Kucing Duduk Atas Remote Tv Baru Sedar Pak Andak Dah Tak Ada


Kucing Duduk Atas Remote TV,Baru Sedar Pak Andak Dah Tak Ada
Kuala Lumpur: "Ayah tanya bila kad kahwin saya akan siap kerana dia nak berikan kepada rakan-rakannya," kata Nur Alia Muliyani, 27, anak kedua pelakon veteran, Idris Mat Diah, 61, yang meninggal dunia awal pagi hari ini.
Nur Alia yang akan berkahwin pada hujung tahun ini berkata, dia tidak menyangka pertanyaan itu antara petanda pelakon drama bersiri popular 7 Hari Mencintaiku 2 ini akan meninggalkan mereka buat selama-lamanya
"Saya tak terfikir apa-apa dan suruh dia tunggu kerana kad belum siap. Memang saya tak mengesyaki apa-apa dan tak tahu rupanya itu soalan terakhir ayah kepada saya," katanya kepada Harian Metro



Menurut Alia, bapanya menghidap kencing manis, tetapi sukar ditentukan tahapnya kerana dia sudah lama tidak membuat pemeriksaan.

"Ayah memang tak makan ubat, tapi kami sekeluarga jaga pemakanan dia. Ayah pun jarang makan di luar dan sejak akhir-akhir ini selera makannya tiada. Dia kurang makan. Saya dan emak bagi makanan yang dia suka tapi itu pun dia tak makan," katanya

Idris juga mengikuti rutin berpantang makan, namun sesekali dibenarkan merasa pelbagai menu seperti masakan bergoreng dalam kadar sedikit
"Kami satu keluarga amalkan minum air masak. Minuman bergula hanya dihidangkan untuk tetamu. Ia bukan dipraktikkan sejak ayah sakit, tapi disebabkan mak juga ada masalah jantung

"Ayah meninggal mengejut mungkin salah satu sebabnya kerana dia tak makan. Selera sudah tiada, malah nak mengunyah makanan pun tak boleh," katanya

Menurut Alia, bapanya suka berehat di rumah dan jika keluar pun hanya untuk bertemu rakan-rakan

"Dia sangat menghargai mereka. 7 Hari Mencintaiku 2 adalah drama terakhir lakonannya. Satu perangai ayah, dia bukan jenis yang suka bawa cerita kerja di rumah. Sepanjang 27 tahun hidup, saya tak pernah tanya berkenaan drama lakonan dia

"Kalau dia nak cerita, dia akan cerita. Kami tak nak bagi dia 'stress'. Begitu juga saya tak bawa hal kerja di rumah. Kami hanya fokus pada urusan keluarga," katanya

Menurutnya, setiap kali rakan-rakan bapanya bertanyakan drama lakonan beliau, mereka hanya menjawab dia terbabit dengan penggambaran

"Kami memang tak tahu drama apa. Seperti kata rakan-rakannya, karakter ayah di luar dan dalam drama sama sahaja iaitu 'soft spoken', cuma dia ada barannya tapi bergantung pada situasi dan keadaan," katanya

Terdahulu, Idris yang popular dengan watak Pak Andak dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 disahkan meninggal dunia di rumahnya di Putrajaya, pada jam 2.30 pagi

Alia berkata, bapanya ditemui dalam keadaan pucat dan tubuhnya sejuk di depan kaca TV di tingkat bawah kediaman mereka
"Ayah memang suka tengok TV seorang diri sampai lewat pagi kerana dia susah nak tidur malam. Mak hanya sedar apabila dengar suara TV makin kuat dan apabila turun didapati kucing berada di atas 'remote control' TV

"Dalam masa sama emak lihat keadaan ayah terlantar dan perasan situasi yang berlaku. Memang terkejut kerana ayah tak tunjukkan tanda-tanda sakit," katanya

Sementara itu, jenazah Idris selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, Kepong pada jam 11 pagi
Turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah rakan seangkatan Allahyarham antaranya Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Zaidi Omar dan Mubarak
Idris meninggalkan seorang balu, Che Hawa Abu Bakar, 60, dan dua anak iaitu Muhammad Afiq Husaini, 28, dan Nur Alia Muliyani, 27


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://qasyahfulmalayworld.blogspot.com/2020/09/kucing-duduk-atas-remote-tvbaru-sedar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Tiga Bulan Berkahwin Baru Sedar Isteri Sebenarnya Seorang Lelaki Mingguan Wanita

Selepas Tiga Bulan Berkahwin Baru Sedar Isteri Sebenarnya Seorang Lelaki Mingguan Wanita

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 469 hits
Macam macam hal dunia sekarang ni Kejadian yang berlaku di Jember Indonesia baru baru ini seorang suami dikatakan baru tersedar isteri yang dikahwini selama ini merupakan seorang lelaki
Pelakon Watak Pak Andak Dalam Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Meninggal Dunia

