Kuala Krai Mohon Bantuan Katil Boleh Laras Kerusi Roda Buat Suami


Tiada apa mampu menggambarkan keresahan hati seorang isteri apabila suaminya disahkan menghidap kanser leher tahap empat sejak Mac tahun lalu.
Siti Rosila Abd Rashid, 42, berkata suaminya Md Zuki Mat Adam, 48, yang sebelum ini bekerja di kilang kayu terpaksa berhenti kerja sejak setahun lalu selepas tahap kesihatannya merosot.
Katanya, pada Januari tahun lalu, suaminya mengalami sakit tekak hingga sukar menelan makanan lalu dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, di sini, untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Doktor mengambil sampel biopsi di bahagian leher dan keputusan ujian mengesahkan pada ketika itu suami saya menghidap kanser leher tahap dua.
“Saya berasa dunia ini seakan gelap seketika, namun perlu menerima ujian ini dengan hati yang lapang dan perlu kuat untuk bersama-sama mengharunginya.
“Bagaimanapun, sel kanser suami terlalu agresif dan beberapa bulan selepas itu, ia berada pada tahap empat dan sudah menjalani empat kali rawatan kemoterapi dan 35 kali radioterapi di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II),” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bedal, di sini, hari ini.
Terdahulu, keluarga berkenaan menerima kunjungan aktivis Cempaka Merah Asnaf Society, Che Norhayati Mohamed yang menyampaikan wang zakat dan sumbangan barang keperluan makanan asas.
Ibu kepada tujuh anak berusia 11 hingga 26 tahun itu berkata, sejak Jun lalu, suaminya perlu bergantung sepenuhnya kepada susu yang diberikan lima kali sehari setiap empat jam melalui saluran tiub yang dipasang di bahagian perut.
“Bagaimanapun, pada Ogos lalu, suami perlu menjalani pembedahan menebuk bahagian leher bagi memasang tiub pernafasan untuk memudahkannya bernafas.
“Selain penyakit kanser, suami uga menghidap penyakit Hepatitis B, hernia, dan buasir selain tulang belakangnya retak akibat kemalangan jalan raya, lapan tahun yang lalu,” katanya.
Menurutnya, bagi kelangsungan hidup, dia bekerja di salon rambut dengan pendapatan RM800 sebulan dengan dibantu dua anaknya, Muhammad Aqil Faizwan, 23, yang bekerja pembantu kedai makan dan Muhammad Zamzuri, 26, yang bekerja di premis cuci kereta.
“Pada masa sama, saya juga perlu menanggung tiga lagi anak yang masih bersekolah termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) pembelajaran,” katanya.
Menurutnya, mereka berdepan kesempitan hidup kerana dia perlu memperuntukkan hampir RM2,000 sebulan termasuk membeli susu khas selain kos-kos lain.
Katanya, dia bersyukur kerana suami mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan sekali gus dapat meringankan beban yang ditanggung.
“Saya amat mengharapkan ada individu prihatin dapat menyumbang katil boleh laras dan juga kerusi roda untuk memudahkan pergerakan serta menguruskan suaminya,” katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan ke akaun Agro Bank 2-00-6701-00026975-7 atas nama Md Zuki Mat Adam atau menghubungi Siti Rosila di talian 014-5425327.
The post Kuala Krai: Mohon bantuan katil boleh laras, kerusi roda buat suami appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/kuala-krai-mohon-bantuan-katil-boleh-laras-kerusi-roda-buat-suami/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Mengandung Suami Muntah Muntah Tak Boleh Drive Terpaksa Berhenti Tepi Jalan

Isteri Mengandung Suami Muntah Muntah Tak Boleh Drive Terpaksa Berhenti Tepi Jalan

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 362 hits
Alahan isteri sewaktu mengandung adalah perkara biasa terutama di awal kehamilan dan mula beransur ansur baik selepas memasuku trismeter kedua Namun ada juga sesetengan wanita yang mempunyai alahan sehingga waktu bersalin Gejala muntah peni...
Kuala Krai Lokasi Sabung Ayam Kembali Dibuka Selepas 6 Bulan Diserbu Polis

