Kumpulan Baju Merah Akan Berucap Di Pejabat Pbb


Faisal Asyraf 
   
Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia atau lebih dikenali sebagai Kumpulan Baju Merah, dijangka menyampaikan ucapan mengenai hak asasi manusia dan kemiskinan di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York bulan depan.

NGO itu sering mencetuskan kontroversi ketika era kerajaan BN apabila sering menganjurkan protes dengan melakukan pelbagai gimik, diketuai oleh pemimpinnya, Jamal Md Yunos.

Ketua baru NGO berkenaan, Baharin Mohd Tahir berkata Jamal telah meletakkan jawatan pada 25 Jan tahun ini.

NGO itu kini memberi tumpuan kepada menyokong hak asasi manusia di negara ini kerana itulah tujuan asalnya, kata Baharin kepada Malaysiakini.

Beliau berkata NGO itu dijemput oleh International Service For Human Rights  dan Amnesty International pada 23 Ogos ini untuk program yang dikenali sebagai "Human Rights Council Elections 2019: Discussions of Candidate States' Visions for membership", sempena pilihan raya anggota bagi penggal 2020-2022.

"Terdapat dua acara, satu pada 6 Sept, dan satu lagi adalah di Palais Des Nations di Geneva pada 11 September. Kami akan bercakap pada acara 6 Sept," kata Baharin ketika ditemui di Kuala Lumpur, semalam.

Baharin akan ditemani anggota lain Noridzahlan Ridzuan yang juga presiden NGO Malaysia Abata Blue United Organisation.

Tiga topik dibentangkan adalah hak asasi manusia di Malaysia sebagai sebuah negara Islam sederhana; kedaulatan dan perlembagaan persekutuan; dan kemiskinan di Malaysia.
Baharin berkata beliau akan menjawab persepsi salah mengenai kemiskinan di Malaysia seperti yang didakwa oleh wakil PBB di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pelapor Khas PBB mengenai Kemiskinan dan Hak Asasi Manusia, Philip Alston sebelum ini menegaskan kadar kemiskinan di Malaysia adalah hampir 15 peratus (937,500 isi rumah), berbanding angka rasmi 0.4 peratus (pada 2016).

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali bagaimanapun berkata kenyataan Alston adalah "sama sekali tidak boleh diterima dan tidak bertanggungjawab."

Ketika diminta mengulas reputasi buruk kumpulan Baju Merah sebagai NGO dan kini akan berucap di pentas antarabangsa, beliau berkata ia bukan isu.

"Ketika pentadbiran Barisan Nasional, ramai pemimpin PH mewakili NGO dan badan-badan untuk berucap di acara antarabangsa. Sekarang mereka telah menjadi kerajaan, tiba giliran kami untuk berbuat demikian. Ini sesuatu yang seimbang," katanya.

Noridzahlan berkata: "jika kamu bercakap tentang reputasi, kerajaan Pakatan Harapan juga mempunyai reputasi yang baik. Sekarang perspektif rakyat benar-benar berubah selepas mereka gagal memenuhi janji-janji mereka.
"Reputasi (Bekas Perdana Menteri) Najib Razak juga tercemar selepas pilihan raya umum. Sekarang kamu boleh lihat beliau semakin mendapat sokongan," katanya. 
Kumpulan Baju Merah ketikapentadbiran kerajaan BN dikenali ramai kerana sering menganjurkan protes jalanan.

Antara tindakan dilakukan Jamal adalah memecahkan botol bir dan muncul memakai tuala di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor.

Pada Mei tahun lepas, beliau dikehendaki atas pelbagai kesalahan termasuk Seksyen 290 Kanun Keseksaan berkaitan kacau ganggu dan Seksyen 34 Akta Senjata Api 1960.

Beliau kemudian melarikan diri ke Indonesia dan kemudian ditahan di Tebet, Jakarta Selatan. Ketika dalam pelarian, Jamal dilantik semula sebagai Ketua Umno Sungai Besar pada pemilihan parti yang lepas.

Baru-baru ini Jamal memutuskan untuk menjual perniagaan hotelnya di Sekinchan selepas mendakwa perniagaannya merosot apabila PH menghalang agensi-agensi kerajaan daripada menempah hotel berkenaan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/kumpulan-baju-merah-akan-berucap-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Raup Cuan Perang Dagang Pemerintah Siap Gelar Karpet Merah Pabrik China Masuk Ri

Raup Cuan Perang Dagang Pemerintah Siap Gelar Karpet Merah Pabrik China Masuk Ri

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 289 hits
Perang dagang yang belum kunjung usai antara Amerika Serikat dan China membuat beberapa industri negeri tirai bambu mau merelokasi pabriknya ke negara lain Hal itu guna menghindari pengenaan tarif bea masuk impor yang cukup tinggi oleh AS t...
Arahan Henti Urusan Perbaharui Cukai Jalan Di Pejabat Pos Akan Dikaji Kata Menteri

