Kumpulan Penari Kebudayaan Sabah Hilang Pendapatan Angkara Covid 19


 
Penari kebudayaan Sabah rata-ratanya hilang punca pendapatan kerana tiada lagi panggilan untuk membuat persembahan susulan pandemic Covid-19. (Gambar Bernama)KOTA KINABALU: Pelancongan adalah industri paling terjejas sejak pandemik Covid-19 melanda negara, khususnya di Sabah, dengan kesannya turut menular kepada industri sampingan berkaitan pelancongan.
Antaranya ialah kumpulan penari kebudayaan Sabah yang rata-ratanya hilang punca pendapatan kerana tiada lagi panggilan untuk membuat persembahan seperti sebelum ini.
Pengurus kumpulan tarian Era Budaya Papar, Claire Joseph Gunsoi berkata, sebelum pandemik Covid-19 melanda, tawaran yang diterima mereka tidak pernah putus, malah turut mendapat “kerja tetap” di sebuah kompleks beli-belah terkenal di sini.
Bagaimanapun katanya, penutupan sempadan negeri yang menghalang pelancong datang ke Sabah telah mengubah gaya hidup mereka yang sebelum ini sentiasa sibuk dengan program pada hampir setiap hari.
“Berapa pendapatan kami perolehi setiap bulan saya tidak perlulah dedahkan tapi apa yang saya boleh katakan jadual kami memang padat pada setiap bulan sebelum ini.
“Bagaimanapun, semuanya berubah apabila Covid-19 melanda, bukan kurang “job” malah tiada “job” langsung.
“Selepas PKP (perintah kawalan pergerakan) bertukar kepada PKPP (perintah kawalan pergerakan pemulihan), adalah kami dapat tawaran, tiga empat ‘job’ tetapi tiba-tiba PKP balik, semuanya ditangguhkan malah ada yang dibatalkan terus,” katanya kepada FMT.
Claire berkata, selepas pendapatan mereka terjejas, mereka sangat mengharapkan bantuan daripada kerajaan dan bersyukur kerana beberapa bantuan diterima mereka.
Bagaimanapun katanya, bantuan berkenaan hanya berbentuk “one off” dan tidak mungkin akan bertahan lama dan oleh sebab itu mereka sangat berharap keadaan akan kembali seperti sebelum ini.
“Ada juga dalam kalangan penari kami yang pendapatan mereka bergantung sepenuhnya kepada persembahan dan kini mereka hilang punca pendapatan.
“Mujurlah ramai dalam kalangan mereka yang masih di bawah tanggungjawab ibu bapa masing-masing.
“Kami harap keadaan akan bertambah baik nanti dan kalau boleh kerajaan jemputlah kami sekiranya ada apa-apa program.
“Setiap kali program kerajaan, penari yang dijemput adalah daripada agensi berkaitan yang memang mempunyai pekerjaan tetap dan oleh sebab itu, kalau boleh jemputlah kami yang terjejas ini,” katanya.
Sementara itu, pengurus kumpulan tarian The Art Collection, Marni Sumpin berkata, keadaan serupa turut menimpa mereka, terutama penari sepenuh masa yang kini terpaksa mencari jalan lain untuk terus bertahan.
“Dulu selain menerima jemputan ke program berkaitan pelancongan, kami juga mempunyai kontrak tetap untuk membuat persembahan di sebuah restoran terkenal.
“Itu dulu sewaktu pelancong masih ada, sekarang ini semuanya terhenti. termasuklah persembahan kami di restoran.
“Kebanyakan penari kami bergantung sepenuhnya kepada jemputan persembahan dan kini mereka terpaksa membuat pekerjaan lain seperti perkhidmatan katering, menghantar makanan dan sebagainya,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/04/kumpulan-penari-kebudayaan-sabah-hilang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Telecommunication Problem Covid 19 Among Reasons For Low Census Rate In Sabah

Telecommunication Problem Covid 19 Among Reasons For Low Census Rate In Sabah

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 275 hits
KOTA KINABALU Telecommunication problems and the spread of Covid 19 are among the main reasons why the percentage of the population census in Sabah is still low compared to other states in the peninsula said Deputy Minister in the Prime Min...
Sabah Perinci Sop Pkp Tawau Keningau Cegah Penularan Covid 19