Kuala Krai Lokasi Sabung Ayam Kembali Dibuka Selepas 6 Bulan Diserbu Polis

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 478 hits
Lokasi sabung ayam kembali aktif di Kuala Krai Seramai tujuh orang lelaki dicekup sewaktu mereka sedang leka menyabung ayam di kawasan ladang kelapa sawit yang sudah diserbu polis enam bulan lalu di Kampung Pok Jelak Bedal di sini Jumaat la...
Penggemar Apam Balik Boleh Buat Sendiri Guna Resipi Mudah Ini Yang Penting Boleh Letak Banyak Jagung Kacang

Penggemar Apam Balik Boleh Buat Sendiri Guna Resipi Mudah Ini Yang Penting Boleh Letak Banyak Jagung Kacang

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 569 hits
Sesiapa yang gemar makan apam balik tu sekarang dah boleh buat sendiri Lagi rangup dan lagi sedap Yang penting boleh letak banyak jagung dan apa apa bahan yang kita suka Ayak tepung bersama baking powder soda bikarbonat dan garam 2 Pukul te...
Gelagat Serba Boleh Elly Mazlein P0tong Rambut Suami Cvri Perhatian Netizen Berpetak Jadinya

Gelagat Serba Boleh Elly Mazlein P0tong Rambut Suami Cvri Perhatian Netizen Berpetak Jadinya

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 385 hits
Penyanyi Elly Mazlein mencvri perhatian ramai apabila berkongsi video memotong rambut suaminya Mohammad Azlan di Instagram Mesin rambut di halaman rumahAda ni tengah nak potong rambut adik jap Menerusi rakaman video yang dikongsikan Elly Ma...
Janji Setia Hingga Hujung Nyawa Buat Pasangan Suami Isteri Mohon Bantuan Orang Ramai

Janji Setia Hingga Hujung Nyawa Buat Pasangan Suami Isteri Mohon Bantuan Orang Ramai

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 371 hits
Janji Setia Hingga Hujung Nyawa Buat Pasangan Suami Isteri Mohon Bantuan Orang Ramai KULAI Kemanisan dan kebahagian sepasang suami isteri dalam melayari bahtera rumah tangga sejak 12 tahun lalu bagaikan diragut apabila ketua keluarga mereka...
Suami Lengkap Dos Vaksin Boleh Teman Isteri Bersalin Perlu Jalani Ujian Covid Negatif

Suami Lengkap Dos Vaksin Boleh Teman Isteri Bersalin Perlu Jalani Ujian Covid Negatif

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 316 hits
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah mengumumkan bahawa para suami yang telah lengkap dos vaksinasi boleh menemani isteri mereka dalam bilik bersalin tidak lama lagi Berita ini disampaikan oleh KJ dalam sebuah tweet terkini sebentar ta...
Lebuh Raya Kota Bharu Kuala Krai Siap 2025

Lebuh Raya Kota Bharu Kuala Krai Siap 2025

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 133 hits
Oleh ASLANI M KOTA BHARU Penantian rakyat Kelantan sejak lebih 30 tahun lalu untuk memiliki jalan bertaraf lebuh raya kini menjadi kenyataan Projek Central Spine Road dari Bentong Pahang ke Kuala Krai Kelantan dijadualkan siap sepenuhnya pa...
Dah Boleh Lari

Dah Boleh Lari

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 305 hits
Bismillahhirahmannirrahim As Salam and greetings to dear readers Dah Boleh Lari Entry ni dah lama pending kat draft huhuuhu kisah lari jangan tak lari Mrs A bermula semula pada bulan Jun 2021 time tu tiba tiba terjebak join virtual run for ...
Jejantas Skybridge Secara Rasmi Boleh Diguna Hari Ini

Jejantas Skybridge Secara Rasmi Boleh Diguna Hari Ini

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 215 hits
Pintu masuk ke 7 iaitu pintu masuk Centre Point belum dibuka kerana pihak Centre Point sendiri semasa fasa pembinaan telah menyatakan hasrat untuk membina sendiri tangga dan laluan masuk dalam tempoh enam bulan selepas pembangunan Jejantas ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah