Kunci Jaga Kanak Kanak Istimewa Adalah Sabar Ini 9 Cara Bantu Kembangkan Skil Anak Autisme Anda


Membesarkan anak istimewa pastinya 1 cabaran. Ingin tahu cara terbaik bagi ibu bapa untuk mendidik anak autisme di rumah? Berikut 9 cara yang boleh bantu perkembangan anak.
Bolehkah mendidik anak autisme?
Bukan mudah menjaga dan membesarkan anak yang menghidap gangguan spektrum autisme (autism spectrum disorder, ASD).
Wujud rasa rungsing dan bimbang apabila ada mengatakan bahawa anak dengan ASD sukar untuk dipulihkan. Tetapi benarkah?
Jika anda sedang mencari-cari kaedah membantu dan mendidik anak autisme yang sesuai ketika berada di rumah, mungkin artikel ini akan dapat membantu.
Ini kerana terdapat banyak cara untuk bantu perkembangan anak dengan ASD dalam memperolehi kemahiran baru.
Cara mendidik anak autisme
Struktur dan keselamatan
Berikut langkah untuk memudahkan tugasan harian bagi anda dan anak dengan ASD:
Konsisten
Anak ASD sukar mengaplikasi apa yang dipelajari dalam sekolah kepada tempat lain seperti rumah.
Cuba terapkan persekitaran yang sama untuk bantu memperkukuhkan pembelajaran sekali gus bantu perkembangan anak.
Anda mungkin boleh menjalankan terapi di lebih daripada 1 tempat untuk mendorong anak mengaplikasikan apa dipelajari di persekitaran lain.
Selain itu, anda perlu konsisten dalam cara berkomunikasi dengan si kecil dan cuba tangani tingkah laku yang mencabar.
Rutin sama
Untuk mendidik anak autisme, anda perlu wujudkan 1 jadual rutin yang sama setiap hari.
Ini kerana anak ASD cenderung melakukan yang terbaik apabila mempunyai jadual rutin tersusun.
Sediakan jadual untuk anak berkaitan waktu makan, sesi terapi, persekolahan dan waktu tidur.
Ganjaran
Galakan positif dapat bantu perkembangan anak ASD, jadi sebaiknya cuba untuk memberikan ganjaran setiap kali mereka melakukan sesuatu yang baik.
Anda boleh memberikan pujian, pelekat atau membenarkan anak bermain permainan kegemaran setiap kali mereka berkelakuan baik.
Zon selamat di rumah
Cipta ruang peribadi di rumah untuk anak boleh berehat dan berasa selamat. Ini melibatkan cara mengatur dan menetapkan had yang mudah difahami anak.
Menggunakan petunjuk visual juga boleh membantu dengan menandakan pita berwarna dan label bergambar.
Kaedah bukan lisan untuk berkomunikasi
Mendidik anak autisme berkomunikasi tidak hanya melibatkan lisan. Tetapi anda boleh berkomunikasi dengan cara melihat mereka, menggunakan nada suara serta bahasa badan.
Fahami isyarat bukan lisan
Jika anda memerhatikan si kecil, anda boleh belajar menggunakan petunjuk bukan lisan yang digunakan kanak-kanak dengan ASD berkomunikasi.
Perhatikan nada suara, ekspresi muka dan pergerakan isyarat yang digunakan mereka sebagai tanda penat, lapar atau mahukan sesuatu.
Kenal pasti punca sebalik tantrum
Pastinya kita akan berasa kecewa dan sedih apabila berasa diabaikan. Anak autistik juga mempunyai rasa yang sama.
Apabila anak ASD mula tantrum, ia selalu disebabkan ibu bapa tidak dapat memahami atau membaca isyarat bukan lisan mereka.
Kemarahan yang ditunjukkan adalah cara mereka meluahkan rasa kecewa dan cubaan memancing perhatian anda.
Masa bergembira
Anak ASD tetap seorang kanak-kanak. Mereka juga perlu untuk mempunyai kehidupan lain selain hanya menghadap terapi semata-mata.
Tetapkan rutin untuk anak bermain.
Cipta cara menyeronokkan bersama yang boleh menghadirkan senyuman kegembiraan, ketawa serta membolehkan mereka keluar daripada kepompong.
Banyak manfaat boleh diperolehi untuk bantu perkembangan anak apabila anda menemani mereka bermain tanpa sebarang tekanan.
Kepekaan deria anak
Perhatikan tahap kepekaan dan sensitiviti deria anak ASD. Kebanyakan anak autistik sangat sensitif terhadap cahaya, suara, sentuhan, rasa dan bau.
Fahami pemandangan, suara, bau, pergerakan atau sentuhan yang boleh memicu tindak balas tingkah laku positif dan negatif kepada anak.
Wujudkan rawatan autisme tersendiri
Untuk mendidik anak autisme dan bantu perkembangan anak dengan ASD, anda harus menyedari bahawa setiap daripada mereka mempunyai spektrum autisme unik dan tersendiri.
Rawatan terapi untuk anak perlulah disesuaikan mengikut keperluan individu. Pastinya anda lebih memahami keadaan anak anda, seperti:
-Fahami kekuatan dan kelemahan mereka
-Kenal pasti tingkah laku yang kerap mewujudkan masalah dan isu
-Skil yang kurang pada anak
-Kaedah pembelajaran terbaik untuk anak – mendengar, melihat atau mempraktikkannya
-Perkara digemari anak
-Harus diingatkan, walau apa pun rawatan pilihan anda, penglibatan anda secara langsung adalah penting untuk memastikan kejayaan.
Kehadiran anda dapat membantu anak untuk mendapatkan hasil rawatan maksimum.
-Dapatkan sokongan
-Dalam mendidik anak autisme, sokongan daripada individu sekeliling amat diperlukan.
-Tidak kira sama ada secara atas talian mahupun bersemuka.
Jika anda memerlukan bantuan, jangan malu untuk memintanya daripada pasangan, ahli keluarga, rakan baik mahupun golongan profesional.
Sumber: Hello Doktor
The post Kunci Jaga Kanak-kanak Istimewa, Adalah Sabar. Ini 9 Cara Bantu Kembangkan Skil Anak Autisme Anda appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kunci-jaga-kanak-kanak-istimewa-adalah-sabar-ini-9-cara-bantu-kembangkan-skil-anak-autisme-anda/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Autisme Ada Bakat Istimewa Suka Belajar Fasih Berbahasa Inggeris Sejak Kecil

