Kuala Krai Makan Nasi Berkuah Air Garam


Sudah 13 tahun menghuni stor barang di dalam kebun getah tanpa bekalan elektrik dan air.
Hanya berbekalkan lilin yang digunakan pada waktu malam dan air yang diangkut dari perigi kira-kira 300 meter di atas bukit, Ismail Dolah, 60, tetap cekal meneruskan hidup melewati usia tuanya bersendirian.
Menurutnya, stor itu dihuninya sejak 2008 selepas beberapa bulan menumpang rumah kakaknya di Kampung Sungai Durian di sini, sebaik kematian kedua orang tuanya.
“Saya mencari rezeki sebagai penoreh getah di sini dan majikan membenarkan saya tinggal dalam stor ini namun tiada bekalan air dan elektrik.
“Disebabkan itu, cahaya lilin sahaja menerangi gelap malam dan bekalan air pula, selain mengangkut dari perigi, saya juga menadah air hujan yang dapat digunakan untuk membasuh dan mandi,” katanya ketika ditemui di Kampung Melati, Jalan Jirat di sini, semalam.
Dia yang tidak pernah berkahwin berkata, makannya juga tidak semewah dan sekerap orang lain walaupun tinggal berseorangan kerana upah menoreh getah yang diterimanya hanyalah sekitar RM150 sahaja sebulan.
Katanya, bekalan beras setakat ini belum lagi terputus, ada masanya dia menangkap ikan di anak sungai berhampiran dan jika tiada hasil hanya makan nasi berkuah air garam.
“Kuah garam itu pun sekadar untuk memberikan rasa sahaja kerana saya tidak amalkan makan budu disebabkan ada penyakit darah tinggi dan memandangkan tinggal berseorangan di lokasi agak terpencil sebegini, saya perlu menjaga kesihatan dengan baik.
“Nasib saya agak baik kerana baru-baru ini ada individu yang tahu mengenai keadaan saya dan tampil memberikan dua unit panel solar untuk kegunaan selain menyumbangkan sedikit makanan,” katanya sambil memberitahu lokasi stor yang dihuninya pernah ditenggelami banjir besar pada 2014 yang menyebabkan dia berenang dengan bantuan pelampung keluar menyelamatkan diri.
Terdahulu, dia menerima kunjungan kumpulan aktivis masyarakat, Cempaka Merah Asnaf Society yang diwakili Che Norhayati Mohamed yang tampil bertanya khabar dan menghulurkan sumbangan zakat serta barang dapur.
Bagi yang ingin membantu Ismail boleh menghubunginya di talian 013-8070796.

The post Kuala Krai : Makan nasi berkuah air garam appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/kuala-krai-makan-nasi-berkuah-air-garam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vide0 Sudah 13 Tahun Menghuni Stor Barang Makan Nasi Berkuah Air Garam

Vide0 Sudah 13 Tahun Menghuni Stor Barang Makan Nasi Berkuah Air Garam

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 469 hits
Kuala Krai Sudah 13 tahun menghuni stor barang di dalam kebun getah tanpa bekalan elektrik dan air Hanya berbekalkan lilin yang digunakan pada waktu malam dan air yang diangkut dari perigi kira kira 300 meter di atas bukit Ismail Dolah 60 t...
Nasi Air Kelate Makan Hari Hari Tak Puas Aroma Minyak Bawang Putih Bangkitkan Selera

Nasi Air Kelate Makan Hari Hari Tak Puas Aroma Minyak Bawang Putih Bangkitkan Selera

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 525 hits
Ada yang suka nasi air atau bubur nasi Bagi anda yang suka makan menu ni boleh cuba resipi Nasi Air Kelate yang sangat sedap Buat yang biasa menikmati menu ini ketika pergi ke negeri Kelantan pasti akan tahu rasanya Memandangkan sekarang ta...
Duduk Di Atas Batu Kasal Laksamana Tni Yudo Makan Nasi Kotak Bareng Prajurit

Duduk Di Atas Batu Kasal Laksamana Tni Yudo Makan Nasi Kotak Bareng Prajurit

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 328 hits
Potret Kepala Staf TNI Angkatan Laut Laksamana Yudo Margono saat makan nasi kotak bersama dengan 523 calon prajuritnya
Jururawat Suntik 9 000 Orang Dengan Air Garam

Jururawat Suntik 9 000 Orang Dengan Air Garam

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 278 hits
KOSMO Orang ramai menunggu giliran suntikan vaksinasi mereka di pusat vaksinasi daerah di Ludwigsburg Jerman selatan pada 3 Ogos lalu AFPMUNICH Jerman Seorang jururawat yang merupakan individu antivaksin mengaku menyuntik hampir 9 000 warga...
6 Manfaat Mandi Dengan Air Garam Untuk Kesehatan Pegal Pegal Hilang

6 Manfaat Mandi Dengan Air Garam Untuk Kesehatan Pegal Pegal Hilang

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 335 hits
Coba deh mandi air hangat ditambah segenggam garam pas badan lagi capek capeknya karena aktivitas seharian
Susah Sangat Nak Makan Nasi Idea 4 Resipi Nasi Kreatif Ibu Ni Sediakan Awesome Sedap

Susah Sangat Nak Makan Nasi Idea 4 Resipi Nasi Kreatif Ibu Ni Sediakan Awesome Sedap

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 486 hits
Semakin anak membesar tidak dinafikan semakin banyak karenahnya untuk menerima satu satu jenis makanan Ada anak anak yang sudah mula memilih makanan dan menolak makan nasi Jangan kalah dengan anak sebaliknya cuba idea kreatif daripada nasi ...
Kuala Krai 34 Penghuni Madrasah Enggan Jalani Ujian Calitan

Kuala Krai 34 Penghuni Madrasah Enggan Jalani Ujian Calitan

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 366 hits
Seramai 34 penghuni sebuah madrasah di Kampung Sungai Kenerong Dabong di sini enggan menjalani ujian calitan Ujian calitan yang mahu dilakukan Pejabat Kesihatan daerah disebabkan ada kematian seorang penghuni di situ beberapa hari lalu baga...
Batik Air Mendarat Darurat Di Kualanamu Kepala Bnpb Ikut Dalam Penerbangan

Batik Air Mendarat Darurat Di Kualanamu Kepala Bnpb Ikut Dalam Penerbangan

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 300 hits
Pesawat Batik Air yang ditumpangi Kepala Badan Nasional Penanggulangan Bencana Ganip Warsito mendarat darurat di Bandar Udara Internasional Kualanamu di Deli Serdang Sumatera Utara Pendaratan yang dilakukan pada Minggu pukul 11 45 WIB itu b...
Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

Nasi Goreng Tomyam Padu Wangi Resipi Pedas Yang Buat Terus Lapar

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Beli Rak Letak Pokok Bertingkat Online

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Penonjolan Di Media Sosial

Wefluence Marketplace Ugc Berbasis Performa

Get The Best Experience While Playing Hoki22 Login Online Slots

Mtv Tamat Operasi Selepas 40 Tahun Berakhir Satu Era

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Kenapa Perempuan Selalu Overthinking