Buffet Ramadan 2025 Santapan Rasa Paragon Hotel Grand Paragon
Buffet Ramadan 2025 Santapan Rasa Paragon, Hotel Grand Paragon I Korang, harini Juju nak racun korang untuk masukkan Hotel Grand Paragon dalam senarai tempat untuk buka puasa tahun ini. Sebabnya hotel ni ada sijil halal yang diiktiraf oleh JAKIM tau. Boleh makan tanoa ragu-ragu. Ada lebih dari 100 jenis hidangan yang dihidangkan setiap hari. Memang rambang matalah nak makan yang mana dulu.
Sebelum Juju share pasal menu utama, meh sini Juju share dulu pasal menu pembuka selera. Menu wajib ada setiap kali bulan puasa dah tentulah bubur lambuk. Bubur lambuk dekat sini sedap tau. Korang wajib cuba. Selain tu ada juga pelbagai jenis kerabu dan salad-salad segar. Ada juga sate, Penang char kuey teow dan pelbagai jenis mi. Kalau Juju panggil mi kuali. Korang pun panggil mi kuali jugak ke?
Di bahagian menu istimewa pula, dekat sini ada kambing panggang kuzi yang disajikan dengan nasi kabsha dan telur rebus safron, ikan siakap goreng laici ala thai, sup utara berempah, ayam goreng dara Grand Paragon pelbagai perisa, sup tulang merah dan daging bakar bandung.
Si Firash memang asik ulang-alik je dekat ayam dara goreng tu. Kejap kang dia amik ayam korea, lepas tu amik ayam goreng lemon. Presentation dan rasa dia memang A+. Ditambah pula dengan pelbagai jenis sos yang korang boleh pilih sendiri.
Untuk menu utama pula, ada siput sedut bercili, udang bakar torpedo bersama duo cheese, itik salai masak lemak cili api, ayam bakar bawang putih dan ketam lemon pun ada tau. Juju dua kali ulang ambil udang cheese tu. Sedap betul.
Di bahagian minuman pula, special dekat sini ada air tebu dan ais jeli limau. Alah, yang tengah trending sekarang ni kan. Memang segar betul rasa dia.
Apalah namanya buffet ramadan kalau takde menu pemanis mulut. Dekat sini korang wjib ambil durian goreng. Menu yang memang tak lapuk dek zaman. Tak musim durian pun InsyaAllah menu durian goreng ni tetap ada. Tak lupa juga pelbagai jenis menu kuih-muih tempatan. Bolehlah dijadikan penutup menu buffet ramadan sambil ngopi atau ngeteh. Teh tarik dekat sini sedap sungguh ya.
Untuk tempahan pula, korang boleh ke:
SANTAPAN RASA PARAGON📅 3rd March - 29th March 2025📌 Cafe Para Para I Level G🕰️ 7pm - 10pm
Adult I RM160 nettChild I RM80 nettSenior Citizen I RM115 nett
Early bird offer (Purchase before 1st March 2025) : RM130 nett/adult
Exclusive Offer - Dine in on 1st week of Ramadan(3rd March - 6th March 2025)RM115 nett/adultLimited to 50 seats per day
🏬 Hotel Grand Paragon Johor BahruNo. 18, Jalan Harimau, Taman Century,80250 Johor Bahru.☎️ 016-7337363 / 07-2685255
🕌 Surau di Level 3
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.kasihjuju.com/2025/02/buffet-ramadan-2025-santapan-rasa.html