Bukit Pau - di sinilah terletaknya kafe Kupi Kahfi. Kahfi (bahasa Arab) bermaksud gua. Kami tiba di sini menghampiri pukul 6 petang
Pandangan keseluruhan luar gua
Terdapat dua buah gerai menjual makanan di hadapan gua. Antara pilihan makanan yang ditawarkan - set ramen, jagung manis, kerabu maggi dan pilihan roti bakar. Pengunjung boleh membuat pesanan makanan di sini dan terus buat bayaran, dah siap nanti akan dihantar ke meja kita
Gerai kopi pula terletak betul-betul di depan pintu gua (sila klik foto untuk paparan lebih jelas). Di bahagian depan ini juga terdapat sebuah buaian. Ramai yang cuba berbuai dan merakam foto memori di sini
Terdapat pilihan tempat duduk di luar pada kedudukan sedikit jauh dari pintu gua
Beginilah suasana kafe di dalam gua. Boleh pilih nak duduk di hadapan/pintu gua atau duduk betul-betul di dalam gua. Kami memilih tempat duduk di dalam gua bagi merasai sendiri pengalaman mengopi dalam gua
Suasana tempat duduk di dalam gua. Foto dirakam dari sudut dalam gua. Walaupun tanpa kipas, ruangan dalam gua ini memang terasa nyaman berangin. Ini kerana terdapat aliran pengudaraan yang baik dan berangin dari lima buah pintu gua di sini. Berkenaan bau najis kelawar, saya tak mengesan sebarang bau yang tak sedap di ruangan ini
Terdapat juga pilihan tempat duduk di bahagian lain sudut gua. Tiada pengunjung duduk di sini. Saya dapati bau najis kelawar agak kuat di ruangan ini
Salah satu dari lima pintu gua yang terdapat di sini. Maha hebat Allah dalam penciptaan-Nya, setiap gua yang pernah saya kunjungi mempunyai keunikan tersendiri. Nampak gua semua macam sama je, tetapi sebenarnya berbeza
Hiasan di dinding gua. Boleh baca ayat bertulisan Jawi di atas? 😁
Makanan pilihan kami - roti titab RM5.50 dan kerabu maggi RM8. Minuman kami beli satu je - caramel macchiato RM10|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |