Kuih Sagu Kelapa Parut Versi Kukus
Hari ini ialah hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan dibuka dengan amalan Standard Operasi Prosedure yang ketat. Anakand kami, Dr Nana menghantar mesej menanya kalau Papa pergi ke pejabat. Ditulis lagi kalau tak urgent, papa kerja dari rumah sahaja. Katanya orang ramai giler di luar. Waah baru hari pertama, berduyung duyung pakat keluar. Kalau tak ada PKP, masa raya nanti rasanya lagi ramai.
Anak anak kami memang prihatin dengan kami kerana mereka tahu kami adalah kategori berisiko tinggi. Walaupun saya secara peribadi tidak selesa dengan keputusan ini, lebih lebih lagi apabila statitisk kes positif harian masih meningkat dengan bilangan kematian yang masih dicatatkan. Namun saya faham kenapa kerajaan membuat keputusan tersebut. Ini adalah kerana negara kehilangan ekonomi RM2.4 billion setiap hari.
Walau bagaimana pun hakikatnya Covid 19 telah mengubah dunia, kehidupan tidak akan sama lagi. Seluruh dunia merasai impaknya, selama ini tidak pernah kita melihat dunia ditutup. Penerbangan ditutup, sempadan ditutup, ibadah Haji dan Umrah yang 247 tanpa henti juga ditutup. Dunia tidak akan sama lagi selagi vaksin untuk Covid 19 belum ditemui. Kajian dan hasilnya jika ada mungkin memakan masa bertahun tahun.
Jadi walaupun PKP telah dibuka berhati hatilah. Tak perlu keluar rumah tanpa keperluan mendesak. Rumah adalah tempat paling selamat buat masa ini. Kita sekarang berhadapan dengan musuh yang tidak nampak di mata. Takutnya membayangkan musuh masih melekat di mayat orang yang telah meninggal. Tidak seperti virus lain.
Jika perlu keluar, perhatikan amalan amalan sosial yang perlu dilakukan seperti penjarakan sosial, tutup mulut dan hidung, membasuh tangan dsb. Tak mati kebulur jika kita tidak makan di restoran kan. Ini adalah kerana restoran masih dibuka, beli dan bawa balik di rumah sahaja. Kasihani lah forntliners yang terpaksa bertungkus lumus untuk merawat pesakit yang terkena jangkitan covid 19 dengan cara duduk di rumah.
Hari ini saya ingin kongsikan resepi kuih sagu dengan nyor atau kelapa parut. Ianya adalah kuih kegemaran Nelly. Kuih ini sepatutnya dimasak atau dikacau atas dapur sahaja. Walaupun saya mulanya bercadang untuk tidak mengukus tapi oleh kerana lama sangat untuk sagu menjadi jernih, jadi saya kukus juga akhirnya.
Saya melihat satu resepi di mana dia menggunakan 1 cawan sagu dengan 2 cawan air sahaja. Itu yang saya tambah menjadi 2 ½ cawan air. Tak tahu apa yang dia kongsi tu, hasilnya jadi macam mana.
Ikut apa yang dikongsi oleh sepupu saya dia menggunakan 1 cawan sagu dengan 3 cawan air sahaja. Sebab katanya jika dia menggunakan 3 ½ cawan air macam lembik sedikit. Ini sukatan untuk sagu yang dikacau dalam periuk tanpa perlu dikukus. Jadi kita belajar dari pengalaman dan eksperimen orang lain.
Sebenarnya membuat kuih ni mudah sahaja tapi yang susah nya bila nak pastikan sagu tidak menjadi terlalu lembik semasa merebus. Kalau nak senang, lepas rebus sekejap, kita kukus supaya kuih menjadi biji cantik dan lembut. Cara mengukus juga lebih selamat kerana kuih sagu tidak akan mudah menjadi lembik.
Sebetulnya kuih sagu saya hari ini, sedang elok jer lembutnya. Tak keras dan tak lembik. Masa nak potong memang macam lembik tapi bila dikunyah, OK jer. Jadi jika anda ingin mencuba, terpulang lah berapa air yang ingin diguna. Saya guna 2 ½ cawan air dan tidak boleh dipotong dengan cantik tapi secukup lembutnya. Sedap sedap dikunyah. Boleh klik di SINI untuk entri menggunakan sukatan sama saya sebelum ini.
Jom layan resepi yang saya gunakan di bawah ini.
Kuih Sagu Dengan KelapaOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 cawan sagu2 ½ - 3 cawan air - saya guna 2 ½¾ - 1 cawan gula
Sedikit pewarna yang disukai
Sedikit garam
½ biji kelapa parut - ambil bahagian putih sahaja
Cara cara:
Masak air dengan gula dan sedikit pewarna sehingga gula hancur. Masukkan sagu yang telah dibasuh.
Kacau dan masak sehingga sagu menjadi jernih.
Sejukkan sehingga keras. Bolehlah potong dan golekkan di atas kepala parut yang yang telah digaul dengan sedikit garam.
Nota:Sebab lama untuk sagu jernih, saya kukus sehingga sagu menjadi jernih. Tidak mengapa jika masih ada kelihatan sagu yang belum jernih sepenuhnya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziekitchen.com/2020/05/kuih-sagu-kelapa-parut-versi-kukus.html