Kuching Dan Arca Kucing Berpisah Tiada


JIKA ingin melihat arca-arca kucing tersergam indah maka silalah mendatangi Bandaraya Kuching iaitu ibukota bagi Sarawak Bumi Kenyalang.  Ini kerana disinilah kucing itu menjadi ikon bandarayanya yang banyak menghiasi laman-laman terbuka di kawasan tarikan pelancongan mahupun di pasaraya-pasaraya besar.  Malahan di Kuching, Sarawak inilah terletak satu-satunya muzium kucing terbesar di Asia Tenggara yang dikenali sebagai Muzium Kucing Sarawak. 
Bila berbicara dari segi asal muasal nama Kuching itu mungkin ramai yang menyangkakan bahawa Kuching itu merujuk kepada binatang yang menjadi dambaan ramai kerana kecomelannya iaitu kucing.  Namun hakikatnya jika kita melihat dari segi pertuturan masyarakat tempatan gelaran kucing itu langsung tidak ada di dalam slanga tempatan.  Ini kerana di Sarawak yang terkenal dengan kepelbagaian kaum dan budaya juga tidak pernah memanggil kucing sebagai kucing sebaliknya untuk bahasa Melayu Sarawak standard digelar “pusak”, iban pula “mayau” serta banyak lagi. 
Menyelusuri sejarah nama Kuching sebenarnya dari segi sejarah belum lagi menjumpai satu jawapan yang tuntas.  Sebaliknya sejarah yang pasti adalah Kuching itu sendiri telah dibuka oleh Pengiran Indera Mahkota iaitu Gabenor Sarawak yang pertama semasa Sarawak masih lagi menjadi tanah kuripan kepada Kerajaan Kesultanan Brunei Darussalam.  Pada masa itu, keluasannya masih kecil dan Kuching itulah Sarawak pada masa dahulu sebelum mula dikembangkan empayarnya oleh warga British bernama James Brooke pada tahun 1840. 
Dalam pada itu, penggunaan nama Kuching untuk menggelar nama ibukota Sarawak sebenarnya dikatakan bermula semasa Dinasti Brooke memerintah.  Menurut teori menyatakan bahawa nama Kuching itu merujuk kepada perkataan “Cochin” iaitu yang bermaksud pelabuhan.  Ini kerana suatu waktu dahulu iaitu di ketika pemerintahan Brooke, Kuching memainkan peranan utama di dalam aktiviti perdagangan Indo-China serta Asia Pasifik.  Dengan kedudukannya yang terletak di selatan Pulau Borneo maka ianya adalah satu lokasi yang strategik untuk dijadikan pelabuhan persinggahan pedagang-pedagang Indo-China. 
Selain itu cerita lisan masyarakat tempatan pula menyatakan bahawa perkataan Kuching itu mendapat nama dengan mengambil bersempena sebatang sungai kecil yang pernah mengalir diantara Muzium Cina dan Kuil Tua Pek Kong di Kuching sekarang.  Sungai itu pula dikatakan dinamakan sungai Kuching kerana disitu seringkali dilihat ramai kucing-kucing hutan mendatangi sungai untuk minum air apabila kehausan. 
Tidak terhenti disitu sahaja cerita mengenai Sungai Kuching kerana dikatakan bahawa di kawasan ini terdapat satu bukit yang mana ditumbuhi dengan satu buah-buahan tempatan yang dinamakan buah mata kucing.  Oleh kerana sinonim dengan buah-buahan tersebut malah sehingga sekarang bukit itu dinamakan Bukit Mata Kuching walaupun buahnya sudah hilang dan diganti dengan bangunan konkrit. 
Bagi masyarakat di pedalaman Sarawak pula yang mana suatu waktu dahulu seringkali dikunjungi oleh rajah-rajah Brooke ke rumah panjang mereka mempunyai cerita lisan yang berbeza tentang asal muasal nama Kuching.  Ini kerana menurut mereka, suatu waktu dahulu pengenalan diri untuk masyarakat tempatan adalah berdasarkan nama sungai mengikut lokasi mereka tinggal.  Diceritakan oleh kerana Tuan Rajah Charles Brooke apabila mendatangi rumah-rumah panjang amat sukar untuk mengenal diri berasal dari mana dan dek kerana itu beliau sering membahasakan dirinya sebagai Charles Brooke dari Sungai Kuching. 
Bandaraya Kuching dan arca-arca kucing berpisah tiada.  Ianya menjadi ikon pelancongan untuk satu bandaraya yang diiktiraf sebagai Bandaraya Harmoni oleh dunia pada tahun 2016.  Kesiapsiagaan Kuching sudah tidak lagi boleh terucap dengan kata-kata lebih-lebih lagi Tahun 2019 merupakan Tahun Melawat Sarawak.  Kuching sudah bersedia dan LAN BERAMBEH (Sila berkunjung) ke Kuching, Sarawak.
-HB-
#KamekSayangSarawakBah! 
Rujukan:
 http://bit.ly/2SWntT3 Borneo Oracle – Sarawak Bumi Kenyalang Yang Kita Warisi Borneo Oracle – From Kuching With Love
Buju Kurung Exclusive Untuk Wanita Berkerjaya

