Kuih Raya
KUIH RAYA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. TIDAK kurang tiga jenis. Lebih lagi ada. Dalam pada mulut tu asyik ucap tak ada kuih, kadang siap bersambung meja tu ha dek nak nyusun kuih dalam balang yang berbalang-balang. Gitulah. Hahaha. Adoilah.
Betul ke kuih raya wajib ada. Kalau ikut tradisi turun temurun macam tulah nampak gayanya. Kalau tak ada kuih raya tetap raya tapi murung la berminggu. Macam tulah ibaratnya. Kuih raya ni pemanis. Untuk tetamu. Ermmm tapi tengok mama babah.. mak abah.. raya masa COVID-19 pun tetap je bersusun kuih raya atas meja. Berbalang-balang juga. Tak banyak sikit mesti ada. Haaa yelah. Eh kan tak balik, mana tahu la pulak. Seludup ke balik kampung tu. Erm sekarang ni mudahkan.. ada je yang tolong kongsi gambar dimedia sosial. Paling tak pun whatsapp la bagi yang tak balik ni juling biji mata.
GAMBAR HIASAN - KREDIT
Dulu murah. Tidak sekarang. Semua barang naik harga. Sangat-sangat. Terasa kenaikkan harganya. Tak tipu. Rasanya mana-mana pun hadapi situasi yang sama. Masalah kos atau harga barang yang meningkat. Cabaran. Bila raya mahu tidak mahu kadar pengeluaran dan menggunakan duit bertambah berbanding hari biasakan. Setahun sekali tapi deras bagai mengalir air terjun. Laju.
Tapi jangan anggap kuih raya dipotong dari senarai ya. Huhu. Mimpi sangat. Ada. Sikit-sikit ada. Walau tetamu tidak meriah macam dulu-dulu. Tetamu tetap kan ada. Hahaha. Sambil tengok tv makan. Sambil sembang makan. Gitu. Elakkan pembaziran.
Kuih raya. Sebenarnyakan kuih muih raya ni sepanjang tahun ada dijual pun. Kalau teringin tak perlu tunggu raya. Kiranya raya sepanjang tahun ni. Cuma mungkin feel nya tu lain la sikit. Jangan lupa hari ni Jumaat. Selamat menunaikan solat Jumaat ya.
Tinta Perdu Cinta ❤Kuih Raya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.perducinta.com/2022/05/kuih-raya.html