Kurang Darah Anemia
Blog ini sambungan dari blog yg bertajuk over dose yg boleh dibaca disini https://azramsulong.blogspot.com/2019/07/over-dose.html.Cerita ini sangat berkait rapat dengan apa yg terjadi kapada mak aku,Pada 24-6-2019 aku telah bawa mak aku kespital seperti tertulis dalam blog aku yg lalu,Pada masa itu aku mmg menyangka mak aku terlebih makan ubat dan terjadi overdos,sejak itu mak aku selalu sakit2,mungkin sbb usia nya atau kesan dari terlebih makan ubat,mak aku datang sakit balik pada 23-7-2019 pada pukul 10 malam,keadaan nya boleh dikatakan teruk tetapi tak seperti sakit yg dahulu,bersabar dgn keadaan itu sehingga lah kesiang hari pada 24-7-2019,pada hari itu aku sekali lagi bawak mak ke hospital dan melakukan pemeriksaan doktor,keputusan doktor semua nya ok,tak ada sakit apa2 samaada jantung dan kencing manis begitu jgk dgn darah tinggi,semua nya ok kata doktor,mak aku balik macam biasa tetapi sakit nya masih ada,menyucuk2 dibahagian dada dan sangat lemah,makan pun tak nak.pada 26-7-2019,pada pukul 10 malam,mak aku telah sakit yg amat sangat,aku dan adik beradik dah habis ikhtiar,picit pun tak beri kesan apa2 sehingga lah kami buat keputusan utk bawa mak kehospital semula,masa bawak.mak kehospital,mak aku dah tak sedar apa dah,dah mcm kain buruk,lemah dan tak bermaya,diwad kecemasan mak aku diperiksa,keputusan doktor mengatakan mak aku kurang darah,skala bilangan darah nya hanya 4 sedangkan org sihat mesti berskala 8-10,bkn sakit apa2 seperti yg disangka tetapi mak aku mengalami kurang darah,dgn sebab kurang darah lah mak aku sering sakit dada,sakit2 seluruh badan dan tak lalu makan,dgn sbb2 itu lah mak aku ditahan dibilik kecemasan,masuk air dan darah,setelah masuk air,mak aku seperti tak sakit apa2 dah,samaada sakit dada serta sakit seluruh badan seperti mula2 datang tadi,Masuk darah memerlukan masa selama 4 jam bermula dari pukul 2 pagi sehingga pukul 6 pagi.Mak aku ditahan di wad selama 3 hari setelah masuk air 3 bag dan 2 bag darah jenis O.yg heran aku sebagai anak darah dlm kumpulan A,bkn O seperti mak aku,tp tak kisah
Balik dari wad pada isnin 29-7-2019 dgn keadaan mak aku sihat sejahtera cuma pada mlm nya mak aku mengalami gatal2 seluruh badan akibat dari kesan sampingan kerana masuk darah,aku bawak mak kehospital setelah menalipon doktor yg bertugas diwad,setelah dicocok,mak aku ok dan dah tak sakit apa2 lagi sehingga kehari ini 5-8-2019 mak aku sedang menjahit sarung bantal nya.hahaha
Persoalan aku ialah mengapakah doktor yg bertugas semasa aku bawa mak kespital pada 24-7-2019 tak dapat kesan penyakit mak aku yg kekurangan darah,mengapa kah doktor dispital membuat keputusan yg mak aku ok,tak sakit apa2 sedangkan mak aku meraung sbb terlalu sakit,dan mengapakah doktor dibilik kecemasan boleh buat keputusan yg mak aku kekurangan darah,adakah doktor2 ni berbeza kelulusan mereka,Mcmana doktor harian tak dpt kesan penyakit mak aku,sedangkan doktor dibilik kecemasan boleh buat keputusan yg sgt mudah dgn mengatakan mak aku kurang darah,keputusan doktor dibilik kecemasan hanya dalam setengah jam sahaja,dia org tak rujuk kemana2 doktor2 yg lain.perkara itu lah yg aku tak puas hati.mungkin sejak setahun yg lalu mak aku mmg kekurangan darah sbb tu lah selalu sakit dada,lemah seluruh badan dan tak ada selera makan..akhir kata mak aku sihat sehingga hari ni 5-8-2019,Sekian
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://azramsulong.blogspot.com/2019/08/kurang-darah.html