Kualaterengganu Pantai Pandak Chendering Jadi Tumpuan Kerang Terdampar




Rezeki musim tengkujuh! Fenomena kerang terdampar yang sangat sinonim setiap kali musim tengkujuh tiba sentiasa dinanti-nantikan penduduk di Terengganu dan kali ini, Pantai Pandak dekat Chendering pula menjadi tumpuan ramai.


Tinjauan Bernama di pantai itu mendapati orang ramai menggunakan pelbagai alat untuk mencari kerang antaranya menggunakan penutup kipas, besen dan penapis agar tidak pulang dengan tangan kosong.


Seorang pengawal keselamatan, Mohd Rahman Mat Shafee, 35, berkata beliau berjaya memperoleh sebanyak 50 kilogram kerang hasil pencarian selama empat jam dan jumlah itu adalah tangkapan terbanyak setakat ini.


“Biasanya kerang ini saya beri kepada keluarga dan jiran terdekat untuk dijadikan pelbagai juadah. Saya cari untuk tujuan suka-suka sahaja, namun kalau ada pengunjung yang hendak membeli, saya menjualnya dengan harga RM10 untuk satu kilogram.


“Kerang terdampar ni memang perkara biasa di Terengganu dan lokasinya juga tidak menentu...dulu pernah ada di Pantai Rusila, Marang dan Pantai Seberang Takir. Kalau jumlahnya banyak memang saya akan pergi juga sebab kerang ini sangat sedap, isinya pejal maklumlah kerang segar, tidak sama seperti yang dijual di pasar,” katanya ketika ditemui Bernama di sini.


Difahamkan, kerang mula 'membanjiri' Pantai Pandak sejak tiga hari lepas dan ada pengunjung yang datang seawal 8 pagi untuk mencari kerang malah ia berterusan hingga lewat petang sekiranya cuaca agak baik.


Bagi pesara kerajaan, Alias Aki, 65, beliau mahu merasai sendiri pengalaman mencari kerang pada musim tengkujuh kali ini kerana tidak pernah berkesempatan melakukannya sebelum ini.


“Dulu, saya hanya tengok 'kemeriahan' mencari kerang ini di media sosial sahaja kerana tiada masa sesuai hendak pergi. Alhamdulillah hari ini, ada masa terluang datang ke sini bersama isteri Asmida Abdullah, 38, dan anak Aleesya Adriana, 11.


“Memang seronoklah sebab setiap kali kaut penutup kipas ke dasar, mesti akan dapat kerang,” katanya yang mencari tempat agak jauh dari pengunjung lain bagi mematuhi jarak fizikal yang ditetapkan kerajaan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini.


Sementara itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik ketika dihubungi Bernama berkata aktiviti mencari kerang boleh dilakukan namun orang awam dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan.


“Anggota polis dengan agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat serta RELA akan terus memantau kegiatan tersebut. Selain itu, mereka mesti utamakan keselamatan sepanjang mencari kerang kerana kami tidak mahu sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya. ― Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/11/kualaterengganu-pantai-pandak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penampakan Paus Sirip Yang Terdampar Di Pantai Prancis

Penampakan Paus Sirip Yang Terdampar Di Pantai Prancis

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 251 hits
Penampakan Paus Sirip yang Terdampar di Pantai Prancis Mamalia laut terbesar itu tengah diperiksa oleh petugas untuk mengetahui penyebab kematiannya di pantai Saint Hilaire de Riez
Tumpuan Awani 7 45 Perkembangan Dun Batu Sapi Zon Merah Empat Kawasan Di Terengganu

Tumpuan Awani 7 45 Perkembangan Dun Batu Sapi Zon Merah Empat Kawasan Di Terengganu

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 339 hits
Apa perkembangan di Dewan Undang Negeri Batu Sapi yang ketika ini masih lagi dikategorikan sebagai zon merah Jabatan Meteorologi Malaysia menetapkan empat kawasan di Terengganu iaitu Besut Setiu Kuala Nerus dan Kuala Terengganu sebagai cuac...
Gunung Banang Menjadi Tumpuan Peminat Hiking Di Malaysia

Gunung Banang Menjadi Tumpuan Peminat Hiking Di Malaysia

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 400 hits
Gunung Banang menjadi tumpuan peminat hiking di Malaysia Sejujurnya saya tak pernah dengar pasal gunung banang yang terletak berhampiran dengan bandar Batu Pahat ini Menurut Wikipedia Gunung Banang memang popular sebagai tempat rekreasi ora...
Video Aksi Sultan Johor Masak Lamb Chop Sambil Pakai Apron Minion Curi Tumpuan Netizen Comelnya

