Kuih Seri Muka Istimewa Azie Kitchen



Innalillaahi wainnaa ilaihiroojiuun. Daripada Allah kita datang dan kepadaNya jua kita kembali. Kak Lok yang mengajar resepi Kuih Seri Muka ini kepada saya telah kembali ke Rahmatullah petang semalam. Arwah berjanji untuk datang ke rumah saya dan mengajar banyak lagi resepi tradisional. Tetapi tidak kesampaian kerana saya sendiri tidak sihat baru baru ini. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan diampuni segala dosa. Aameen. Sebelum masuk bab resepi, kita sentuh dulu bab scammer sebagai peringatan. 

Sekarang banyak betul betul kes kehilangan duit kerana scammer. Mereka yang bekerja berpuluh tahun, akhirnya selepas mendapat duit persaraan pun boleh hilang duit sekelip mata. Jadi dalam hidup kita, jangan terlalu tamak dan mengejar kekayaan dunia. Orang orang begini akan mengambil kesempatan kerana mengetahui manusia akan tamak selepas mendengar pulangan pelaburan yang tinggi dan sebagainya.

Saya baru mendengar dari sahabat baik saya yang jirannya kehilangan duit sebanyak RM2.8 juta kerana pelaburan emas. Duit hasil penjualan rumah mereka, digunakan untuk melabur. Akhirnya rumah hilang dan duit juga hilang. Isteri pula disahkan mengidap kanser stage 4 dan telah meninggal dua hari yang lepas dalam keadaan kewangan yang kritikal. 
Saya juga masih terkejut bila mendengar jiran kami sendiri telah kehilangan tanah bernilai lebih RM2 juta yang terletak di hadapan rumah kami. Dari apa yang diceritakan kepada saya, saya mengagak ianya juga kes pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tinggi. Mana mungkin seseorang sanggup memberi geran tanah bernilai jutaan ringgit kepada kawan walau macam mana rapat sekali pun tanpa ada janji perkongsian keuntungan yang tinggi. 

Serious mendengar kedua dua kes di atas sangat menyedihkan bagi saya. Manusia yang suka mengambil kesempatan demi untuk kaya dengan cepat, memang wujud di dunia ini. Dan orang yang ditipu dek termakan dengan janji janji pulangan yang tinggi juga wujud.  


Maka berhati hati lah semua. Hidup sementara, kalau kita tidak dilahirkan kaya, tak perlu lah mengharapkan kekayaan datang bergolek tanpa usaha. Kekayaan dan harta yang banyak adalah satu bebanan yang perlu dipertanggungjawab di hadapan Allah kelak. 

Kekayaan yang ada di dunia adalah milik orang lain. Kekayaan milik kita adalah harta yang dibelanjakan, sedekah jariah dan harta yang diwakafkan dsb. Begitulah kisahnya sekadar peringatan buat kita semua. Kita tinggalkan dulu bab ini.

Saya memasak kerana minat semulajadi dalam masakan. Masa di sekolah, saya tidak mengambil subjek sains rumahtangga pun. Memang tak pernah didedahkan dengan pembelajaran masakan secara formal. Saya cuma biasa ditugaskan untuk mengisar beras pulut dan beras untuk dijadikan kuih muih. 


Masa tu, tiada internet bagai, kalau dijadikan rujukan pun dari majalah yang dibeli oleh kakak. Tapi resepi biasanya tidak lengkap atau tidak jelas. Banyak kali cuba, tak menjadi. Kalau buat biskut, memang menjadi keras itu adalah perkara biasa. Mana tak kerasnya, resepi guna tepung gandum semata. 

Kepandaian memasak ketika itu, adalah turun temurun di mana resepi diturunkan dari ibu kepada anak anak. Minat mahu pandai memasak datang dengan sendiri selepas melihat kakak pandai memasak dan menpunyai buku koleksi resepi sendiri. Kakak saya memang idola saya. Dia yang memilih baju saya, dia yang memutuskan stail rambut saya. Sejak itu, saya mula mengumpul resepi dan menyalin resepi di dalam buku resepi sendiri yang masih ada tersimpan sehingga kini. 
Seperti mana perkara lain, sekali buat tak menjadi, tidak mematahkan semangat saya. Saya sentiasa ingin menghasilkan yang terbaik. Dari dulu, itulah perangai saya. Sehingga kini pun, masih dengan perangai sama. Sekali tak jadi dengan sedap dan cantik, mesti nak cuba lagi dan lagi. 
Maka itulah hari ini, saya cuba sekali lagi menyediakan kuih seri muka istimewa yang sangat sedap ini. Alhamdulillah saya sangat berpuashati bukan sahaja kejadiannya cantik tapi rasanya memang terbaik. Saya memang akan kekal mengguakan resepi ini untuk masa masa akan datang.

Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Rasanya memang sangat sedap tapi kejadian kuih yang berlopak lopak dek air menitis dari pengukus menjadikan saya tidak puas hati. Kali ini, saya gunakan pengukus Trio. 

Ada yang memasak atas dapur seketika, sekadar periuk panas supaya lapisan atas kuih seri muka cepat masak dan cantik. Tapi saya tak mahu buat begitu. Saya mahu cara saya juga. 

Alhamdulillah hasilnya sangat memuaskan hati. Mula mula saya balut penutup pengukus dengan tuala. Baru beberapa minit dikukus, bila dibuka nampak dah berlubang. Jadi saya buat keputusan untuk mengelap tudung pengukus sahaja. Kalau fokus memang kuih muih yang dihasilkan lebih cantik tapi saya selalunya buat dua tiga kerja dalam satu masa.

Jom semua sama sama cuba resepi ini. Memang ini resepi pilihan saya, a keeper recipe. Layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...  


Kuih Seri Muka Istimewa Azie KitchenLoyang 7''x7''x3"
Oleh: Azie Kitchen
Lapisan Bawah:1 ¾ cawan/320 gram beras pulut - rendam 1-2 jam  1 ½ cawan santan – dari 1 biji kelapa ½ sudu kecil garam 
Satukan kesemua bahan dan masukkan ke dalam loyang. Kukus pulut di dalam periuk pengukus yang telah mendidih airnya sehingga masak. 

Angkat dan dikacau supaya bergaul rata. Kemudian ditekan tekankan dengan tangan berlapik plastik/sudu sehingga sedikit padat. 


Nota:Bila santan cukup pekat dan lemak, pulut tak akan melekat, jadi boleh guna loyang yang sama. Saya guna loyang lain yang dilapisi dengan plastik untuk memudahkan kuih dikeluarkan dari loyang.

Lapisan Atas:2 cawan santan segar pekat – dari 1 biji kelapa  dikisar sekali dengan ½ cawan air daun pandan3 helai daun pandan - kisar dengan ½ cawan air
1 cawan gula pasir 2 biji telur – saiz B½ cawan tepung gandum ½ sudu kecil garam½ cawan air panas mendidihSedikit pewarna hijau
Kisar daun pandan dengan ½ cawan air dan tapis airnya. Masukkan air daun pandan ke dalam kelapa parut dan kisar untuk mendapatkan 2 cawan santan pekat yang diperlukan. Titiskan sedikit pewarna hijau. 
Telur dan gula dipukul seketika agak agak gula hancur sedikit. Tak perlu hancur betul betul pun. Masukkan separuh dari tepung gandum. Kacau dan masukkan 1 cawan santan. kacau lagi. 


Masukkan tepung dan diikuti dengan baki santan. Tapis dan akhir sekali, masukkan ½ cawan air panas mendidih dan kacau rata. Nota: Jangan terlebih pukul untuk menghasilkan permukaan kuih yang rata.
Masukkan loyang lapisan pulut yang telah ditekan rata ke dalam pengukus dan kukus sehingga panas. 

Kemudian tuang adunan hijau dengan perlahan lahan melalui senduk kayu/sudu barulah turun ke permukaan pulut untuk elakkan lapisan pulut bocor.  Contoh seperti gambar di bawah.


Kukus selama  45 minit sehingga 1 jam atau sehingga masak. Cucuk dengan lidi, jika tidak melekat menandakan lapisan atas telah masak.  Ketika mula, kukus dengan api kuat dalam 10 minit. Bila nampak permukaan menggelembung, buka penutup dulu sehingga dah turun, baru tutup semula. Untuk 5 minit terakhir, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup untuk mengeringkan air di permukaan kuih. Nota: saya kukus menggunakan periuk pengukus Trio. Setiap beberapa minit, buka tudung pengukus dan di lap kering air.

Setelah betul betul sejuk (3-4 jam), baru dipotong dengan pisau plastik bersaiz kecil atau pisau yang dilenser dengan minyak.

Tips memotong:Celupkan pisau ke dalam air panas dan potong. Sekiranya ada pulut melekat di pisau, bersihkan dulu. Celup pisau ke dalam air dan ulanglah sehingga selesai. Semasa dipotong, jangan ditarik pisau, bagi mengelakkan potongan lapisan atas menjadi tidak cantik. 




Jika untuk makan pagi, seelok buat sebelah malam. Kalau untuk hidangan petang, boleh disediakan awal pagi. Nota: kuih seri muka saya tahan lebih 30 jam di bawah saji, sebelum habis.




Tips yang saya copy dari internet untuk menghasilkan kuih talam yang cantik dan tahan lama (lebih kurang 48 jam jika di simpan pada suhu bilik). Tapi kena pastikan bekas tidak bertutup rapat. Kalau boleh, guna hanya tudung saji. 



1. Adunan yang telah siap dibancuh perlu dimasak dengan api yang perlahan sehingga mengeluarkan wap untuk mengelakkannya cepat basi.


