Kulit Telur Baik Untuk Tanaman Berkesan Atau Tidak


Kulit Telur Baik Untuk Tanaman, Berkesan Atau Tidak
Setiap orang yang menanam pokok pastinya menginginkan tanaman yang sihat, subur dan cepat membesar.
Tidak hairanlah, ramai yang sanggup mencuba pelbagai cara serta bahan semula jadi sebagai baja untuk menyuburkan tanah, termasuklah kulit telur.
Kulit telur sering dianggap sebagai “baja percuma” dari sisa dapur kerana dipercayai mengandungi nutrien yang penting untuk tumbuhan.
Malah, ada yang menganggap ia mampu menguatkan akar, mempercepatkan pertumbuhan dan melindungi tanaman daripada penyakit tertentu.
Namun, sejauh manakah kulit telur ini berkesan untuk tanaman? Adakah ia benar memberi manfaat atau sekadar mitos yang diwarisi daripada petua lama. Mari ikuti penjelasan lanjut di bawah ini.
Adakah kulit telur baik untuk tanaman? Menurut portal Reader’s Digest, kulit telur ialah bahan tambahan yang baik untuk tanah di kebanyakan taman dan tanaman hiasan kerana ia mengandungi kalsium karbonat yang berfungsi menguatkan struktur tumbuhan.
Malah, semua jenis telur sama ada berbintik, perang atau putih, kaya dengan nutrien ini serta turut membekalkan kalium dan fosforus.
Menariknya, penggunaan kulit telur untuk tumbuhan adalah satu kaedah bijak yang bukan sahaja menyuburkan kebun anda, selain boleh mengurangkan pembaziran sisa dapur.
Bagaimana kulit telur membantu tanaman? Bahan utama kulit telur, iaitu kalsium karbonat, khususnya membantu mengatasi masalah ‘blossom end rot’ (kerosakan pada hujung buah) yang disebabkan kekurangan kalsium.
Masalah ini biasanya berlaku pada buah-buahan atau sayuran tertentu seperti tomato apabila ia mula masak.
Ini kerana, tomato yang terjejas akan menunjukkan tompokan gelap atau berair di bahagian bawah buah yang akhirnya mereput dan rosak.
Keadaan ini tidak dapat diperbaiki selepas ia muncul, jadi pencegahan adalah langkah utama untuk mengatasi masalah tersebut. Berikut ialah dua cara yang anda boleh lakukan:
Penyiraman secara berkala dengan jumlah air yang betul bagi mengelakkan kekeringan dan pereputan akar. Meningkatkan kalsium dalam tanah dan di sinilah kulit telur serta baja daripada kulit telur memainkan peranan penting. Selain itu, kulit telur juga kaya dengan kalium, sama seperti air rendaman pisang yang sangat bermanfaat untuk perkembangan tumbuhan.
Adakah terdapat risiko menggunakan kulit telur untuk tanaman? Apabila bercakap tentang penggunaan produk haiwan seperti kulit telur pada tumbuhan, kebimbangan yang sering timbul ialah risiko pencemaran kompos dengan bakteria seperti salmonella, terutamanya daripada telur yang tidak dimasak dengan sempurna.
Menurut kajian dari Universiti Michigan State, manfaat kulit telur jauh lebih besar daripada risikonya kerana bakteria seperti salmonella memang wujud secara semula jadi dalam persekitaran.
Difahamkan, kulit telur hanyalah sebahagian kecil daripada keseluruhan kompos, jadi jarang sekali ia mendatangkan masalah besar.
Untuk lebih selamat, anda boleh keringkan kulit telur, panggangnya dalam ketuhar atau menggunakan kaedah “hot composting” pada suhu 60–70 celcius bagi membunuh bakteria.
Cara menggunakan kulit telur untuk tanaman Membuat baja daripada kulit telur sangat mudah dan tidak memerlukan teknologi canggih. Berikut langkah-langkahnya:
Bilas kulit telur selepas digunakan. Menghilangkan sisa telur dapat mengurangkan risiko menarik serangga perosak. Keringkan kulit telur. Biarkan di kaunter selama satu hingga dua hari, simpan dalam peti sejuk beku semalaman (atau lebih lama), atau bakar di atas dulang pembakar dalam ketuhar bersuhu 200 darjah Fahrenheit selama kira-kira 20 minit. Semua kaedah ini memudahkan kulit telur dihancurkan. Hancurkan kulit telur. Anda boleh menghancurkannya dengan tangan, menggunakan penggiling lesung, pengisar makanan atau pengisar kopi sehingga menjadi serbuk halus. Tambah satu atau dua sudu besar serbuk atau serpihan kulit telur ke dalam kompos atau lubang tanaman. Sukatan tidak perlu terlalu tepat, tetapi elakkan menabur lapisan tebal kulit telur pada akar kerana boleh menjejaskan saliran. Tanam seperti biasa. Untuk tanaman sedia ada atau bagi memperkayakan tanah, taburkan kompos bercampur kulit telur di atas tanah atau gaulkan sedikit di sekeliling pangkal tumbuhan. Kaedah ini boleh dicuba pada pelbagai jenis tumbuhan, sama ada tanaman hiasan di dalam rumah atau tanaman di kebun.
BACA: Banyak Khasiat, Ini Cara Buat Kompos Tanaman Guna Kulit Pisang
BACA: Ini Khasiat Air Kelapa Berdasarkan Sains Yang Anda ‘Wajib’ Tahu
BACA: Gula Perang vs. Gula Putih: Apa Bezanya & Mana Lebih Sesuai Untuk Masakan Anda?
Sumber: Reader’s Digest
The post Kulit Telur Baik Untuk Tanaman, Berkesan Atau Tidak appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/14/kulit-telur-baik-untuk-tanaman-berkesan-atau-tidak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sakit Belakang Atau Slip Disc Ketahui Rawatan Fisioterapi Berkesan Di Puchong

