Kurang Ajar Israel As Gaza Indo Ke Depan


 
Hospital Rumah Sakit Indonesia di Bandar Gaza adalah antara hospital yang mungkin terpaksa hentikan operasi akibat perang Israel-Palestin. - Foto AFP
Hospital Indonesia di Gaza jadi pusat pengumpulan mayat terbesar
GAZA: Hospital Indonesia di Gaza menjadi pusat pengumpulan mayat terbesar selepas lebih 9,000 mangsa terkorban di wilayah itu, 3,760 daripadanya kanak-kanak.
Jumlah penduduk Gaza yang cedera akibat dua serangan besar-besaran rejim Zionis Israel di kem pelarian Jabalia melebihi 50 kali kapasiti hospital itu, dan diburukkan lagi dengan keputusan bekalan ubat-ubatan dan minyak.
Hospital Indonesia, satu-satunya hospital yang masih beroperasi di utara Gaza, kini menjadi pusat pengumpulan mayat yang terbesar, lapor agensi berita Al-Jazeera.
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin, pihak pengurusan hospital itu terpaksa mengambil keputusan yang sukar iaitu menutup penjana kuasa utama susulan kekurangan bahan api yang kritikal.
Ia kini terpaksa bergantung kepada penjana kuasa kecil untuk memastikan Unit Rawatan Rapi (ICU) terus beroperasi.
Pemerhatian wartawan Al-Jazeera mendapati pengurusan hospital itu terpaksa mengumumkan pemberhentian operasi pada bila-bila masa sahaja, sekali gus menjadikan hospital berkenaan sebuah rumah mayat terbesar. 
Akibat serangan di kem pelarian Jabalia, Kementerian Kesihatan melaporkan lebih 50 nyawa terkorban, dengan sejumlah besar membabitkan wanita dan kanak-kanak.
Berdasarkan data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kawasan kem itu hanya berkeluasan 0.5 batu persegi, dan menempatkan sekitar 116,000 pelarian berdaftar.
Ketua Kemanusiaan PBB, Martin Griffith, mengecam serangan ke atas hospital itu selepas mengadakan lawatan dua hari ke Israel dan kawasan Palestin yang dijajah.
"Serangan ini adalah malapetaka terbaharu untuk menghapuskan penduduk Gaza, di mana konflik memasuki fasa yang lebih menakutkan, dan akan mewujudkan lebih banyak akibat yang teruk untuk kemanusiaan," katanya.
Griffiths berkata, dunia seolah-olah tidak boleh atau sengaja tidak mahu bertindak, dan menegaskan serangan mesti dihentikan serta-merta.
Makluman terkini Kementerian Kesihatan Gaza ketika sidang akhbar di hadapan Hospital Al Shiffa mengesahkan 256 orang awam terbunuh dalam serangan udara terbaharu Israel di Jabalia.
Hospital itu menerima 2,600 laporan orang hilang, termasuk 1,150 kanak-kanak hilang atau tertimbus di bawah runtuhan manakala 135 kakitangan perubatan terbunuh, dan 25 ambulans musnah.
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, digesa campur tangan untuk melindungi Hospital Persahabatan Turki kerana ia satu-satunya hospital yang masih beroperasi untuk pesakit kanser di Gaza, manakala 16 hospital dan 32 kemudahan penjagaan perubatan tidak lagi beroperasi di Gaza. - AGENSI
Komen Weblog Ibnu Hasyim:Kurang ajar Israel/AS.  Gaza, Indo ke depan..
Lihat komen ini..
(i) Ini sebuah komen dalam weblog ini..
[Indonesia lebih maju ke depan dalam perang Isreal - Palestine dng menghantar kapal hospital belajar ke Laut Gaza untuk merawat mangsa genosid Isreal...

Malaysia di bawah kerajaan anak anak papa lansung tidak membantu dari meterial spiritual...

Kerajaan anak anak papa lebih cakap Dari bertindak... Cakap beegegatr gegar sambil garu telo labuh anak anak papa

Kikikiki..]
Tapi, ahli PAS/PN boleh belajar ilmu politik Islam melalui pengajian, ceramah, penulisan dan praktikal tindakan Presiden PAS. Puak-puak DAPmadani dan baruanya tahu apa mengenai politk Islam?

Ini contoh tulisan Presiden PAS. Israel: Zionis makhluk perosak alam. DAPmadani berani kritik Israel/AS?
(ii) Politik Islam sekarang sedang berdepan dengan pengganas AS/Israel. Setakat ini hanya HAMAS dan kumpulan sealirannya, pejuang hak asasi manusia berbagai agama & bangsa yang menyokong keadilan, terus gelisahkan   AS/Israel bangsat itu.
Apabila Islam terus ditekan dan ditindas keterlaluan, ertinya keadilan akan terserlah dan Islam akan terus bangkit mencabar lawan. Giliran Islam akan bangun kembali membawa kemakmuran dan ketenangan, wakaupun kadang-kadang terpaksa melonjak dengan kekerasan.

Di Melaka, T/Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ustaz Mohd Hafez Sabri menyarankan agar ibu bapa PASTI dapat memastikan sekurang-kurangnya seorang anak menceburi bidang agama.
Bagaimana pula untuk melahiikan  anak-anak jadi pejuang agama Allah?
Lihat video ini hingga selesai, insya Allah!Dr Mat Rofa : P4LES TIN BUMI SYA H1DYouTubehttps://www.youtube.com › watch1:33:24Surau Al Falah P9 Putrajaya B.Islam 1601 8010 0013 40 Follow Khalifah Untuk Semua Tiktok https://bit.ly/2IaJbCf Facebook ..
YouTube · Khalifah Untuk Semua · 3 hari yang laluTiada: Syahid ‎| Cari dengan: Syahid

PUTERA Mohammed bin Salman berjalan beriringan dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo di Riyah, Arab Saudi. - AFP
Di Riyadh, Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman mengulangi sokongan negara itu untuk mencapai penyelesaian kekal kepada perjuangan rakyat Palestin.
Tekad itu disuarakan beliau sewaktu berucap pada majlis pembukaan Sidang Kemuncak GCC-ASEAN di Riyadh semalam.
Benarkah? Apa peranan Presiden Indonesia, Joko Widodo di Riyadh itu?
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.



Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. 
Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2023/11/kurang-ajar-israelas-gaza-indo-ke-depan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Israel Mengaku Bedil Kem Gaza Dakwa Mahu Tumpaskan Komander Hamas

Israel Mengaku Bedil Kem Gaza Dakwa Mahu Tumpaskan Komander Hamas

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 221 hits
HarapanDaily comSITI NUR ZAWANI Berpuluh puluh rakyat Palestin terbunuh selepas Israel meneruskan kekejaman dengan melancarkan serangan udara menyasarkan kem pelarian yang sarat dengan penduduk di Semenanjung Gaza semalam Tindakan itu menye...
Video Murka Presiden Jokowi Kutuk Serangan Brutal Israel Ke Gaza Indonesia Kirim Bantuan

Video Murka Presiden Jokowi Kutuk Serangan Brutal Israel Ke Gaza Indonesia Kirim Bantuan

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 232 hits
Jokowi menyebut Indonesia segera mengirimkan bantuan Sekaligus terus memantau perkembangan situasi Gaza
Tiga Sekolah Pbb Lindungi 20 000 Penduduk Gaza Dibom Israel

Tiga Sekolah Pbb Lindungi 20 000 Penduduk Gaza Dibom Israel

papar berkaitan - pada 3/11/2023 - jumlah : 252 hits
MalaysiakiniSekolah milik Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi Pelarian yang melindungi kira kira 20 000 pelarian di utara Gaza dibom tentera Israel pada Khamis membunuh sekurang kurangnya 20 orang kata agensi berkenaan Ini adalah sekolah ...
Angka Kematian Di Gaza Akibat Serangan Penceroboh Israel Meningkat Kepada 9 061

Angka Kematian Di Gaza Akibat Serangan Penceroboh Israel Meningkat Kepada 9 061

papar berkaitan - pada 3/11/2023 - jumlah : 473 hits
GAZA CITY Angka kematian penduduk Palestin akibat serangan berterusan tentera penceroboh Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 9 061 menurut Kementerian Kesihatan Palestin pada Khamis Mangsa termasuk 3 760 kanak kanak 2 326 wanita man...
Iran Tuduh As Sekongkol Galak Israel Serang Gaza

Iran Tuduh As Sekongkol Galak Israel Serang Gaza

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 321 hits
Iran tuduh AS sekongkol galak Israel serang Gaza Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 7 Nov 2023 7 57AM
Terkini 80 Maut Di Kem Gaza Dibom Israel Kata Hamas

Terkini 80 Maut Di Kem Gaza Dibom Israel Kata Hamas

papar berkaitan - pada 19/11/2023 - jumlah : 259 hits
Terkini 80 maut di kem Gaza dibom Israel kata Hamas Dikemas kini 5 jam yang lalu Diterbitkan pada 18 Nov 2023 11 44PM
Pengarah Hospital Al Wafa Gaza Maut Dalam Serangan Udara Israel

Pengarah Hospital Al Wafa Gaza Maut Dalam Serangan Udara Israel

papar berkaitan - pada 19/11/2023 - jumlah : 405 hits
PENGARAH Hospital Al Wafa dan Rumah Penjagaan Warga Emas di Bandaraya Gaza nbsp terbunuh dalam serangan udara Israel pada Jumaat malam lapor agensi berita rasmi Palestin nbsp Wafa Sumber tempatan berkata pesawat pejuang tentera pencerobohan...
Top News Pdip Muak Putusan Mk Alergi Sebut Nama Gibran Jimly Gregetan Bilang Kurang Ajar

Top News Pdip Muak Putusan Mk Alergi Sebut Nama Gibran Jimly Gregetan Bilang Kurang Ajar

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 174 hits
Fraksi PDIP mengungkapkan keresahannya atas putusan Mahkamah Konstitusi terkait aturan capres cawapres dalam paripurna di DPR
Prabowo Pasukan Perdamaian Ri Tetap Di Lebanon Selama Serangan Israel Ke Gaza Masih Berlangsung

Prabowo Pasukan Perdamaian Ri Tetap Di Lebanon Selama Serangan Israel Ke Gaza Masih Berlangsung

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 233 hits
Menteri Pertahanan Prabowo Subianto menyatakan bahwa belum ada rencana untuk menarik Pasukan TNI dalam misi perdamaian PBB di Lebanon
Pdrm China Purge Mbi Network For Xi Jin Peng Visit

Bawani S Ayer Kuning Bid Crucial For Putting Socialism On The National Agenda

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Malulah Timbalan Menteri Adam Adli Kalah Teruk Di Hang Tuah Jaya

Anwar Defends Rm6m Tapah Allocations Says Announcement Made Before By Election Nomination

Siti Kasim Rallies Behind Psm Give Smaller Parties A Chance To Deliver Shocker In Ayer Kuning By Election

Dah Try Gummy Coowy Ke Yang Viral Tu Sekali Rasa Confirm Nak Ulang

Eur Usd 11 April Penurunan Dolar Nampaknya Tiada Tanda Akan Berhenti


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Mangkuk Seramik Bunga Tulip

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Bukti Kalimah Islam Dan Tarbiah Dilaung Pas Hanya Sembang Kosong Sahaja

Spontan Perempuan Itu Menghulurkan Salam