2. Adunan perlu dikukus dengan api yang sederhana besar sepanjang tempoh mengukus.

3. Tudung/ tutup periuk kukus perlu di buka sekurang-kurangnya 10 minit sekali bagi mengelakkan wap air menitis ke atas adunan (bagi lapisan atas sahaja).




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/12/kuih-seri-muka-istimewa-azie-kitchen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pulut Seri Muka Nyonya

Pulut Seri Muka Nyonya

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 240 hits
My second attempt buat Kuih Seri Muka Nyonya Kjee dah biasa buat kuih Seri Muka tetapi apabila terjumpa resipi cara Nyonya ni Kjee rasa teruja nak cuba Ini adalah kerana lapisan hijau dijerang atas api sehingga sedikit pekat baru dituang at...
Jokowi Ada Yang Cari Muka Usulkan Jabatan Presiden Tiga Periode

Jokowi Ada Yang Cari Muka Usulkan Jabatan Presiden Tiga Periode

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 194 hits
Presiden Joko Widodo menyesalkan ada pihak yang ingin mengusulkan jabatan presiden ditambah jadi tiga periode dalam wacana amandemen UUD 1945 Hal tersebut membuat dirinya tertampar
Muka Sebiji Wawa Selepas 4 Tahun Rehat Mulalah Rutin Aeril Bangun Malam Jaga Baby

Muka Sebiji Wawa Selepas 4 Tahun Rehat Mulalah Rutin Aeril Bangun Malam Jaga Baby

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 381 hits
Aktor Aeril Zafrel memanjatkan rasa syukur apabila isteri kesayangannya pelakon Wawa Zainal selamat bersalin anak ketiga petang semalam Aeril berkongsi berita gembira itu menerusi posting terbaru di akaun Instagram sejurus selepas Wawa dipi...
Mak Didakwa Sibuk Main Telefon Hingga Tak Sedar Anak Terjatuh Kolam Ditemui Lemas Muka Biru

Mak Didakwa Sibuk Main Telefon Hingga Tak Sedar Anak Terjatuh Kolam Ditemui Lemas Muka Biru

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 514 hits
Cyprus Seorang kanak kanak 4 tahun mati lemas setelah terjatuh ke dalam kolam dewasa di sebuah hotel di sini ketika ibunya didakwa sedang sibuk menjawab panggilan Mya Piper berjalan bersama adik lelakinya Jonah dari kolam kanak kanak ke kol...
Tanda Lahir Macam Topeng Batman Ibu Bawa Sampai Rusia Nak Buang Hitam Di Muka Anak

Tanda Lahir Macam Topeng Batman Ibu Bawa Sampai Rusia Nak Buang Hitam Di Muka Anak

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 547 hits
Pembedahan pertama oleh doktor di Russia berjaya membuang sebahagian tanda lahir besar pada muka seorang bayi berusia lapan bulan dari Amerika Syarikat yang dikatakan menyerupai topeng Batman Ibu bayi tersebut telah membawanya ke Russia bag...
Mengejutkan Laporan Asal Audit 1mdb Dipinda Kurang 16 Muka Surat Dari Versi Asal

Mengejutkan Laporan Asal Audit 1mdb Dipinda Kurang 16 Muka Surat Dari Versi Asal

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 382 hits
Bekas ketua audit negara memberi keterangan di mahkamah bahawa laporan audit 1MDB yang disediakan Jabatan Audit Negara selepas dipinda pada 2016 kurang 16 muka surat berbanding versi asalnya Loading Saksi pendakwaan keenam Ambrin Buang berk...
Muka Anak Lebam Terlanggar Bucu Meja Zizie Simpan Semua Meja Di Rumah

Muka Anak Lebam Terlanggar Bucu Meja Zizie Simpan Semua Meja Di Rumah

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 328 hits
Sementara anak membesar macam macam boleh berlaku jika terleka sekejap Begitulah pengalaman yang dilalui oleh pelakon Datin Zizie Izette setelah salah seorang anak kembarnya Aaleph Zeke Izzete telah mengalami kecederaan di wajahnya akibat t...
Tips Hilangkan Jerawat Dan Muka Breakout Semasa Mengandung

Tips Hilangkan Jerawat Dan Muka Breakout Semasa Mengandung

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 578 hits
Tips Hilangkan Jerawat dan Muka Breakout Semasa MengandungTips Hilangkan Jerawat dan Muka Breakout Semasa Mengandung Alhamdulillah aku hamil Pastinya khabar berita ini menjadi satu titik indah dalam kehidupan seorang ibu mengandung Maka ber...
Bersihnya Muka Bercahaya Penampilan Eina Azman Di Tanah Suci Dapat Pujian

Bersihnya Muka Bercahaya Penampilan Eina Azman Di Tanah Suci Dapat Pujian

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 253 hits
Umum sedia maklum bahawa pelakon Datin Paduka Eina Azman sedang mengerjakan umrah bersama keluarganya di Tanah Suci Makkah sejak 21 November yang lalu Pelakon berusia 24 tahun itu juga sering berkongsi beberapa posting pengalaman ketika ber...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025