Kuew Teow Goreng Untuk Suami
Bukan nak cakap apalah. Sejak pandai masak kuew teow sedap. Sedap ke? Sedaplah pada tekak orang yang makannya. Bukan Fiza cakap lah tapi yang pernah makan tak pernah komplen lagi cakap tak sedap. Siap ada minta resepi lagi tu
Nah resepi, letak sesiap sebelum ada yang tanya : Resepi kuew teow goreng mudah dan sedap.
Kalau tanya suami esok nak masak apa, nak makan apa. Kalau ada stok kuew teow, kuew teow goreng lah jawapan dia. Fiza ni dengar kuew teow pun boleh rasa mual nak muntah. Serius tak tipu
Nak dijadikan cerita, dulu sejak pandai masak kuew teow ni. Boleh dikatakan kerap juga lah masak kuew teow goreng ni. Kira handal lah tu masak kuew teow
Sampai satu tahap tu, dia tak boleh nak brain dah rasa sedap sepinggan kuew teow. Rasa sedap tu terus bertukar rasa jemu dan terus rasa kuew teow goreng tu biasa je walaupun orang lain kata sedap kemain puji melambung lambung
Jemu Dengan Masakan Sendiri?Paling tidak, boleh masuk sesudu dua je. Pelik ke tak pelik? Mungkin sebab jemu dengan masakan sendiri atau jemu makan kuew teow entah
Tapi dalam tak suka tu, boleh pula order kuew teow goreng kat kedai. Sekali rasa tak sedap dan tak ikut taste kita pula. Baik masak sendiri lagi sedap cakap dalam hati. Ko dah kenapa sebenarnya Fiza oiii?
Masak sendiri tak lalu makan, beli tak sedap pula. Apa yang kau nak sebenarnya ni? Haha kelakar dengan diri sendiri
Tak Boleh Kerap Makan Benda Yang Sama.Sebenarnya boleh je makan cuma tak boleh sekerap dulu. Sebulan sekali boleh lah. Sama juga dengan mee goreng. Tak boleh selalu makan. Mengada betul eh tekak ni
Dulu zaman sekolah rendah, suka betul makan durian sebab masa tu dusun durian abah masih ada lagi durian berbuah. Sekarang dah bertukar jadi kebun getah. Suka ikut abah pergi dusun, jual buah.
Puas betul dapat makan durian hari-hari. Lepas tu dah besar sikit terus rasa loya nak makan. Bau pun tak boleh sampailah dua tiga tahun lepas baru lah Fiza boleh terima makan durian semula. Itupun tak makan banyak
Boleh Masak Tapi Tak Boleh Makan.Pelik betul perangai. Benda yang suka jadi tak suka tetiba. Ikut mood pun ye juga ni. Rindu pulak rasa kuew teow kantin sekolah makan dengan sambal. Walaupun kuew teow bodoh orang panggil tak banyak rencah tapi sedap betul dah masa tu kan
Sekarang masak kuew teow untuk suami je lah. Ada orang request boleh je masak. Tapi diri sendiri tak ada kekuatan nak makan dah. Kena juga jarakkan masa kalau nak makan tu
Menu kuew teow kungfu, char kuew teow tak pulak rasa mual. Dia hanya spesifik pada kuew teow goreng je. Boleh pulak gitu kan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2020/08/kuew-teow-goreng-untuk-suami.html