Kritikan Zaid Pada Ph Bukan Berunsur Peribadi


Yasmin Ramlan 
   
Penganalisis politik melihat kenyataan Zaid Ibrahim yang berunsur sindiran terhadap kerajaan PH sejak akhir-akhir adalah kerana sikap bekas menteri undang-undang itu yang suka berterus-terang.

Bagaimanapun, Menurut Prof Jeniri Amir dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), dalam melontarkan kenyataan seperti itu, Zaid sering bersikap seolah-olah pandangannya sendiri saja yang betul.

“Zaid yang kita kenali seorang yang suka berterus-terang, tak mempunyai agenda peribadi atau agenda lain, selain daripada untuk melihat PH itu berada di landasan yang betul.

“Kemungkinan ada rasa kekecewaan dan merajuk. Siapa yang tidak dikritik oleh Zaid? Semua orang dia kritik, bukan? Dia tak peduli.

“Tapi masalahnya, Zaid ini, dia rasa dia saja yang betul dan sehingga mencetuskan banyak musuh baik di dalam parti atau luar parti,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Jeniri berkata demikian ketika ditanya sama ada pandangan Zaid terhadap PH itu adalah disebabkan tidak diberikan peluang untuk memegang sebarang jawatan.

Semalam, Zaid meluahkan keraguannya terhadap kenyataan bekas pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Daim Zainuddin sebelum ini yang mengatakan bahawa PH memerlukan masa enam bulan lagi untuk memulihkan semula negara.
Dalam kenyataan di Twitter, Zaid berkata tempoh tersebut mustahil untuk memenuhi manifesto PH, sebaliknya hanya akan menyebabkan lebih banyak aset negara yang terjual.

Mengulas perkara itu, Jeniri menganggap pandangan Zaid tidak berunsur peribadi, sebaliknya merupakan "persepsi rakyat" terhadap prestasi PH selama mentadbir kerajaan pusat.

“Jadi, pandangan dan kritikan beliau (Zaid) itu saya percaya mempunyai justifikasi dan asas yang kukuh.

“Sama seperti juga pandangan dan persepsi rakyat pada keseluruhannya yang melihat PH tidak begitu berupaya menerajui kepimpinan negara ke arah landasan yang betul,” kata Jeniri.

PH dikelilingi menteri lemah

Jeniri turut bersetuju dengan pendapat Zaid berhubung tempoh enam untuk PH menunaikan manifesto.

Menyifatkan sasaran tersebut sebagai satu cita-cita yang tinggi, Jeniri berkata, PH sebaliknya perlu memberikan fokus cara untuk menyelesaikan beban rakyat terutamanya dari isu seperti kos sara hidup dan peluang pekerjaan.

“Mereka (PH) telah mencuba sedaya-upaya tapi mereka seolah-olah hilang arah disebabkan oleh kepimpinan kabinet dan menteri yang tidak berpengalaman yang mendalam.

“Tetapi pada masa sama mereka keluarkan kenyataan-kenyataan yang kontroversi, sehingga menyebabkan mereka dalam kancah masalah yang besar,” katanya.

Sebelum ini, Pengarah Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan berkata, tidak banyak syarikat ingin menambah pekerja kerana faktor ekonomi yang tidak memberangsangkan membuatkan mereka menjimatkan kos operasi.
Sementara itu, Prof Kartini Aboo Talib dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata PH boleh menunaikan manifesto dalam dalam tempoh berkenaan jika menumpukan pada kerja masing-masing dan bukannya "menjenamakan semula" perkara yang sudah diwujudkan pada era pentadbiran BN.

Kartini merujuk kepada program Permata Negara (Permata) yang dijenamakan semula dengan nama baru, Genius.

“Saya kira Zaid juga sama seperti kebanyakan majoriti rakyat yang tidak berpuas hati dengan prestasi PH yang belum menampakkan keupayaan untuk memacu pembangunan, mencipta peluang pekerjaan dan menunaikan janji-janji manifesto.

“Saya kira semua rakyat merasakan perubahan yang dijanjikan oleh PH, kni satu yang mustahil.

“Pretasi PH lemah dan belum berupaya membuktikan kekuatan, yang ada adalah kekalutan, kurang kerjasama pada permuafakatan dalam gabungan PH,” katanya.

PH sedang lakukan proses pemulihan
 
Bagaimanapun, Prof Mohd Azizuddin Mohd Sani dari Univerisiti Utara Malaysia (UUM) menyatakan pandangan yang berbeza dengan Jeniri dan Kartini.

Mohd Azizuddin menyifatkan Zaid sebagai golongan yang kecewa merasakan tempoh enam bulan itu cukup untuk memulihkan ekonomi negara.
“Daim lebih bercakap pasal pemulihan ekonomi. PH sedang berusaha tunaikan manifesto. Apa yang mereka buat kerana prihatin pada rakyat.

