Kurma Daging Dan Telur
Ini adalah lauk semalam. Lauk hari ke6 lockdown. Memang bukan full lockdown, hanya perintah kawalan pergerakan. Tapi tak apalah dah ramai yang familiar dengan istilah lockdown, kita guna jer lah lockdown. Jangan ada lak yang nak mengomen itu ini. Tapi pembaca saya di blog, Instagram dan facebook, baik baik dan berbudi bahasa semua.
Jangan kat youtube. Memang agak biadap dan kurang bahasa. memang saya akan jawab balik. Saya boleh jer mendiamkan diri tapi itu bukan cara saya. Sebabnya saya tak nak menjadi mangsa buli social media. Kena ajar mereka cara berinteraksi.
Ada yang komen kononnya membazir masa dia tengok youtube saya. Ada yang membanding banding konon channel orang lain lebih baik. Macam macam lah. Saya yakin mereka semua adalah orang Melayu. Belum lagi saya baca mereka memaki hamun di Instagram instafamous, dengan bahasa bodoh, bangang dan macam macam lagi. Issh serious sedih dengan perkembangan seperti ini.
Sebelum lockdown ni, saya tak buat persiapan bahan memasak. Yang ada banyak hanyalah telur. Itupun beli untuk 4 paket kecil di Giant Kuala Terengganu. Balik KL, tak pergi shopping kerana orang terlalu ramai berpusu pusu dan barangan juga banyak yang telah habis. Kosong rak rak di kebanyakan kedai dan pasaraya.
Jadi sebab telur yang banyak, hari hari masak guna telur. Masak nasi goreng, guna telur banyak banyak. Masak mee hoon goreng pun guna telur banyak banyak. Hari ini kita masak kurma pun tambah telur juga di dalamnya untuk menjadikan lauk 2 dalam 1. Saya nampak macam banyak, jadi bolehlah makan 2 kali. Rupanya sekali makan, dah habis semua. Haa laku sekali...
Jom layan resepi di bawah ini. Jangan lupa mencuba ya...
Kurma Daging dan TelurOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
¼ kg daging - rebus sehingga empuk5 biji telur rebus - kelar1 pek kecil rempah kurma
¾ kotak santan kotak
2 biji ubi kentang - potong 4
½ batang karot2 biji cili hijau - belah dua 1 biji buah tomato - belah 21 biji bawang besar - belah 61 keping asam kepingGaram
Gula
Bahan hiris:5 biji bawang merah3 ulas bawang putih1 inci halia
Rempah tumisan:1 inci kulit kayu manis2 kuntum bunga lawang2 biji buah pelaga
Cara cara:Panaskan minyak dan tumis rempah penumis dan bahan bahan hiris sehingga naik bau.
Masukkan rempah kurma dan dikacau dengan laju supaya tidak hangit. Masukkan sedikit air dan masak sehingga rempah terbit minyak.
Masukkan ubi kentang dan kacau rata sehingga ubi kentang hampir empuk.
Masukkan sedikit air rebusan daging dan daging yang direbus sebelum dimasukkan santan.
Masukkan telur, bawang besar dan masak sehingga mendidih dan kuah terbit minyak.
Masukkan asam keping, garam, gula, buah tomato dan cili hijau. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.aziekitchen.com/2020/03/kurma-daging-dan-telur.html