaitu antara mineral penting dalam tubuh.
“Zat ini (zink) membantu melindungi sperma daripada rosak akibat serangan bakteria. Dengan kata lain, ia juga memainkan peranan penting sebagai antibakteria.
“Di samping itu, ia turut mengurangkan kerosakan pada kromosom dalam sperma.
“Zink juga memainkan peranan penting dalam perkembangan testis dan proses penghasilan sperma iaitu spermatogenesis,” katanya.
Beliau berkata, sebaliknya kekurangan zink boleh mengganggu spermatogenesis dan punca masalah daripada segi morfologi yang dikenal pasti sebagai teratozopsermia.
Ia juga mampu mengganggu tahap testosteron serum lelaki.
“Selain daging, produk tenusu, ikan, avocado, buah delima, aprikot, beri dan kurma juga kaya dengan zink diperlukan badan.
“Di dalam kurma terdapat lebih kurang 0.29 miligram (mg) hingga 0.44 mg zink per 100 gram (g).
“Ia bergantung pada jenis kurma. Contoh, sebiji kurma medjool mengandungi lebih kurang 0.11mg zink iaitu bersamaan satu peratus berdasarkan peruntukan diet harian disarankan (RDA) untuk lelaki,” katanya.
Menurut Dr Ahmad Zharif, setakat ini, tiada kajian kukuh menunjukkan jumlah keperluan zink untuk sperma lelaki, namun ada sesetengah doktor memberikan sehingga 30mg sehari.
Bagaimanapun, RDA mencadangkan hanya 15mg sehari untuk lelaki.
Tambahnya, kajian terperinci sangat diperlukan untuk mengenal pasti jumlah zink sebenar diperlukan bagi sperma.
Katanya, nutrien seterusnya adalah selenium. Ia adalah mineral dan komponen penting terkandung dalam selenoprotein.
“Selenium berfungsi sebagai antioksidan bagi melindungi sperma daripada spesies oksigen reaktif (ROS) yang mana ia adalah elemen yang mengganggu ketika proses penghasilan sperma (spermatogenesis).
“Kajian membuktikan, kekurangan selenium dalam badan boleh mengganggu jumlah, pergerakan dan morfologi sperma.
“Pada 2017, penyelidik di Pakistan mendapati, suplemen selenium mampu memperbaiki kualiti sperma daripada segi jumlah, pergerakan dan morphologi. Selain itu, selenium mampu membantu meningkatkan nafsu lelaki,” katanya.
Jelas Dr Ahmad Zharif, kandungan selenium dalam kurma ialah kira-kira tiga hingga empat mikrogram (mcg) per 100g yang bergantung kepada jenis dan saiz buah berkenaan.
“Namun, kita masih mencari penanda aras jumlah sebenar selenium diperlukan untuk kesuburan lelaki dan banyak kajian perlu dilakukan pada masa akan datang.
“Bagaimanapun, RDA untuk selenium lelaki ialah kira-kira 60 hingga 70mcg sehari.
“Selenium turut terdapat dalam kekacang, ikan, daging, ayam, telur dan keju. Pengambilan kurma ketika bersahur dan berbuka membantu meningkatkan kandungan selenium dalam darah serta dapat meningkat tahap kesuburan lelaki pada Ramadan,” katanya.
Dr Ahmad Zharif berkata, nutrien tambahan keempat dalam kurma ialah frukrosa iaitu kandungan gula dalam kurma dengan 7.7g fruktosa untuk sebiji kurma.
Katanya, fruktosa mempunyai nilai indeks glisemik (GI) rendah berbanding sukrosa dan glukosa yang sesuai kepada pesakit kencing manis.
“Bagi pesakit yang gemar makanan manis, mereka boleh mengambil kurma mengandungi fruktosa.
“Ini kerana rasa manisnya lebih daripada sukrosa dan glukosa, tetapi mempunyai nilai GI rendah. Ia tidak akan mengganggu kesuburan jika diambil pada kadar berpatutan.
