Kuih Lompat Tikam Yang Nostalgia
Asslamualaikum semua. Apa khabar? Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Sebelum itu, jangan lupa untuk klik iklan yang ada keluar di blog saya tau. Hari ini saya pergi mendapatkan rawatan susulan dari masalah allergy yang saya hadapi selama ini. Alhamdulillah ujian darah yang dibuat menunjukkan keadaan kesihatan saya baik baik sahaja walaupun ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.
Kesihatan itu adalah mahal. Jadi kita perlu sebaik menjaganya. Saya sebagai pesara Bank Negara, Alhamdulillah masih mendapat kemudahan perubatan yang disediakan. Kalau tidak, jenuh juga nak membayar bil perubatan setiap kali mendapat rawatan di hospital.
Kebelakangan ini di dalam tik tok, banyak diviralkan berkenaan produk sampah di mana produk skincare dan kosmetik yang dipanggil produk timbang kilo. Saya sebenarnya 5-6 tahun dahulu (sebelum produk seperti ini mencanak seperti cendawan tumbuh) telah ditawarkan untuk menjadi founder produk sendiri oleh syarikat OEM. Tapi saya menolak.
Ada founder menjual ubat kurus tapi suami sendiri gemuk berisi, ada founder menjual sabun pemutih tapi suami dan anak sendiri gelap jer. Tapi hairan sebab ada jer yang membeli dari founder yang tidak berkelulusan akademik tinggi pun.
Berhati hati lah bila membeli produk seperti ini kerana ianya boleh membahayakan kesihatan. Kesihatan itu tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. OK setakat ini dahulu, semoga kita menjadi pengguna yang bijaksana.
Saya membesar dengan kuih lompat tikam kerana arwah Bonda saya memang pernah berniaga kuih ini. Kalau bulan Ramadhan, bila tiba giliran kami untuk menghantar kuih muih ke madrasah untuk dimakan selepas solat terawih, memang kuih ini juga yang ditunggu tunggu ramai.
Tapi seperti biasa resipi orang dulu dulu, tiada sukatan. Semua dicampak campak sahaja. Kecairan tepung untuk adunan hijau mestilah mengalir tak putus putus bila diangkat dari senduk. Haa itu jer yang saya ingat tips yang diberi.
Tapi dah kita berada di zaman yang ada sukatan cawan metrik dsb, kita sukat lah supaya anak anak cucu cicit kita pun boleh memasak walaupun tak pernah melihat macammana ianya disediakan. Kan zaman sekarang ramai ibu ibu yang bekerja, jadi masa di dapur memang tidak seperti ibu ibu zaman dulu.
Jom layan resepi di bawah ini dan juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...
Kuih Lompat TikamOleh: Azie Kitchen
Lapisan Hijau1 cawan tepung beras3 cawan air (2 cawan air + 1 cawan air daun pandan)Sedikit pewarna hijau pandanSedikit air kapur - bhgn jernih
Masukkan semua bahan dalam kuali. Kacau sebati, buka api sederhana dan kacau adunan sehingga meletup-letup dan berkilat.
Angkat dan masukkan dalam loyang. Setelah sejuk, boleh dipotong atau diceduk dengan menggunakan sudu.
Lapisan Santan2 cawan santan2 sudu besar tepung berasSedikit garam
Satukan semua bahan, kacau sebati dan nyalakan api sederhana. Kacau sehingga pekat dan mendidih. Tutup api dan terus kacau sehingga suam supaya tak bergentel. Tuang dalam bekas yang sesuai.
Lapisan pulut:½ cawan beras pulutSedikit pewarna merahSantan cair secukupnyaSecubit garamSetitis minyak masak - jika suka
Basuh beras pulut bersih-bersih, titiskan pewarna merah dan kacau rata. Setelah rata, baru dimasukkan air dan rendam selama 15 minit. Toskan beras pulut. Masukkan beras pulut dalam loyang bersama dengan santan cair sama paras dengan beras pulut, sedikit garam dan minyak. Kukus sehingga masak atas air pengukus yang telah mendidih. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.
Air Gula Melaka150 gram gula melaka1 ½ sudu besar gula pasir1 ½ cawan air1 helai daun pandan
Masak sehingga gula larut, mendidih dan sedikit pekat.
Cara Menghidang:Masukkan lapisan hijau, pulut dan tuang lapisan putih. Akhir sekali, tuang air gula Melaka.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziekitchen.com/2022/10/kuih-lompat-tikam-yang-nostalgia.html