Arahan Henti Urusan Perbaharui Cukai Jalan Di Pejabat Pos Akan Dikaji Kata Menteri

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 290 hits
Arahan henti urusan perbaharui cukai jalan di pejabat pos akan dikaji kata menteri Dikemas kini 26 minit yang lalu Diterbitk
Aksi Demo Hong Kong Berpotensi Seret Ihsg Ke Zona Merah

Aksi Demo Hong Kong Berpotensi Seret Ihsg Ke Zona Merah

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 304 hits
Analis memproyeksi Indeks Harga Saham Gabungan akan kembali tertekan pada perdagangan saham hari ini Pelemahan indeks hari ini dari sentimen global masih akan dipengaruhi demo Hong Kong dan fluktuitas tensi perang dagang antara Amerika Seri...
Seminggu Lahir Timbul Tanda Merah Ibu Ingat Gigitan Nyamuk Rupanya Tumor Bukan Kanser

Seminggu Lahir Timbul Tanda Merah Ibu Ingat Gigitan Nyamuk Rupanya Tumor Bukan Kanser

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 486 hits
Semasa dilahirkan bayi ini tiada sebarang tanda namun seminggu selepas dilahirkan timbul tanda merah pada dahi sebelah kiri Sekali imbas seperti satu titik kecil namun tak disangka sangka ia rupaya salur darah yang membentuk tumor bukan kan...
Pejabat Penggawa Daerah Pengkalan Kubor

Pejabat Penggawa Daerah Pengkalan Kubor

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 690 hits
Pejabat Penggawa Daerah Pengkalan KuborKompleks Penggawa Daerah Pengkalan Kubor Kampung Geting Tumpat Kelantan wifi komuniti Sunday 30 June 2019 17 56 IMG 20190630 175647 Xiaomi Redmi Note 5A Jalan Kota Bharu Pengkalan Kubor Kampung Geting ...
Tulisan Di Fb Dianggap Hina Banser Pejabat Pandeglang Dipolisikan Gp Ansor

Tulisan Di Fb Dianggap Hina Banser Pejabat Pandeglang Dipolisikan Gp Ansor

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 216 hits
Dalam postingannya pada Kamis kemarin Rahmat menulis BANSER yang moncongnya bilang NKRI harga mati terhadap sparatis OPM langsung MINGKEM gak ada suaranya PLONGO
Google Larang Pekerja Bincang Isu Politik Di Pejabat

Google Larang Pekerja Bincang Isu Politik Di Pejabat

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 359 hits
Google larang pekerja bincang isu politik di pejabat Dikemas kini 2 minit yang lalu Diterbitkan pada 24 Aug 2019 12 00PM
Semakan Alamat Cawangan Pejabat Ptptn Negeri

Semakan Alamat Cawangan Pejabat Ptptn Negeri

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 848 hits
Semakan Alamat cawangan PTPTN Di Seluruh Negara Bagi peminjam PTPTN yang ingin menyemak baki terkini yang belum dibayar boleh berbuat demikian dengan pelbagai cara Anda boleh melayari website PTPTN boleh telefon atau datang sendiri ke cawan...
Ini Barulah Dianggap Seorang Ibu Tak Pernah Meminta Wang Selalu Mencari Kesalahan Menantu Prince Syed

Spotify Digoncang Serangan Terbesar 86 Juta Lagu Dicuri Dunia Muzik Bergegar

Polis Tahan 85 Individu Dalam Serbuan Ops Dadu Mega Seluruh Negara

Cara Mohon Dulang Emas Di Negeri Kelantan Panduan Lengkap Terkini

Target Simpanan 2026 Cara Tetapkan Matlamat Ikut Gaji

Raikan 68 Tahun Legasi Warisan Dan Kecemerlangan Yu Ting Bersama Chef Martin Yan

A Visual Timeline Of Moab S Landscape From Dawn To Dusk

When Anwar Hailed Court Sending Najib To Jail As Victory For Rakyat


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Vespa Anti Tank Inovasi Ketenteraan Paling Pelik Abad Ke 20

Di Sebalik Kejayaan Dunia Kos Kuda Latihan Jadi Cabaran Terbesar Atlet Negara Aatvmedia 23 12 2025

Kedai Buku 24 Jam The Library Bookxcess Sunway

Surat Dari Syurga

Exco Pemuda Umno Malaysia Md Jamil Pauzi Tegaskan Titah Tuanku Bukanlah Bahan Politik Untuk Di Permainkan

Perjuanganku Belum Berakhir Kuat Kerana Tiada Pilihan