Terbongkar Cara Blogger Dapatkan Organic Traffic Unlimited.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2019/01/kuching-dan-arca-kucing-berpisah-tiada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gambar Kucing Comel Dan Manja

Gambar Kucing Comel Dan Manja

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 4209 hits
Pasti ramai yang sukakan kucing comel dan binatang peliharaan yang lain seperti hamster arnab burung dan sebagainya yang dijadikan sebagai peneman setiap masa Tetapi kucing adalah yang sering digemari ramai orang di dunia lebih lebih lagi a...
Anjing Yang Penyayang Ini Menyelamatkan 7 Ekor Anak Kucing Dan Memutuskan Untuk Menjadi Ibu Angkat Kepada Mereka

Anjing Yang Penyayang Ini Menyelamatkan 7 Ekor Anak Kucing Dan Memutuskan Untuk Menjadi Ibu Angkat Kepada Mereka

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 387 hits
Apabila seekor anjing berbaka husky yang bernama Banner kelihatan sangat tertekan pemiliknya Whitney Braley memutuskan untuk mempercayai anjingnya dan pergi mengekorinya Banner kelihatan sangat mahu pemiliknya tahu ada sesuatu yang telah be...
Kucing Rita Rudaini Hilang Di Semenyih

Kucing Rita Rudaini Hilang Di Semenyih

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 806 hits
Kucing Rita Rudaini Hilang Di Semenyih Pekan nama kucing kepada aktres Rita Rudaini Mengikut perkongsian menerusi instagram beliau kucing peliharaan kesayangan beliau tersebut hilang sejak 2 Januari 2019 yang lalu Kucing Rita Rudaini Hilang...
Kucing Hilang Rita Rudaini Buat Laporan Polis

Kucing Hilang Rita Rudaini Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 875 hits
Hampir seminggu kucing Rita Rudaini hilang Sehingga sekarang dia masih tidak putus berharap agar kucingnya yang diberi nama Pekan selamat kembali pada nya Namun berbagai cara menemui jalan buntu Merasakan yang dirinya di tipu atas kecuaian ...
Kisah Kucing Rita Rudaini Pekan Hilang Alhamdulillah Dah Jumpa

Kisah Kucing Rita Rudaini Pekan Hilang Alhamdulillah Dah Jumpa

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 598 hits
Kisah yang menarik perhatian aku apabila rajin membaca instagram para artis minggu ini adalah kisah kucing Rita Rudaini hilang Alhamdulillah setelah beberapa hari akhirnya jumpa kembali Aku teruja pula nak mengikuti rentetan cerita kisah ku...
Polemik Razia Kucing Dan Anjing Liar Di Jakarta Nasib Hewan Terlantar Di Indonesia Masih Memilukan

Polemik Razia Kucing Dan Anjing Liar Di Jakarta Nasib Hewan Terlantar Di Indonesia Masih Memilukan

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 255 hits
Setelah dapat kecaman dari kelompok pecinta hewan razia ini langsung ditunda Tapi ke depannya kita perlu solusi yang lebih tepat untuk tangani hewan terlantar
Bonjolan Di Seluar Rupanya Ada Anak Kucing

Bonjolan Di Seluar Rupanya Ada Anak Kucing

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 517 hits
Pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura menemui empat anak kucing yang cuba diseludup di Pusat Pemeriksaan Tuas Rabu lalu
Bunga Tapak Kucing

Bunga Tapak Kucing

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 654 hits
Bunga tapak kucing atau Torenia fourneiri warna biru jingga yang tumbuh liar di kebun tepi rumah
Lirik Lagu Myvi Luqman Podolski

Lirik Lagu Melopong Amsyar Leee Feat Bunga

Skuy Project Semua Akan Baik Saja Chord

Buffet Ramadan 2025 Santapan Rasa Paragon Hotel Grand Paragon

Panduan Praktis Cara Memilih Ac Hemat Energi Untuk Lingkungan Kerja

Helping Gaza Won T Hurt Malaysia S Development Says Ex Bersatu Leader

Liza Aziz Juara Gv11 Keputusan Gv 11 Final

Mvhs Student Melds Fishkeeping Artistry With Dynamic Tankscapes The Lincoln County News


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Gamuda Splash Mania Pengalaman Air Paling Epik Menanti Anda Kids Play For Free

Renault S Exciting New Electric Vans Trafic Goelette Estafette

Jjcm Warung Hijau Masjid Tanah

Kadar Pengangguran Turun Hanya Yang Malas Sahaja Tak Mahu Kerja

Keh Keh Keh Kaw Punya Kena Sindiaq Nohhh

Jual Tapak Ramadahn Puloh Tahun Dah Kini Selesai