Kuasa Buah Tomato
Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan.
Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam.
Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.
Petua dan cara-cara penjagaan kulit menggunakan tomato.
Mengecilkan liang roma
Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.
Merawat jerawat
Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.
Membersihkan kulit muka
Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.
Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.
Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.
Menyejukkan kulit yang rosak
Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.
Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit.
Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.
Sumber : Fabulous
Okay sekarang ni aku nak tambah satu lagi petua aku sendiri yang tiap-tiap malam aku amalkan. Kalau korang nak cuba pun boleh..sape taknak kulit macam buah tomato kan walaupun kulit aku tak berape nak macam tomato teeheehee
Memutihkan kulit.
Lenyek/parutkan sebiji tomato yang sudah dibuang biji hingga hancur. Campurkan satu sudu susu tepung (aku biase pakai susu tepung dutch lady) . Sebatikan adunan tomato yang sudah diparut dengan susu tepung tu. Kemudian sapu dengan rata pada kulit muka (pastikan muke korang dah dicuci bersih sebelum pakai masker ye).
Then, biarkan lebih kurang 30 minit atau untuk dapatkan hasil yang lebih efektif, boleh dibiarkan masker tomato tu sepanjang malam. Esoknye bangun untuk solat subuh pagi-pagi tu korang cuci lah. Cuci dengan air biasa tanpa guna pencuci muka ye. Nanti uols akan rase yang kulit uols akan lembap dan cerah dari biase. Cewahh !
Fakta tentang susu.. ''Susu sebagai pemutih kulit bukan mitos kerana saintis mendapati bahawa sodium caseinate dan protein susu mempunyai kesan pemutihan. Susu sudah digunakan pada zaman Roman Kuno sebagai pembersih. Malah orang pada zaman itu merendamkan sepotong roti dalam susu untuk digunakan sebagai span pembersih muka''
Selamat mencuba !
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://serioushearts.blogspot.com/2013/01/kuasa-buah-tomato.html