Anak Autisme Ada Bakat Istimewa Suka Belajar Fasih Berbahasa Inggeris Sejak Kecil

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 427 hits
Kebanyakkan ibu bapa yang mempunyai anak anak Syurga ini sangat bertuah kerana itu adalah amanah yang paling bermakna daripada Allah untuk kita semua ya mempunyai anak istimewa ini bukan mudah untuk semua orang mereka ini perlukan perhatian...
Trauma Anak Cedera Naik Baby Walker Doktor Sarankan Cara Ni Nak Latih Anak Berjalan

Trauma Anak Cedera Naik Baby Walker Doktor Sarankan Cara Ni Nak Latih Anak Berjalan

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 631 hits
Penggunaan baby walker sememangnya tidak disarankan malah dilarang sama sekali kepada bayi kecil kita kerana risiko kecederaan yang terlalu tinggi Pun begitu masih terdapat mak ayah yang gemar membelikan walker ini dengan alasan untuk meran...
Semak Cara Permohonan Bantuan Jkm Bagi Ibu Tunggal Kanak Kanak Warga Emas Dan Oku

Semak Cara Permohonan Bantuan Jkm Bagi Ibu Tunggal Kanak Kanak Warga Emas Dan Oku

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 689 hits
Semak Cara permohonan Bantuan JKM bagi Ibu Tunggal Kanak kanak Warga emas dan OKU Bagaimana anda boleh membuat permohonan di Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi Ibu Tunggal Warga Emas kanak kanak dan OKU Panduan ini dibuat untuk rakyat Malays...
Umur Dah Cecah 10 Tahun Cr Titip Ucapan Hari Lahir Istimewa Buat Anak

Umur Dah Cecah 10 Tahun Cr Titip Ucapan Hari Lahir Istimewa Buat Anak

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 371 hits
Menyambut ulang tahun kelahiran ke 10 pada hari ini Cristiano Ronaldo mengucapkan selamat hari lahir kepada anak lelaki sulungnya Cristiano Jr Menerusi kiriman yang dimuatnaik di laman Twitter rasminya pemain Juventus itu memuatnaik sekepin...
Mesin Basuh Dah Berkeladak Ibu Ni Kongsi Cuci Cara Mudah Senang Barulah Baju Anak Anak Bersih Total

Mesin Basuh Dah Berkeladak Ibu Ni Kongsi Cuci Cara Mudah Senang Barulah Baju Anak Anak Bersih Total

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 465 hits
Mesin basuh di rumah pernah tak dicuci atau dibersihkan bahagian dalamnya Kadang sampai ada yang berbau kerana tak pernah pun bersihkan Sebenarnya mesin basuh yang ada di rumah juga perlu dibersihkan supaya baju yang kita basuh itu bersih s...
Dunia Tanpa Sempadan Selamatkah Anak Kita Ini Saranan Pakar Nak Jaga Keselamatan Anak Di Alam Maya

Dunia Tanpa Sempadan Selamatkah Anak Kita Ini Saranan Pakar Nak Jaga Keselamatan Anak Di Alam Maya

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 356 hits
Dunia hari ini semuanya dihujung jari Tanya sahaja Mr Google pasti ada jawapannya Kalau untuk orang dewasa tak mengapalah juga tahu apa yang boleh dan apa yang tidak baik untuk dilayari Tapi bagaimana pula dengan anak anak yang masih kecil ...
Cinta Sejati 2 Tahun Terlantar Suami Setia Jaga Isteri Lumpuh Selepas Lahirkan Anak

Cinta Sejati 2 Tahun Terlantar Suami Setia Jaga Isteri Lumpuh Selepas Lahirkan Anak

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 429 hits
Setia ke hujung nyawa Itu prinsip yang dipegang oleh seorang suami Muhammad Saiful Sudin 30 yang diuji dengan ujian besar dalam hidupnya setelah isteri koma lepas bersalin anak tunggal mereka hampir dua tahun lalu dan kini hanya terlantar k...
Anak Mengamuk Nak Jajan Di Kaunter Kedai Ini Cara Ibu Ayah Jadi Kebal Tak Payah Belikan

Anak Mengamuk Nak Jajan Di Kaunter Kedai Ini Cara Ibu Ayah Jadi Kebal Tak Payah Belikan

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 388 hits
Sudah menjadi perkara biasa pula bila ke kedai dengan anak anak mereka akan minta kita belikan snek atau jajan Kita dapat elakkan mereka dari ambil semua itu tapi sebaik sahaja sampai ke kaunter banyak pilihan yang memerangkap kita Anak ana...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator