Kuih Bakar Istimewa Azie Kitchen Keeper Recipe



Saya sangat bersyukur dengan apa sahaja kurniaan Allah pada saya. Walaupun dilahirkan dalam keadaan serba sederhana tapi saya dibekal dan dididik dengan nilai nilai agama oleh kedua ibubapa. Nilai agama yang dipupuk secara bijaksana, bukan secara paksaan. Bila nilai ada dalam diri kita, pasti kita akan melakukannya suatu hari kelak. Hidayah milik Allah. Ingatlah manusia akan dilihat dari pengakhirannya kerana Allah Maha Pengampun.  

Sebagai persiapan hari akhirat, saya cuba melunaskan hutang hutang dengan Allah dan juga dengan manusia. Hutang dengan Allah seperti solat, zakat dan puasa yang mungkin tertinggal. Hutang dengan manusia samada secara sengaja atau tidak sengaja. Saya sangat takut memikirkan hutang tidak akan langsai jika tidak diselesaikan dengan manusia itu sendiri. 

Kalau orang  biasa biasa macam kita, pasti sahaja pernah berhutang untuk memulakan kehidupan. Berhutang sekadar keperluan sahaja. Masih ingat ketika saya baru baru membina kehidupan, kedua ibubapa, abang, kakak dan anak anak buah yang banyak membantu. Jasa dan kasih sayang mereka tidak pernah saya lupakan sehingga ke akhir hayat.

Hari ini, saya ingin kongsikan satu resepi tradisional yang saya yakin akan kekal digemari sampai bila bila. Saya belajar resepi ini dari Kak Lok. Kak Lok memang tak lokek ilmu. Ada orang usahkan resepi, tanya modal untuk memulakan perniagaan pun tak nak share. Tanya nama travel company yang dia dapat sponsor pun, tak nak share. Entah apa lah yang dirisaukan sangat. Risau kot rezeki dia ke laut gamaknya. 

Saya pernah makan kuih bakar yang disediakan Kak Lok hampir 30 tahun yang lalu. Ketika itu, Dr Sabariah kawan kami dari Segamat akan tidur di rumah kami setiap kali ke Kuala Lumpur. Beliau akan membawa sekali kuih bakar yang disediakan oleh Kak Lok. 

Saya juga pernah beberapa kali ke rumah Kak Lok di Kelana Jaya mengambil tempahan kuih bakar. Setelah itu, hubungan kami terputus agak lama. Setelah berpindah ke mari, baru saya berusaha mencari nombor telefon kak Lok. Kini Kak Lok pun dah tak berapa sihat, jadi dia dah kurang membuat kuih muih atau mengambil tempahan. 

Hari ini saya hanya membuat setengah adunan. Kalau untuk satu adunan penuh, menggunakan 7 biji telur. Bila kita menyediakan hanya separuh adunan, boleh guna 3 biji jika menggunakan telur gred A atau 4 biji untuk telur saiz sederhana. Satu adunan memghasilkan 2 loyang empat segi saiz 10”x 10”. 

Resepi ini memang a keeper recipe yang boleh disediakan samada untuk hidangan keluarga atau untuk berniaga. Saya kongsikan di sini untuk anda semua mencuba. Semoga dengan perkongsian ini, akan memberi sedikit manafaat pada saya dan juga Kak Lok. Mudah mudahan. Aameen. 

Saya sangat suka resepi ini kerana kuihnya secukup rasa. Tidak terlalu manis. Jika suka manis, boleh tambah gula menjadi 1 3/4 cawan. Nak lagi sedap kena pastikan santan pekat dan berlemak. Rasanya kalau guna, 2-3 biji kelapa parut, lagi lemak dan sedap. Tapi kos nya tinggi lah. Klik di SINI untuk entri sebelum ini. 
Jom layan resepi di bawah ini. Jangan lupa layan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba..

Kuih Bakar Istimewa Azie KitchenOleh: Azie KitchenLoyang 10”x10”
Bahan bahan:3-4 biji telur - kalau gred A guna 3 biji400 gram tepung1 1/2 cawan gula pasir - nak manis guna 1 3/47 cawan santan pekat - dari 2 biji kelapa1/2 sudu kecil garam halusSetitis pewarna hijau - opsyenal
Cara cara:Loyang dilenser dengan majerin dan kemudian ditabur dengan tepung gandum untuk menutupi semua bahagian yang dilenser tadi. Kemudian diketuk ketuk untuk membuang lebihan tepung gandum. 


Blender atau guna mixer atau guna whisk, putar telur dengan gula sehingga hancur. 
Masukkan santan dan tepung gandum. Kacau sebati. Tapis adunan. 

Lenser loyang dengan mentega dan tabur rata tepung gandum. Ketuk lebihan tepung. 
Tuang adunan dalam loyang. Bakar pada suhu 200C selama 1 jam atau sehingga masak dan keperangan. Saya bakar lebih dari 1 jam.  


Biarkan benar benar sejuk sebelum boleh dipotong.



Nota:10 helai daun pandan dikisar dengan 4 cawan air  air daun pandan ini kemudian diguna untuk memerah kelapa parut. Jadikan santan cukup 7 cawan. 

Kalau untuk satu adunan penuh, menggunakan 7 biji telur. Bila kita menyediakan hanya separuh adunan, boleh guna 3 biji jika menggunakan telur gred A atau 4 biji untuk telur saiz sederhana. Satu adunan menghasilkan 2 loyang empat segi saiz 10”x 10”. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/10/kuih-bakar-istimewa-azie-kitchen-keeper.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuih Labu Bakar Gula Merah Lemak Manis Sedapnya Buat Sarapan

Kuih Labu Bakar Gula Merah Lemak Manis Sedapnya Buat Sarapan

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 613 hits
Resipi yang ringkas rasa lemak manis labu yang terserlah dengan campuran kelapa dan minyak sapi Kuih yang lembut dan gebu amat sesuai sebagai sarapan atau minum petang KUIH LABU BAKAR GULA MERAHBAHAN BAHAN 1 cawan labu lenyek cawan gula mer...
Tadika Al Kauthar Terima Anak Istimewa Belajar Bersama Kanak Kanak Normal

Tadika Al Kauthar Terima Anak Istimewa Belajar Bersama Kanak Kanak Normal

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 551 hits
Tadika Al Kauthar Eduqids yang sudah beroperasi sejak tahun 2013 dan terkenal sebagai tadika berkonsep Islamik Menawarkan pendidikan pra sekolah untuk kanak kanak berusia 4 hingga 6 tahun termasuk program hafazan al Quran program Montessori...
Anniversary Pernikahan Ke 5 Raffi Ahmad Dan Nagita Dapat Hadiah Istimewa

Anniversary Pernikahan Ke 5 Raffi Ahmad Dan Nagita Dapat Hadiah Istimewa

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 219 hits
Usia pernikahan Raffi Ahmad dan Nagita Slavina tak terasa sudah menginjak 5 tahun Raffi dan Nagita mendapat hadiah istimewa di anniversary pernikahan ke 5 mereka
Orang Kata Anak Kedua Ni Sangat Istimewa Perangai Macam Macam Tapi Cukup Disenangi Betul Ke

Orang Kata Anak Kedua Ni Sangat Istimewa Perangai Macam Macam Tapi Cukup Disenangi Betul Ke

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 557 hits
ORANG kata perangai anak kedua ni lain daripada yang lain Mereka punya sifat yang tersendiri Adakalanya mereka cukup disenangi oleh semua anggota keluarga tidak kurang juga yang menjengkelkan sehingga langsung tidak disenangi oleh adik bera...
Anak Pertama Paling Istimewa Dialah Tempat Kasih Tercurah Saat Baru Bergelar Ibu Bapa

Anak Pertama Paling Istimewa Dialah Tempat Kasih Tercurah Saat Baru Bergelar Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 365 hits
Anak adalah amanah untuk setiap pasangan Kelahirannya dianggap penyeri dalam rumah tangga Malah kehadirannya juga yang akan mengajar diri kita jadi lebih sabar dan faham tanggungjawab Mungkin bagi yang sudah berkahwin perasaan saat pertama ...
Mie Sagu Khas Pontianak Salah Satu Menu Istimewa Ayam Pak Usu

Mie Sagu Khas Pontianak Salah Satu Menu Istimewa Ayam Pak Usu

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 425 hits
Mie Sagu Khas Pontianak Sesuai namanya Mie Sagu merupakan salah satu kuliner khas Pontianak yang berbahan dasar sagu Sebenarnya mie sagu ini dapat dianggap sebagai makanan khas Indonesia karena dapat dengan mudah ditemukan di daerah daerah ...
Adakah Ltte Begitu Istimewa Untuk Orang Ini

Adakah Ltte Begitu Istimewa Untuk Orang Ini

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 795 hits
Ramasamy nak saman silakan cabar Firdaus WongBANGI Pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung mencabar P Ramasamy sekiranya pemimpin DAP itu bersungguh mahu menyaman beliau susulan perkongsiannya mengenai individu yang terbabit dalam kumpulan pe...
Ramai Anggap Dia Penagih Dadah Pemuda Istimewa Sanggup Tidur Di Kaki Lima Tak Nak Susahkan Nenek

Ramai Anggap Dia Penagih Dadah Pemuda Istimewa Sanggup Tidur Di Kaki Lima Tak Nak Susahkan Nenek

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 406 hits
Anak merupakan anugerah yang harus dijaga dengan penuh kasih sayang bukannya ditinggalkan begitu sahaja Keperitan hidup bukan alasan bagi ibu bapa menidakkan tanggungjawab yang harus dipikul Kisah seorang pemuda OKU yang hidup gelandangan a...
Genap 2 Tahun Di Bawa Melawat Makam Nabi Hadiah Istimewa Buat Anaqi

Genap 2 Tahun Di Bawa Melawat Makam Nabi Hadiah Istimewa Buat Anaqi

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 277 hits
Mommy rasa macam baru dalam labour room Pejam celik dah menginjak dua tahun Aqeef Anaqi dan bakal jadi abang tak lama lagi View this post on Instagram A post shared by on Oct 18 2019 at 9 19am PDT Menurut Amyra Rosli melihat Aqeef Anaqi mem...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life