Sabah Perinci Sop Pkp Tawau Keningau Cegah Penularan Covid 19

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 239 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata mana mana individu yang perlu bekerja di Tawau dinasihatkan untuk mendapatkan surat daripada ketua jabatan atau kebenaran polis KOTA KINABALU Kerajaan negeri Sabah memperin...
Rm500 000 Jika Mati Hilang Upaya Akibat Vaksin Covid 19

Rm500 000 Jika Mati Hilang Upaya Akibat Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 463 hits
PUTRAJAYA Bantuan khas kewangan kesan mudarat Covid 19 sebanyak RM500 000 akan diberi kepada penerima vaksin di negara ini jika berlaku hilang upaya kekal atau kematian disebabkan vaksin Covid 19 Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba b...
Covid 19 1 671 New Cases Spike In Selangor Sabah Penang

Covid 19 1 671 New Cases Spike In Selangor Sabah Penang

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 280 hits
COVID 19 The Health Ministry reported 1 671 new cases of Covid 19 and four deaths today There was a spike of cases in Selangor Sabah and Penang Selangor reported 652 new cases today almost double from yesterday and bucking a downtrend in ne...
Bantuan Pemerkasa Hilang Kerja Pendapatan Dapat Rm500

Bantuan Pemerkasa Hilang Kerja Pendapatan Dapat Rm500

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 386 hits
Pengumuman Bantuan Pemerkasa Kena buang dan Hilang Kerja serta Pendapatan Dapat RM500 Pejam celik pejam celik sudah setahun rupanya kita berperang dengan wabak covid 19 di Malaysia Ramai yang tumbang termasuk terkena wabak covid 19 secara l...
Aktivis Gesa Hospital Swasta Dibenar Beli Vaksin Covid 19

Aktivis Gesa Hospital Swasta Dibenar Beli Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 278 hits
Tan Sri Lee Lam Thye berkata tempoh menunggu yang lama boleh mencetuskan keraguan terhadap kemampuan memberi imunisasi Foto oleh Ahmad ZamzahuriKUALA LUMPUR 28 Mac Kerajaan wajar menimbang untuk membenarkan kemudahan kesihatan swasta membel...
Covid 19 Sarawak Tops Daily Case Numbers For Entire Country With 426 New Cases

Covid 19 Sarawak Tops Daily Case Numbers For Entire Country With 426 New Cases

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 380 hits
File photo showing a health worker conducting a swab test on a man in this photo taken in Kuching on Dec 19 Photo by Muhammad Rais Sanusi KUCHING Sarawak recorded a new daily high number of Covid 19 cases at 426 with two deaths said State D...
Vaksin Covid 19 Pfizer Lindungi Diri Lindungi Semua

Vaksin Covid 19 Pfizer Lindungi Diri Lindungi Semua

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 445 hits
Assalamualaikum semua APAKAH KEPENTINGAN MENGAMBIL VAKSIN COVID 19 Vaksin COVID 19 diberikan untuk mengawal penularan penyakit COVID 19 Apabila semakin ramai orang mendapat vaksinasi semakin ramai penduduk membentuk antibodi dan seterusnya ...
Sudah 2 Kali Suntik Vaksinasi Bupati Sumedang Positif Covid 19

Sudah 2 Kali Suntik Vaksinasi Bupati Sumedang Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 174 hits
Bupati yang sudah disuntik dua kali dosis vaksin Covid 19 itu mengatakan saat ini tidak ada gejala sakit begitu juga dengan anggota keluarganya
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kemaskini Idme Maklumat Murid Pengurusan Awam

Speed Read A Sparkling Yamaha Xs650 Chopper And Three Harleys

Niat Baik Kembali Dipermudah Zaskia Adya Mecca Sukses Wujudkan Pembangunan Masjid Sementara Di Gaza

Hiburan Suka Cakap Pasal Orang Jaga Tepi Kain Lu Sendiri Sudah Lah Aaron Aziz

Aktiviti Ladang Dania Tanam Pokok Getah

Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3