Sakit Belakang Atau Slip Disc Ketahui Rawatan Fisioterapi Berkesan Di Puchong

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 2263 hits
Rawatan Slip Disc Sakit Belakang di Puchong Evercare Physiotherapy Rawatan Slip Disc Sakit Belakang di Puchong Sakit belakang antara masalah kesihatan paling biasa Namun jika sakit berpanjangan menjalar ke kaki atau disertai kebas ia mungki...
Banyak Khasiat Ini Cara Buat Kompos Tanaman Guna Kulit Pisang

Banyak Khasiat Ini Cara Buat Kompos Tanaman Guna Kulit Pisang

papar berkaitan - pada 6/9/2025 - jumlah : 4726 hits
Banyak Khasiat Ini Cara Buat Kompos Tanaman Guna Kulit Pisang Menjaga tanaman bukan sesuatu yang mudah terutama apabila baja yang digunakan kadang kala tidak berkesan kepada pertumbuhannya Banyak baja yang dijual di pasaran namun ada sesete...
Doakan Nayla Cepat Baik Ayda Jebat Sedih Lihat Kulit Anak

Doakan Nayla Cepat Baik Ayda Jebat Sedih Lihat Kulit Anak

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 3287 hits
Pelakon Ayda Jebat meluah rasa kebimbangan anak sulungnya Ana Nayla mengalami masalah kulit seperti membengkak sehingga kemerah merahan semalam Berkongsi kebimbangan itu di akaun Instagram Story milik anaknya Ananaylaofficial Ayda memberita...
Awak Menteri Atau Tak Saya Akan Ambil Tindakan

Awak Menteri Atau Tak Saya Akan Ambil Tindakan

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 1908 hits
Shakira BuangBekas menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad menuntut ahli Parlimen Titiwangsa Johari Abdul Ghani menarik balik tuduhan bahawa dia menipu berhubung isu pembangunan Kampung Baru dan Kampung Sungai Baru Kuala Lumpur Saya nak mi...
Sahih Atau Tak Rupanya Macam Ini Pemeriksaan Dokumen Dilakukan Jabatan Kimia

Sahih Atau Tak Rupanya Macam Ini Pemeriksaan Dokumen Dilakukan Jabatan Kimia

papar berkaitan - pada 13/9/2025 - jumlah : 1380 hits
Sahih Atau Tak Rupanya Macam Ini Pemeriksaan Dokumen Dilakukan Jabatan Kimia Pernah tak anda terfikir bagaimana dan siapa yang bertanggungjawab untuk mengesahkan sesuatu tulisan mesin bahan pencetakan analisis dakwat atau dokumen dokumen ra...
Salah Tak Tahan Awal Atau Kelemahan Menteri

Salah Tak Tahan Awal Atau Kelemahan Menteri

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 1508 hits
CnPSaya dah sebut dari awal Rafidah tu api jangan biar dia terus membakar Padam segera Inilah akibatnya sementelah dalam keadaan media sosial yang tidak terkawal dan KELEMBAPAN penyebaran maklumat yang sahih daripada pihak kerajaan Berebut ...
Rupanya Ini Kesan Memandu Dengan Tayar Terlalu Keras Atau Terlalu Lembut

Rupanya Ini Kesan Memandu Dengan Tayar Terlalu Keras Atau Terlalu Lembut

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 1539 hits
Rupanya Ini Kesan Memandu Dengan Tayar Terlalu Keras Atau Terlalu Lembut Tekanan tayar adalah salah satu aspek paling penting dalam memastikan keselamatan dan pergerakan kenderaan Namun ramai pemandu tidak menyedari bahawa tayar yang terlal...
Tunggang Isu Kaum Dan Agama Apakah Kita Mahu Keadaan Jadi Huru Hara Seperti Di Indonesia Atau Nepal

Tunggang Isu Kaum Dan Agama Apakah Kita Mahu Keadaan Jadi Huru Hara Seperti Di Indonesia Atau Nepal

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 3772 hits
Propaganda toksik tunggang isu kaum dan agamaHarapandailyLIYANA MARZUKISaya bukan apa cuma dah penat dengan propaganda toksik Tunggang isu kaum dan agama Mereka minta rakyat boikot jenama yang kononnya menyokong Israel Tetapi apabila meliba...
Ceo Petronas Mandi Champagne

Pas Berates Petronas Ceo For Champagne Shower Podium Celebrations At Singapore F1 Gp

Mastering Fire Water Shelter Essential Wilderness Survival Skills For 2025

Printing Kotak Packaging Premium Sesuai Untuk Produk Anda Tak Kira Besar Atau Kecil

Petua Dulu Dulu Orang Lelaki Kekal Bertenaga Dari Pagi Sampai Malam

Nabila Maharani Titian Tak Bertepi Chord

Tiba Tiba Dia Ketawa Rider Cabut Lari Lepas Sapa Wanita Berbaju Merah

Plane Carrying 23 Malaysians From Global Sumud Flotilla Touches Down At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Garlic Butter Salmon Untuk Makan Malam

From Building Malaysia To Powering It Unitrade S Next Chapter In Solar Energy

Jalan Jalan Di Kebun Teruja Merpati Mendekati Mematuk Jari Jemari

Jemput Tok Mak Dan Tok Ayah Dari Bandung

Rasa Sunyi Bila Anak Dah Besar Hati Ibu Yang Tak Pernah Sedia Untuk Sepi

Khalil Gibran