“Sekarang ini (negara) dalam proses pemulihan. Dalam setahun, dua akan datang akan banyak lagi agenda peduli rakyat yang akan dilaksanakan. Kalau tidak, PH akan hadapi masalah,” katanya.

Dia menjelaskan, agenda pembaharuan dan pemulihan berbeza dari segi tempoh pelaksanaan.

Proses pemulihan, kata Mohd Azizuddin, mampu dilakukan dalam masa enam bulan, sementara agenda pembaharuan memerlukan sekurang-kurangnya tiga tahun.

“Contohnya, electoral reforms (pembaharuan sistem pilihan raya) ada banyak. Ada boleh laksanakan segera dan ada yang perlukan beberapa tahun untuk dilaksanakan selepas kajian mendalam dilakukan,” katanya.

Mohd Azizuddin bagaimanapun menggesa PH menyelesaikan isu-isu kos hidup agar tidak hilang sokongan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/kritikan-zaid-pada-ph-bukan-berunsur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jutawan Misteri Mahu Mengadakan Battle Royale Sebenar Di Pulau Peribadi

Jutawan Misteri Mahu Mengadakan Battle Royale Sebenar Di Pulau Peribadi

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 399 hits
Dengan kegilaan permainan video battle royale seperti PUBG Fortnite dan Apex Legends pada ketika ini nampaknya ada seorang jutawan mahu jayakan acara ini di dunia sebenar Dalam satu permintaan di laman Hush Hush seorang individu sedang menc...
Koleksi Pistol Peribadi

Koleksi Pistol Peribadi

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 505 hits
Hahaha Okey aku terhibur bila ternampak ustaz aku up status whatsapp pasal ni Tapi betullah kan dulu dulu memang ni jerlaa pistol kita Hehe Pistol mainan bukanlah sesuatu yang mudah nak dapat Tambah tambah lagi kalau duduk kampung macam aku...
Wow Sesuatu Yang Peribadi Kejutan Ibu Hamil Buat Ramai Sebak Nenek Sapu Air Mata Persoalannya Terjawab

Wow Sesuatu Yang Peribadi Kejutan Ibu Hamil Buat Ramai Sebak Nenek Sapu Air Mata Persoalannya Terjawab

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 653 hits
Sesuatu yang peribadi Kejutan ibu hamil buat ramai sebak nenek sapu air mata persoalannya terjawab Wan Nabila Sarah dan suaminya sebenarnya merancang untuk tidak memiliki cahaya mata dalam masa terdekat Foto ihsan Wan Nabila Sarah SEBAK dan...
Bnm Serbu Cawangan Ambank Untuk Dapatkan Maklumat Akaun Bank Peribadi Najib

Bnm Serbu Cawangan Ambank Untuk Dapatkan Maklumat Akaun Bank Peribadi Najib

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 441 hits
BANK Negara Malaysia telah menyerbu sebuah cawangan AmBank dalam tahun 2015 untuk mendapatkan butiran akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak dedah seorang pegawai dari bank pusat itu hari ini di mahkamah push Serbuan itu dilakukan sebel...
Kemenangan Tok Mat Adalah Koleksi Kemenangan Peribadi

Kemenangan Tok Mat Adalah Koleksi Kemenangan Peribadi

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 463 hits
KEMENANGAN yang tidak membawa apa anjakan Kalau ADA pun IA sekadar menengelamkan lagi harapan Anwar SEBAGAI PM Tidak mengubah atau menambah jumlah kerusi DUN Tidak menggugurkan pun tuduhan ke atas Najib Tidak menggambarkan umno sudah pulih ...
Usul Yang Seakan Punya Agenda Peribadi Tersembunyi

Usul Yang Seakan Punya Agenda Peribadi Tersembunyi

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 206 hits
KUALA LUMPUR 11 April Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membidas usul yang mahu menghadapkan Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Menurut beliau sehari sebelum pembentangan Kert...
Jadilah Peribadi Yang Ketika Di Lukai Tidak Rapuh Dan Ketika Di Sanjungi Tidak Angkuh 9337

Jadilah Peribadi Yang Ketika Di Lukai Tidak Rapuh Dan Ketika Di Sanjungi Tidak Angkuh 9337

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 326 hits
Banyak Orang Tahajud Jarang Meminta 4 Hal Ini oleh Ustadz Adi Hidayatby SHALAT tahajud adalah shalat sunnah yang dikerjakan di malam hari setelah seseorang bangun dari tidur Ibadah ini termasuk sunnah mu akad yaitu sunnah yang dikuatkan den...
Saksi Dana Rm400 000 Najib Untuk Kebajikan Bukan Peribadi

Saksi Dana Rm400 000 Najib Untuk Kebajikan Bukan Peribadi

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 298 hits
Seorang daripada empat pemegang amanah Rumah Penyayang Tun Abdul Razak di Pekan Pahang hari ini memaklumkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa cek bernilai RM400 000 yang diterima oleh organisasi itu pada 2015 daripada bekas perdana menter...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand