Kuih Bahulu Kegemaran Sepanjang Zaman


Kalau dulu jumpa kuih bahulu masa raya je. Tapi sejak kahwin dengan orang Kolo Pilah (Kuala Pilah), kuih bahulu ni bukan lagi menu rare yang ada hanya masa raya je. Kuih bahulu ni dah biasa bagi Fiza. Mulanya agak pelik sebab orang jual bahulu bukan pada musim raya. Tapi lama-lama dah biasa dah dan anggap kuih bahulu ni sebagai kuih harian gitu. Mana taknya, rumah mak mertua wajib ada kuih bahulu ni. 
Sebab jiran depan rumah jual kuih bahulu depan rumah dia juga. Bila raya mesti order kat dia. Kalau pernah ke Kuala Pilah, sepanjang jalan Kuala Pilah-Seremban kiri kanan gerai jual kuih bahulu, lemang, itik salai, tolo itik dan bermacam-macam lagilah. Memang meriah kiri kanan jalan, itu juga salah satu sebab jalan sentiasa jammed. Lagi-lagi bila hujung minggu. 
Okay berbalik kepada tajuk di atas. Kuih bahulu yang biasa nampak jenis star shaped atau bahasa melayu dipanggil cermai. Macam buah cermai lah rupa dia. Bentuk lain macam jarang jumpa. Biasa mak mertua beli kuih bahulu dari jiran yang dah lama buat. Ada juga peniaga muda yang jual kuih bahulu tapi rasa dia tak sesedap orang lama buat. 


Harga sebekas kuih bahulu berubah-rubah juga. Kadang RM11, kadang RM12. Ikut musim agaknya kot. Fiza kalau dapat kuih bahulu ni buat cicah dengan air. Makan macam tu je pun sedap. Anak buah Fiza suka betul dengan kuih bahulu ni. Siap nak bawa balik sebekas. Memang bahulu ni kuih kegemaran sepanjang zaman lah

Pada Fiza, rasa kuih bahulu ni sama je cuma bezanya kerangupan kuih bahulu tu. Suka makan kuih bahulu yang rangup sikit tu. Lagi sedap kalau dapat makan fresh from oven. Tapi tak mungkin tak dapat melainkan kalu buat sendiri. Dulu-dulu mak suka buat kuih bahulu ikut cara tradisional guna acuan dan bakar guna arang tu. Tapi sekarang tak buat lagi

Nak membuatnya pun agak leceh dan ambil masa kan. Tapi dengan teknologi yang ada, semuanya guna mesin dan oven pun guna yang jenis besar gedabak tu. Maka, proses dia jadi singkat dan cepat siap. Bab rasa tu, memang berbeza. Cara tradisional juga yang win. Siapa je yang rajin buat zaman sekarang ni. Beli je lah senang kan



Rasanya macam dah lama tak makan bahulu sejak dah jarang balik kampung selepas abah mertua meninggal tahun lepas. Mak mertua pun dah duduk bandar. Sesekali je balik kampung bila ada kesempatan. Kebetulan mak singgah rumah haritu, selain rendang dan mangga epal. Mak bawa bahulu juga. Boleh juga buat menu untuk minum petang. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azhafizah.com/2019/10/kuih-bahulu-kegemaran-sepanjang-zaman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penceramah Bebas Terkenal Usia 39 Tahun Ditahan Polis Didakwa Sebar Video S Ks Bersama 4 Isteri

Perbalahan Rumah Tangga Isteri Tikam Suami Setelah Ditendang

Fikry Ibrahim Cari Side Income Main Saham Pula Jangan Risau Saya Tak Main Forex

Ulasan Samsung Galaxy A36 5g Hp Android Menengah Rasa Premium

Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Ryzal Ibrahim Maryam Dipuji Didik Anak Mengaji Akui Terlepas Pandang Isu Letak Al Quran

Tanam Cili Padi Depan Rumah

Kombucha 7 Khasiat Menakjubkan Cara Buat Sendiri Di Rumah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The 1928 Banana Massacre When White Gold Met State Violence

4 Seriously Injured After Car Plunges Into Ditch

Pmx Gets All Round Grilling After His Rm8 13b Potential Investments From Italy Unveiling

Poor Housing Conditions Perpetuate Urban Poverty In Malaysia

Riena Diana Dah Pilih Nama Islam Untuk Keith Foo

Siapa Lagi Jika Bukan Kita Yang Menikmati Keindahan Spesis Bunga