“Di samping itu, ia sesuai juga untuk pesakit yang cuba mengurangkan berat badan,” katanya.
Menurut Dr Ahmad Zharif, nutrien seterusnya adalah serat yang kandungannya tinggi di dalam kurma.
“Kandungan serat bagi sebiji kurma seberat 24g ialah hampir 1.6g. Serat antara nutrien yang membantu proses pencernaan dan membantu mengurangkan berat badan.
“Setiap lelaki dan perempuan perlu mencapai indeks jisim tubuh (BMI) yang ideal. Berat badan ideal dengan BMI di bawah 30 amat membantu dalam menghasilkan sperma berkualiti.
“Kajian pada 2008 berkaitan berat badan lelaki, kualiti sperma dan masalah mati pucuk mendapati, berat badan juga berkaitan dengan kesuburan lelaki.
“Oleh itu, Ramadan adalah bulan terbaik untuk menjaga berat badan daripada segi pengawalan diet seimbang dan berkhasiat,” katanya.
Beliau berkata, kurma kaya dengan vitamin seperti A, D dan K yang mana nutrien ini membantu meningkatkan fungsi pembiakan lelaki.
“Terdapat kajian menjelaskan kepentingan vitamin D dalam sperma terutama pergerakan.
“Bagaimanapun, kajian mengenai vitamin dengan sperma perlu diperbanyakkan lagi pada masa akan datang.
“Vitamin lain dalam kurma bertindak sebagai antioksidan yang boleh mengurangkan kesan tekanan oksidatif terhadap sperma dan ia membantu meningkatkan fungsi sistem pembiakan lelaki,” katanya.
Dr Ahmad Zharif berkata, nutrien terakhir ialah flavonoid iaitu nutrien yang terdapat dalam tumbuhan tertentu bertindak balas sebagai antioksidan dan anti radang kepada tubuh manusia.
Katanya, hasil kajian mendapati, kurma mengandungi 13 jenis flavonoid.
Selain itu, ia turut mengandungi flavonoid sulfat yang jarang dijumpai dalam tumbuhan.
“Flavonoid mempunyai potensi yang baik sebagai antioksida dan mengurangkan jangkitan kuman ke atas sistem badan terutama sistem pembiakan lelaki.
“Pada 2018, pengkaji dari Amerika Syarikat mendapati, flavonoid bertindak sebagai antioksida yang mengurangkan kesan ROS terhadap sperma,” katanya.
Oleh itu, katanya, pengambilan kurma dalam jumlah berpatutan secara konsisten mampu meningkatkan tahap kesihatan terutama kesuburan lelaki.
Dr Ahmad Zharif berkata, ini kerana, kurma sangat kaya pelbagai nutrien yang sesuai untuk badan.
Namun jelasnya, banyak lagi kajian perlu dilakukan berkaitan kurma dan kesuburan lelaki pada masa hadapan. HM
Kurma dan kesuburan lelaki
Baca Artikel Menarik:
Tidak Makan Bukan Salah Satu Puncanya, Ada Sebab Lain Punca Perut Kembung Dan Berangin! Emma Maembong dera suami? Analogi Nabi dan bau kasturi Muhyiddin ‘terdesak’ hulur tangan pada Pejuang walaupun pernah khianat Berbalas tembakan dengan polis, 2 terbunuh Bawa Diri Lebih Sedekad Menetap Di Airport Selepas Bergaduh Dengan Keluarga [VIDEO] Penumpang cerita pesawat ke Tawau ‘menjunam’, MAS sahkan MH2664 berpatah balik kerana ‘isu teknikal’ Baby Shima ajak lelaki ‘belanja tunjuk burung’ bersemuka Dahulu tular kerana beri mas kahwin selipar, kini berpisah kerana curang Cara atasi mulut berbau semasa berpuasa “Bila Ditegur, Melenting” – Sedekah Tapi Membazir Jangan Lupa Amalkan! 6 Kebaikan Makan Kurma Ketika Bulan Puasa. Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/04/06/kurma-dan-kesuburan-lelaki/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baru Tahu Harga Kurma Ajwa Mahal Banyak Khasiat Rupanya Dan Meningkatkan Kesuburan Wanita

Baru Tahu Harga Kurma Ajwa Mahal Banyak Khasiat Rupanya Dan Meningkatkan Kesuburan Wanita

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 136 hits
Baru Tahu Harga Kurma Ajwa Mahal Banyak Khasiat Rupanya Dan Meningkatkan Kesuburan Wanita SETIAP kali tibanya Ramadan buah kurma akan menjadi pilihan sebagai menu utama ketika bersahur dan berbuka puasa Menjengah ke pasaran tempatan terdapa...
Rendam 7 Biji Kurma Siap Sedia Air Nabeez Untuk Sahur Ikut Cara Sunnah

Rendam 7 Biji Kurma Siap Sedia Air Nabeez Untuk Sahur Ikut Cara Sunnah

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 173 hits
Bulan Ramadan yang bakal tiba tidak berapa hari sahaja lagi ini pastinya membuatkan kita teruja Namun jangan dilupakan amalan sihat untuk anak anak dan keluarga Bagi mengekalkan tenaga jangan dilupakan amalan minum Air Nabeez yang menjadi m...
Mula Tengok Memang Dia Rasa Pelik Tapi Mengejutkan Bila Isteri Sendiri Belikan Kurma

Mula Tengok Memang Dia Rasa Pelik Tapi Mengejutkan Bila Isteri Sendiri Belikan Kurma

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 183 hits
Malaysia cukup dikenali dengan kepelbagaian kaum serta budaya yang menjadi kebanggaan serta kekuatan rakyatnya untuk sentiasa bersatu padu dalam suasana aman harmoni Selain itu sifat hormat menghormati terhadap kepercayaan agama satu sama l...
Ismail Terima Al Quran Kurma Sumbangan Raja Arab Saudi

Ismail Terima Al Quran Kurma Sumbangan Raja Arab Saudi

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 156 hits
Ismail terima al Quran kurma sumbangan Raja Arab Saudi Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud akan menyumbang 46 000 naskhah al Quran terjemahan Bahasa Melayu kepada masjid dan badan bukan kerajaan di seluruh negara sempena Ramadan P...
Siap Sedia Stok Pati Kurma Untuk Sahur Paling Senang Nak Buat Perut Tahan Sampai Berbuka

Siap Sedia Stok Pati Kurma Untuk Sahur Paling Senang Nak Buat Perut Tahan Sampai Berbuka

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 135 hits
Tak cukup lengkap Ramadan kali ini tanpa buah kurma yang menghiasi meja ketika berbuka Bukan hanya sebagai pembuka selera bahkan kurma punya khasiat yang tinggi untuk membuatkan perut selesa ketika berpuasa Salah satu resipi simple tapi kre...
Dutch Lady Reintroduced Kurma And Ros Bandung Flavours For Ramadhan

Dutch Lady Reintroduced Kurma And Ros Bandung Flavours For Ramadhan

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 135 hits
Malaysia s beloved dairy brand reintroducesits limited edition Kurma and Ros Bandung flavours for RamadanDUTCH LADY the No 1 dairy brand in Malaysia has reintroduced two flavoured milk products for Ramadan due to popular demand The beloved ...
9 Design Kotak Kurma Pilihan Sempena Ramadhan 2021

9 Design Kotak Kurma Pilihan Sempena Ramadhan 2021

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 245 hits
Assalamualaikum Ramadhan akan menjelma tida lama lagi Sudah tentu ada pengusaha pengusaha produk kurma telah mendapat tempahan tempahan kurma dari pelanggan atau distributor mereka Kurma adalah makanan wajib semasa bulan puasa nanti Kurma y...
Pati Kurma Sesuai Sebagai Menu Bersahur Yang Mudah

Pati Kurma Sesuai Sebagai Menu Bersahur Yang Mudah

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 179 hits
Ada orang suka bersahur yang berat seperti lauk pauk dan nasi serta ada juga yang sukakan menu ringkas untuk bersahur Resipi pati kurma ini sangat sesuai untuk yang nak bersahur ringkas tapi tetap kenyang dan bertenaga sepanjang hari Resipi...
Nicol David Wanita Asia Pertama Digelar Ratu Skuasy Dunia

More Than Genetics How Life Experiences Shape Our Health

E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Is Anwar Ever Going To Release Najib

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Kelebihan Berpuasa Hari Putih

Adakah Batuk Membatalkan Solat Ust Azhar Idrus

Mesothelioma Attorney Assistance A Beacon Of Hope For Victims Of Asbestos Exposure



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Kdn Fc Berputih Mata Di Laman Sendiri

Gulai Udang Nenas

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Kerajaan Pahang Sumbang Rm8 000 Kepada Keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq