Kuih Lapis Lembut Dan Sedap Dari Juita Amanda



Sebelum masuk bab resepi, saya ingin melahirkan rasa syukur dan gembira saya kerana semalam Juita menerima keputusan rasmi peperiksaan tahun akhir. Ianya bermakna Juita telah secara rasminya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda Ekonomi dari University of Manchester. Alhamdulillah kerana akhirnya Juita menamatkan pengajian dengan keputusan yang cemerlang. Sama sama doakan agar perjalanan Juita seterusnya dipermudahkan. Aameen.

OK sekarang kita masuk bab kuih lapis. Saya dan Juita berpuasa semalam. Saya memasak lauk masak lemak perut bersama umbut kelapa. Ada juga sup gear box yang dimasak menggunakan periuk Noxxa. Lauk lauk ini cukup untuk kami berbuka puasa.

Jadi sebelah petang saya cuma berehat rehat sambil melayan mesej mesej yang dihantar oleh follower di Instagram dan facebook page. Badan terasa sakit sakit selepas 3 hari berturut turut dari pagi sehingga malam menguruskan penghantaran buku buku pada mereka yang telah lama menunggu ketibaannya.  

Bila saya menjenguk ke dapur, nampak Juita sedang menyediakan kuih lapis. Waah saya memang malas buat kuih ni apalagi kalau sorang sorang. Jadi dah dia sediakan semua bahan, saya pun ikut membantu mengelap tudung periuk pengukus. 
Saya memang suka makan kuih ni yang sangat mengasyik bila setiap kuih ditarik lapis demi lapis. Hahaha serious mengasyikkan. Menyediakan kuih lapis ni tidak susah, cuma bab mengukus tu yang tak berapa sabar kerana untuk memastikan permukaan kuih cantik, kita kena jaga dan sentiasa menengok kuih yang sedang dikukus. Tak boleh ditinggalkan begitu sahaja.

Kuih ini sangat sedap dan cukup lembut dan terasa haruman perisa ros. Selain menggunakan tepung jagung, boleh juga menggunakan tepung ubi. Jadi kuih akan lebih berkilat dan lembut. 

Semasa berbuka saya dah makan sedikit. Dipotong walaupun masih panas panas. Pagi pagi hari ini, baru saya potong. Memang cantik jika dipotong ketika ianya benar benar sejuk. 

Jom layan resepi yang saya gunakan di bawah ini. Juga video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Kuih Lapis Lembut Dan SedapOleh: Azie Kitchen
Bahan-Bahan2 cawan tepung beras½ cawan tepung gandum½ cawan tepung jagung1 cawan gula pasir4 cawan santan (1 cawan santan kotak & 3 cawan air)¼ sudu kecil garamSedikit pewarna merah dan perisa ros
Cara cara:Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 7 x 7 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Nyalakan api dan masak sebentar sehingga ia menjadi suam-suam kuku. Tutup api.
Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Tuangkan santan sambil digaul rata hingga tidak berbintil. 
Tapis dan bahagikan kepada 2 bahagian. Adunan ini menghasilkan lebih kurang 1400 ml) bahagi kepada 700 ml setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.
Masukkan loyang yang telah di sapu sedikit minyak ke dalam kukusan. Tuang ¾ cawan adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. 
Setelah lapisan pertama masak, tuang ¾ cawan adunan merah. Kukus lagi. 

Ulang proses hingga habis 8 lapisan diakhiri dengan lapisan merah. Boleh tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah. 

Selepas dimasukkan lapisan atas sekali, kukus selama 20 minit. Kemudian biarkan lapisan atas dikukus selama 5 minit tanpa penutup pengukus bertujuan untuk mengeringkan air di permukaan kuih. 

Sejukkan kuih lapis sebelum dipotong menggunakan pisau plastik atau pisau yang telah disapu dengan minyak. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis.



Nota:Lebih elok dibuat sebelah malam untuk dipotong sebelah pagi. 
Bagi mengelakkan wap pengukus menitis, boleh dilap tudung pengukus setiap beberapa minit atau lapis loyang dengan aluminium foil. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2020/07/kuih-lapis-lembut-dan-sedap-dari-juita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
The Og Kuih Lapis Of Every Malaysian Childhood

The Og Kuih Lapis Of Every Malaysian Childhood

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 289 hits
Credit seasaltwithfood com Kuih lapis or gives a strong nostalgic vibe to all Malaysians Growing up I remember waiting by the door every afternoon trying hard to listen to the shrill honk of the kuih man If I was just a second too late you ...
Nak Buat Kuih Puteri Ayu Lembut Gebu Ini Caranya

Nak Buat Kuih Puteri Ayu Lembut Gebu Ini Caranya

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 403 hits
Jom cuba resipi Kuih Puteri Ayu yang lembut bak sutera perkongsian saudari Ariana Sofia Ahmad ni Nampak sedap dan membuka selera Sesuai sangatlah kalau dijadikan sajian minum petang Sekali cuba pasti puas hati Jom lihat bahan bahan yang dip...
Aiskrim Oreo 3 Bahan Lembut Dan Sedap

Aiskrim Oreo 3 Bahan Lembut Dan Sedap

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 360 hits
Aiskrim Oreo HomemadeSedapnya dapat makan aiskrim dalam cuaca panas bukan Memang nikmat rasanya Lagi nikmat dan jimat kalau dapat buat sendiri hehe Tak kisahlah sama ada aiskrim Malaysia aiskrim batang atau aiskrim lembut sedap semuanya Kal...
Pilihan Kuih Muih Minum Petang Yang Sedap Mudah Buat

Pilihan Kuih Muih Minum Petang Yang Sedap Mudah Buat

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 1047 hits
Ingin kelainan untuk hidangan minum petang korang boleh cuba tiga menu kuih yang dikongsikan ini nampak menarik dan mudah disediakan Kalau mak mak buat mesti anak anak suka sebab sedap dan boleh juga djadikan bekal untuk anak anak ke sekola...
Resipi Waffle Yang Sedap Macam Dekat Kedai Rangup Diluar Lembut Didalam Jadi Kegemaran Anak Anak

Resipi Waffle Yang Sedap Macam Dekat Kedai Rangup Diluar Lembut Didalam Jadi Kegemaran Anak Anak

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 349 hits
Waffle menjadi kegemaran anak anak kerana rasanya yang rangup diluar dan lembut didalam ditambah pula dengan jem perisa kesukaan mereka memang sedap Lebih teruja kalau mama sendiri buatkan dekat rumah Resipi Waffle rangup diluar lembut dida...
Tambah Daun Sup Rahsia Jemput Jemput Sedap Rangup Di Luar Lembut Di Dalam Ini Resipinya

Tambah Daun Sup Rahsia Jemput Jemput Sedap Rangup Di Luar Lembut Di Dalam Ini Resipinya

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 365 hits
Hari minggu kadang kadang mama pun buntu nak masak apa tapi anak anak selalu minta makanan kan Apakata mama buatkan jemput jemput sebagai juadah pagi ataupun petang Resipinya sangat mudah tapi kalau nak hidangkan untuk anak bawah 2 tahun ja...
Cendawan Tiram Goreng Cili Padi Sedap Tak Boleh Bawa Bincang

Cendawan Tiram Goreng Cili Padi Sedap Tak Boleh Bawa Bincang

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 1194 hits
Cendawan tiram adalah salah satu cendawan yang sedap dimasak pelbagai jenis hidangan Ada yang suka goreng salut tepung dimakan pula dengan sambal kicap Ada yang dimasak sup Campur dengan bebola ikan Sedap sungguh kan Kali ini RASA ingin kon...
Tak Tipu Roti Basque Burnt Cheese Topping Ini Memang Sedap

Tak Tipu Roti Basque Burnt Cheese Topping Ini Memang Sedap

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 294 hits
Buat penggemar keju ini ada satu lagi resipi yang boleh anda cuba Nampak sedap dan menarik Bukan hanya sedap untuk anda malahan anak anak pun mesti suka Sesuai dijadikan hidangan minum petang Jom kita cuba resipi Roti Basque Burnt Cheese To...
Masak Lemak Perut Lembu Yang Sedap

Masak Lemak Perut Lembu Yang Sedap

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 583 hits
Telah agak lama saya tidak bersiaran di sini Walaupun dah bersara dan tidak lagi perlu ke pejabat tapi banyak juga kerja kerja yang perlu dibereskan di rumah Selagi urusan penjualan buku saya 101 Resepi dari Azie Kitchen belum selesai meman...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda