Kronologi Pergelutan Maut Anggota Polis Dengan Rayshard Brooks Akhirnya Mati Ditembak


Seorang lelaki berkulit hitam maut ditembak polis dalam satu adegan kejar mengejar di Atlanta, Amerika Syarikat.
Rayshard Brooks, 27 ditembak dua kali dari belakang oleh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri dalam satu kejadian di sebuah restoran makanan segera di sini.
Pada 12 Jun lalu, dua anggota polis telah menemui Rayshard sedang terlelap di dalam kereta di laluan pandu lalu restoran berkenaan selepas menerima panggilan staf di sana.
Berdasarkan rakaman kamera pada badan polis, kedua-dua anggota, Devin Brosnan dan Garrett Rolfe mengejutkan Rayshard yang dipercayai mabuk sebanyak dua kali, mengarahkannya agar beredar dari laluan berkenaan.
Mereka kemudiannya sempat menyoal siasat Rayshard yang dipercayai telah memandu bawah pengaruh alkohol.
Rayshard memberi kerjasama yang baik termasuk menjalani ujian alkohol sehinggalah salah seorang daripada anggota polis mengambil keputusan untuk menggarinya atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk.
Dia dikatakan cuba melawan dan melarikan diri, menyebabkan berlakunya pergelutan antara mereka. Rayshard kemudiannya merampas senjata renjat (taser) salah seorang daripada polis sebelum melarikan diri.
Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, Rayshard sempat berpaling dan menembak taser ke arah salah seorang anggota polis yang mengejarnya.
Rolfe kemudiannya mengeluarkan senjata api dan didakwa menembak Rayshard sebanyak dua kali hingga menyebabkan kematian.
Hasil bedah siasat mendapati Rayshard maut akibat kecederaan tembakan pada belakang badannya.
Susulan kejadian itu, Rolfe digantung tugas dan kini menghadapi dakwaan membunuh dengan niat.
Kredit: Daily Mail Kredit: Daily Mail Pakar berbelah bahagi Seorang syerif di Georgia, Alfonzo Williams menganggap tindakan Rolfe sebagai wajar dan mempunyai alasan yang kuat.
“Kita dapat lihat di dalam video, Rayshard bergelut dengan anggota polis. Dia mengambil senjata yang tidak membunuh, taser dari salah seorang anggota dan melarikan diri.
“Dia berpaling kepada anggota polis dan menembak taser berkenaan,” kata syerif berkulit hitam berkenaan.
Baginya, penggunaan taser adalah amat berbahaya kerana ia boleh melumpuhkan anggota selama beberapa saat, memungkinkan Rayshard mencuri senjata api pihak polis dan mencederakannya dengan serius.
“Jika seorang anggota ditembak taser, semua ototnya akan tersentak dan dia tidak mampu bergerak atau memberi respon. Ini merupakan tembakan yang bersebab,” katanya.
Dah dapat kereta dan lesen, tak patut tembak Walaubagaimanapun, penganalisa undang-undang menyifatkan tindakan itu sebagai tidak tepat.
“Anda tahu dia tidak mempunyai senjata api atau apa-apa senjata yang membunuh,” kata Charles Ramsey yang merupakan bekas pesuruhjaya polis Philadelphia.
Setelah Rayshard merampas taser salah seorang anggota dan menembaknya, amat mustahil untuknya menembak buat kali kedua, kata Charles.
“Sekali anda tembak taser, ia perlu dikitar semula sebelum boleh diguna lagi,” katanya.
Tambah Charles, daripada menembak Rayshard, Rolfe sepatutnya mengejar dan memanggil pasukan sokongan. Dia tahu kereta Brooke masih berada di ruangan parkir restoran tersebut, ujarnya.
“Anda dah dapat kereta. Dah minta lesen pemandu. Anda dah tahu siapa dia. Jadi walaupun anda tak dapat menangkapnya sekarang, anda boleh menangkapnya nanti,” kata Charles.
Sumber: Daily Mail, CNN
The post Kronologi Pergelutan Maut Anggota Polis Dengan Rayshard Brooks, Akhirnya Mati Ditembak appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/06/17/kronologi-pergelutan-maut-anggota-polis-dengan-rayshard-brooks-akhirnya-mati-ditembak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anggota Polis Dan Isteri Antara 6 Maut Dalam Nahas 3 Kenderaan

Anggota Polis Dan Isteri Antara 6 Maut Dalam Nahas 3 Kenderaan

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 446 hits
LAHAD DATU Anggota polis dan isteri antara 6 yang maut dalam kemalangan membabitkan 3 kenderaan di Jalan Tungku berhampiran Kampung Membantu dekat sini hari ini Ketua Polis Daerah Lahad Datu Nasri Mansor berkata nahas pada 8 30 pagi itu mem...
Perompak Berusia 19 Tahun Mati Ditembak Pengawal Keselamatan Bank

Perompak Berusia 19 Tahun Mati Ditembak Pengawal Keselamatan Bank

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 382 hits
KOTA TINGGI Kesakitan lutut yang dialami seorang ibu membolehkan pengawal keselamatan mencuri peluang lalu menembak mati seorang lelaki yang cuba menyamun sebuah bank dan menjadikan anaknya tebusan dalam kejadian di Felda Ayer Tawar 5 petan...
Dia Kata Hanya Perlukan Rm20 Ribu Mangsa Tebusan Dedah Tuntutan Penyamun 19 Tahun Ditembak Mati

Dia Kata Hanya Perlukan Rm20 Ribu Mangsa Tebusan Dedah Tuntutan Penyamun 19 Tahun Ditembak Mati

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 830 hits
Kota Tinggi Kesakitan lutut yang dialami seorang ibu membolehkan pengawal keselamatan mencuri peluang lalu menembak mati seorang lelaki yang cuba menyamun sebuah bank dan menjadikan anaknya tebusan dalam satu kejadian di Felda Ayer Tawar 5 ...
Remaja 19 Tahun Mati Ditembak Ketika Cuba Rompak Bank

Remaja 19 Tahun Mati Ditembak Ketika Cuba Rompak Bank

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 1434 hits
Seorang lelaki mati ditembak pengawal keselamatan ketika cuba menyamun sebuah bank serta menahan seorang pelanggan sebagai tebusan di Felda Ayer Tawar 5 Kota Tinggi hari ini Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor SAC Md Yusof Ahmad berkata da...
Sempat Acu Sabit Di Leher Tebusan Perompak Maybank Usia 19 Tahun Mati Ditembak

Sempat Acu Sabit Di Leher Tebusan Perompak Maybank Usia 19 Tahun Mati Ditembak

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 1019 hits
Hari ini suasana di Maybank Air Tawar 5 Kota Tinggi bertukar cemas selepas berlaku kejadian rompakan dengan senjata melibatkan tebusan seorang wanita Menurut saksi Nurul Izzati Kamali 23 pada waktu itu kawasan deretan kedai tenang dan tidak...
Perkauman Di As Satu Lagi Kulit Hitam Ditembak Mati

Perkauman Di As Satu Lagi Kulit Hitam Ditembak Mati

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 529 hits
Seorang penunjuk perasaan ditahan polis selepas berpuluh berarak membantah kematian Rayshard Brooks di jambatan di Atlanta Georgia yang dihadang polis Foto AFPKematian seorang lagi lelaki kulit hitam tingkat kemarahanWASHINGTON Satu lagi ke...
9 Bulan Terpisah Polis Buat Surprise Dekat Mak Akhirnya Air Mata Berjuraian Saling Berpelukan

9 Bulan Terpisah Polis Buat Surprise Dekat Mak Akhirnya Air Mata Berjuraian Saling Berpelukan

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 494 hits
Emak adalah manusia pertama yang kita lihat sejurus dilahirkan ke dunia ini Pertalian kasih sayang antara kita dan insan tercinta itu ibarat nyawa yang tidak boleh terpisah dari badan sentiasa perlu bersama sepanjang hayat Apabila sampai sa...
Video Angkara Covid 19 Anggota Polis Terpaksa Nikah Online Sendirian Dalam Wad

Video Angkara Covid 19 Anggota Polis Terpaksa Nikah Online Sendirian Dalam Wad

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 418 hits
Negara masih belum pulih sepenuhnya dari wabak Covid 19 walaupun kita sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan Walaupun banyak peraturan telah dilonggarkan termasuk urusan nikah dan kahwin para pengantin dinasihatkan mengikut
A Soft Wrap With Substance Why Fitbakes Is Gaining Fans Beyond Keto

Takut Kena Tindakan Dua Selebriti Cepat Cepat Perbaharui Cukai Jalan

Data Analytics For Business Decisions

Anna Jobling Dan Ibu Gaduh Besar Tergamak Buat Perintah Injuksi Kalau Masuk Penjara Saya Reda

Wanita Mengaku Tak Salah Langgar Cuba Bunuh Anggota Polis

Anggota Tentera Maut Dipercayai Dibelasah 20 Senior

Resepi White Macadamia Cake

Printing Kotak Packaging Custom Pilihan Terbaik Untuk Bisnes Kecil Sederhana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cristiano Ronaldo Akhirnya Lamar Georgina Rodriguez

Ibu Hamil Bersalin Tepi Jalan Orang Awam Datang Bantu Buat Ramai Terharu

The World Must Unite And Beat Trump At His Own Game

Stronger Measures Being Taken To Deal With Digital Misconduct Among Students Fadhlina Tells Parliament

Siti Kasim Wants Zahid To Impose Gag Order On Gollum Akmal Before He Shames The Malays Further

Ideas Beef Recipes Pioneer Woman