Kucing Makan Bersuap Guna Sudu Warga Maya Doakan Pakcik Murah Rezeki
Kucing peliharaan seorang lelaki disuapkan makanan menggunakan sudu di Pasar Payang, Kuala Terengganu, 9 September 2019. — Foto ihsan Twitter/Frdsh
KUALA LUMPUR, 10 Sept — Gelagat lelaki menyuapkan makanan kepada kucingnya menggunakan sudu mendorong warga maya menyarankan supaya orang ramai bersedekah kepadanya.
“Alaaa comelnya siap makan bersuap tu,” kata seorang pengguna Twitter atas nama xfxxaxb.
“Lahhhhhhh hahhaha amboii yang boboy (nama kucing) siap bersuap,” kata Neny.
Mengikut pengguna Twitter yang mengaku pernah terserempak dengan individu tersebut, lelaki yang dianggar berusia 30-an, sering dilihat kayuh basikal bersama beberapa kucingnya yang diletak di dalam beg.
“Hari-hari nak balik kerja selisih. Biasa selisih kat Kampung Cina. Diam je kucing duduk time (semasa) dia kayuh basikal,” kata Noor Nazirah Muda.
Ada pengguna lain pula berkata lelaki tersebut “kadang-kadang dekat depan Maybank” atau Pasar Payang manakala individu itu dilihat berada di bazar Ramadan Taman Shahbandar pada Ramadan.
“Selalu kalau hari Sabtu pakcik ni ada kat pasar malam tepi Giant. Kucing-kucing dia behave (baik) je walaupun dalam crowded (kesibukan orang ramai). Aman damai je tidur atas riba,” kata Cempaka Soffia.
“Kadang(-kadang) nampak depan KFC MPKT (Majlis Perbandaran Kuala Terengganu)” kata Raihan Reihaina pula.
You can find inspiration and nice people everywhere you go.
Semoga abang ni dimurahkan rezeki & dilindungi bersama anak-anak comel kesayangan
Pasar Payang, Kuala Terengganu pic.twitter.com/2dCTinPN68
— F (@frdsh_) September 9, 2019
Mendoakan lelaki itu dimurahkan rezeki, pengguna Twitter atas nama Frdsh yang memuat naik foto berkenaan semalam mengajak warga maya “bagi sedekah banyak-banyak kat pakcik ni.”
“Kita akan dapat inspirasi dan temui orang baik-baik ke mana jua kita pergi,” katanya yang hantaran itu diulang siar lebih 2,000 kali setakat ini.
Hairul Sukriii: Satu dalam sejuta nak jumpa orang yang bersifat macam ni.
Arxxxxmand: Kucing kucing tu pandai pulak tak merayau. He is their home (lelaki itu rumahnya).
Mahani Suria: Pakcik ni naik basikal je. Selalu lalu depan kat saya kerja. Kucing yang pakai topi tu acah-acah ala filem Titanic dalma beg, muka dengan tangan kat luar beg.
Scha Fathiah: I like this type of kindness (Saya suka kebaikan sebegini). Walaupun susah, still (masih) mampu jaga meow-meow (kucing). Semoga Allah kurniakan rezeki yang tak pernah putus & melimpah-ruah untuk abang tu.
PROJEKMM
The post Kucing makan bersuap guna sudu, warga maya doakan ‘pakcik murah rezeki’ appeared first on Media Serius.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mediaserius.my/kucing-makan-bersuap-guna-sudu-warga-maya-doakan-pakcik-murah-rezeki/