Pelakon Watak Pak Andak Dalam Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 1315 hits
KUALA LUMPUR Pelakon drama rantaian 7 Hari Mencintaiku 2 yang terkenal dengan watak Pak Andak Idris Mat Diah 61 meninggal dunia di kediamannya di Putrajaya kira kira jam 2 30 pagi tadi Berita itu disahkan anak bongsunya Nur Alia Muliyani 27...
Deieted Scene Pak Andak Dan Kenit Rupanya Arwah Idris Mat Diah Tengah Sakit Masa Penggambaran

Deieted Scene Pak Andak Dan Kenit Rupanya Arwah Idris Mat Diah Tengah Sakit Masa Penggambaran

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 675 hits
Selepas Abu Bakar Juah dan Dato Zulkifli Zain yang meninggaI dunia dalam masa sebulan lalu tiba masa pelakon veteran Mohd Idris Mohd Diah pergi menghadap Ilahi Rata rata rakan artis yang terlibat dalam industri hiburan terkejut dengan pemer...
Menteri Duduk Atas Kerusi Dan Arah

Menteri Duduk Atas Kerusi Dan Arah

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 218 hits
Mohd Fauzi MohamadZaman PH bila Sg tercemar MenteriNYA turun padang meninjau MENTERI DIKECAM Sekarang Pak MENTERINYA hanya duduk ats bangku dan suruh MB letak jawatan bayar gaji puloh puloh ribu itu je level ko Rakyat meraung takda air LOW ...
Hukum Duduk Dan Melangkahi Di Atas Kuburan

Hukum Duduk Dan Melangkahi Di Atas Kuburan

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 319 hits
Ziarah kubur merupakan salah satu perkara yang dibolehkan dalam Islam Nabi Muhammad SAW dalam sebuah hadis menyinggung fungsi berziarah yakni agar orang orang mengingat kematian dan akhirat Dalam melakukan ziarah kubur seorang Muslim tetap ...
Daripada Kingdom Ju Jihoon Jun Jihyun Bakal Bertemu Lagi Dalam Drama Misteri Baru Mount Jiri

Daripada Kingdom Ju Jihoon Jun Jihyun Bakal Bertemu Lagi Dalam Drama Misteri Baru Mount Jiri

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 288 hits
Plot drama memang penting tapi siapa yang bakal membarisi drama itu juga mampu impak yang besar dalam menarik perhatian penonton Tambahan pula sekiranya ia diterajui oleh nama hebat dengan mutu lakonan yang memukau sudah pasti ramai yang ak...
Hanya Kkm Berhak Umum Kes Baru Covid19 Chow Kon Yeow

Hanya Kkm Berhak Umum Kes Baru Covid19 Chow Kon Yeow

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 361 hits
Ketua Menteri Y A B Tuan Chow Kon Yeow menasihati pihak pihak berkaitan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes terbaru COVID 19 sebelum pengumuman sahih dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Beliau berkata tindakan ...
H M Memperkenalkan Rangkaian Lelaki Baru Blank Staples

H M Memperkenalkan Rangkaian Lelaki Baru Blank Staples

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 251 hits
Koleksi baru membawa lelaki kembali ke asas H M memperkenalkan rangkaian lelaki baru Blank Staples H M menjatuhkan pelbagai keperluan pakaian dalam yang baru untuk lelaki di bawah koleksi yang disebut Blank Staples Garis telah membawa lelak...
Kes Baru Melonjak Naik Sebanyak 62 Kes Positif Dicatatkan Hari Ini

Kes Baru Melonjak Naik Sebanyak 62 Kes Positif Dicatatkan Hari Ini

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 243 hits
Kes baharu jangkitan Covid19 di Malaysia harini melonjak tinggi sebanyak 62 kes baru Dengan itu kes keseluruhan setakat pukul 12 tengah hari ini di Malaysia mencatatkan sebanyak 9 459 kes positif Daripada 62 kes yang dilaporkan itu 56 kes d...
Trash Taxi Tales Real Stories Of How Fast Junk Removal Changes Lives

Nuzul Quran Sejarah Hikmah Dan Amalan Yang Digalakkan

The History Of Electricity From Discovery To Modern Power

Game On Elevate Your Gameplay Across Mobile And Pc

Yb Wong Kah Woh Timbalan Menteri Pendidikan Hadir Program Jaulah Ram

Can I Hatch Out A Shark And Grow It On Practical Fishkeeping

Mi Goreng Mamak Basah Dan Pedas Guna Teknik Ini Baru Menjadi

Even If Politician Saravanan Beats A Retreat Preacher Zamri Vinoth Must Still Face The Music


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Umno Man Rubbishes Claim 14 Mps Will Pull Support For Government

Teori Nuar Musa Bayangi Ayer Kuning

13 Arrested For Rioting After Video Shows Hundreds Of Foreigners Blocking Road

Bagaimana Menulis Contain Atau Kandungan Pemasaran Yang Baik Di Media Sosial

Drama Demam Viral

Ramadan Adalah Madrasah Untuk Setahun