Video Aksi Sultan Johor Masak Lamb Chop Sambil Pakai Apron Minion Curi Tumpuan Netizen Comelnya

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 435 hits
Umum sedia maklum Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sangat dikenali dengan sikap baginda yang mesra dan berjiwa rakyat Walaupun sentiasa dengan penampilan tegas namun hakikatnya baginda sebenarnya seorang yang kelakar dan...
Mengandung Lagi Cantik Berseri Seri Penampilan Scha Alyahya Jadi Tumpuan Ramai Puji Seri Ibu Hamil

Mengandung Lagi Cantik Berseri Seri Penampilan Scha Alyahya Jadi Tumpuan Ramai Puji Seri Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 644 hits
Pada Ogos yang lalu pasangan selebriti terkenal Scha Alyahya dan suami Awal Ashaari mengumumkan kepada peminat bahawa mereka bakal menimang cahaya mata kedua Kehamilan kedua tersebut adalah selepas 6 tahun mereka dikurniakan puteri sulung m...
Tumpuan Awani 7 45 Detik Bersejarah Apec 2020 Diberi Hadiah Kereta Mewah

Tumpuan Awani 7 45 Detik Bersejarah Apec 2020 Diberi Hadiah Kereta Mewah

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 321 hits
21 pemimpin APEC bertemu secara maya rangka hala tuju pemulihan ekonomi dunia dan faedah kepada komuniti serantau Lagi pegawai Imigresen ditahan terlibat pemalsuan cap di pintu masuk antarabangsa Perinciannya dalam AWANI 745 dan astroawani ...
Nasib Penoreh Getah Tapak Binaan Patuh Sop Tumpuan Dewan Rakyat Rabu

Nasib Penoreh Getah Tapak Binaan Patuh Sop Tumpuan Dewan Rakyat Rabu

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 276 hits
KUALA LUMPUR Langkah kerajaan bagi membantu menyelesaikan masalah pendapatan golongan penoreh getah dan jumlah tapak pembinaan di seluruh negara yang mematuhi dan ingkar prosedur operasi standard COVID 19 bakal dibincangkan pada persidangan...
Tumpuan Awani 7 45 Op Selat Lebih Ramai Ditahan Elakkan Kepincangan Ekonomi Negara

Tumpuan Awani 7 45 Op Selat Lebih Ramai Ditahan Elakkan Kepincangan Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 279 hits
Lagi pegawai imigresen termasuk timbalan pengarah ditahan berhubung pemalsuan cap kemasukan Penglibatan berlebihan kerajaan dalam sistem ekonomi negara perlu diteliti semula Perinciannya dalam AWANI 7 45 dan astroawani com SUBSCRIBE now Ast...
Resepi Rendang Kerang Yang Boleh Anda Cuba Pasti Sedap

Resepi Rendang Kerang Yang Boleh Anda Cuba Pasti Sedap

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 485 hits
Rendang kerang selain sedap dimakan dengan nasi putih juga sangat sedap dimakan dengan nasi lemak dan pulut kuning Dalam posting ini saya kongsikan rendang jenis kering Sebelum itu jangan terkejut jika harga redang kerang agak mahal makluml...
Himpunan Turun Anwar Jadual Masa Lokasi Jalan Tutup 26 Julai

Thee Bold Stories Pilihan Beg Travel Untuk Pengembara Moden

Bukan Guru Biasa Bila Rasa Kagum Jadi Cemburu

Cuba Carik Dimana Dajjal Dalam Ini Gambar

Salam Takziah Buat Keluarga Arwah

Web Design Company Selangor Build A Website That Works For Your Business

Sendiri Buat Cerita Sendiri Bersorak Gila Betul Pemuda Pas Ni

Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tian Chua Tolak Jemputan Hadir Demo Turun Anwar

Small Parties Risk Being Tied To Pn In Opposition Front

Police Beef Up Presence Ahead Of Turun Anwar Rally In Kl

Garuda Muda Lolos Ke Final Indonesia U 23 Taklukkan Thailand Lewat Adu Penalti Di Gbk

Lelaki Hebat Harus Bagaimana

From Data To Decisions How Artificial Intelligence Is Transforming Digital Marketing Strategies