Kritik Sosial Dalam Lagu Rakyat


Lagu Rakyat adalah lagu yang telah lama dikenali ramai dan popular di sesuatu tempat atau negeri. Lagu-lagu ini  diwarisi dari generasi terdahulu dan tidak diketahui siapakah pencipta asal.  Semua bangsa di dunia mempunyai lagu rakyat atau folk song masing-masing. Lagu-lagu itu menceritakan dan merakam sejarah dan mencerminkan budaya masyarakat tersebut. Ada lagu rakyat yang menjadi terkenal kerana dirakam semula oleh penyanyi-penyanyi popular dan diberi sentuhan dan gubahan muzik kontemporari.
            Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan pelbagai irama dan lagu yang diwarisi secara turun temurun. Menurut Zainal Kling (1999), muzik dan  lagu menjadi bahagian daripada budaya dan sistem sosial masyarakat. Sama ada penghasilan mahupun persembahannya, muzik tetap merupakan sebahagian daripada perlakuan anggota masyarakat.
  Zubir Ali dalam seminar yang dianjurkan oleh bahagian Kesusasteraan Tradisional menyatakan ciri-ciri lagu rakyat semasa adalah seperti berikut :
1.    Lagu diterima secara evolusi oleh sesuatu kelompok masyarakat atau rakyat kerana terdapat kesinambungan budaya daripada lagu rakyat tradisional.
2.    Liriknya menyuarakan rasa bersama dan pandangan dunia sesuatu kumpulan.
3.    Irama dan melodinya berunsur santai dan mudah untuk dinyanyikan.
4.    Sesuai untuk dinyanyikan dalam banyak suasana rakyat, membina perpaduan, membina ciri-ciri murni dan perkembangan jiwa rakyat.

              Menurut Rahmah Bujang (1999), lagu rakyat masyarakat Melayu adalah lagu-lagu atau  nyanyian yang berasal dari sesuatu kawasan dalam Alam Melayu tidak kira kawasan itu terletak di negara Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei hatta di mana-mana pelusuk pulau terpencil di Nusantara sekalipun, dan merupakan lagu-lagu yang amat popular di kawasan tersebut. Biasanya lagu rakyat menceritakan perihal masyarakat, alam, haiwan, tumbuh-tumbuhan ataupun senario semasa di kawasan tersebut.
 Lagu rakyat juga menjadi kebanggaan masyarakat sejak terun-temurun kerana mengandungi pelbagai falsafah dan pemikiran Melayu yang unggul yang menjadi teras pembentukan identiti Melayu.
Menurut Aripin Said (1999), lagu rakyat juga dikenali sebagai nyanyian rakyat. Nyanyian rakyat merupakan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh masyarakat tradisional masa lalu yang rata-ratanya bukan sekadar untuk  menghibur, tetapi untuk lebih daripada itu adalah untuk mendidik masyarakat. Beliau juga menyatakan bahawa, pada masa lalu, penyanyi lagu-lagu rakyat atau penyampai lagu-lagu ini juga terdiri daripada penglipur lara yang turut terkenal sebagai penyampai cerita-cerita rakyat.
Lagu rakyat dihasilkan atau dicipta secara spontan oleh golongan masyarakat yang tinggal di desa-desa, perkampungan atau kawasan pedalaman. Ia dikembangkan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain dalam bentuk lisan. Lagu rakyat dapat diertikan sebagai gabungan gubahan muzik berdasarkan seni katanya dan diiringi dengan persembahan gerak tari tertentu. Lirik yang digunakan biasanya dalam bahasa dialek mengikut loghat tempat masing-masing. Irama lagu rakyat amat unik kerana mempunyai kaitan dengan budaya dan alam sekeliling. Lirik lagu rakyat seringkali berbentuk pantun,  seloka,  syair, gurindam, bahasa berirama serta bentuk-bentuk bebas yang lain.
Menurut Harun Mat Piah untuk kebanyakan lagu , irama, seni kata, dan gubahan tidak disusun secara sedar tetapi lebih berupa spontan, sesuai dengan matlamat dan fungsinya. Fungsi lagu rakyat yang utama adalah sebagai alat untuk menghiburkan masyarakat pada waktu tidak ada hiburan lain. Oleh hal demikian, dendangan lagu-lagu rakyat ini dijadikan sebagai alat untuk menghilangkan kepenatan setelah seharian bekerja.
Secara umum masyarakat Malaysia mengenali beberapa kelompok lagu rakyat.
1.    Lagu yang dinyanyikan oleh ibu semasa mendodoi atau mengasuh anak-anak (bayi), misalnya Pok Amai-amai, Dodoi anak, Burung kenek-kenek..
2.    Lagu yang dinyanyikan dalam permainan kanak-kanak, misalnya lagu Nenek si Bongkok Tiga, Bang Selabu. Dengan itu ia menjadi pencetus silaturrahim dan media sosialisasi.
3.    Lagu yang dinyanyikan beramai-ramai di dalam majlis dan keramaian seperti lagu Chan Mali Chan, Injit-injit semut,  Rasa Sayang, Bangau oh Bangau, Lompat si katak lompat dan lain-lain. Ada lagu2 seperti Geylang si Paku Geylang dinyanyi dalam majlis2 keramaian misalnya untuk perpisahan diselang seli dengan pantun-pantun contoh:
kalau ada sumur di ladang
boleh kita menumpang mandi
kalau ada umur panjang
boleh kita jumpa lagi.


4.    Lagu yang dinyanyikan dalam kesenian atau permainan rakyat dan diangkat menjadi identiti negeri-negeri di Malaysia. Lagu-lagu ini dinyanyikan dalam loghat negeri masing-masing dan diangkat menjadi identiti negeri tersebut. Ini termasuklah  Canggung di Perlis, Dikir Barat di Kelantan, Ulit Mayang dan Rodat di Terengganu, Boria di Pulau Pinang, Bongai di Negeri Sembilan. Rodat di Terengganu, dan lain-lain.

Lagu rakyat mempunyai peranan penting dalam masyarakat. Lagu ini dapat membawa mesej, pengajaran dan pendidikan yang mampu  membentuk minda bangsa.
Satu aspek yang menarik dalam lagu rakyat ialah elemen kritik sosial yang disampaikan dalam sindiran. Ia menjadi saluran nasihat kepada kanak-kanak burung kenek-kenek.
Burung kenek-kenek
Hinggap di atas dahan
Pesan datuk nenek
Jangan lupa pada Tuhan

Burung kenek-kenek
Hinggap di atas bumbung
Pesan datuk nenek
Jangan berlaku sombong

Salah satu lagu yang mengandungi kritik sosial ialah  Dikir Barat. 
Dikir Barat sememangnya sudah terkenal dalam kalangan masyarakat, bukan sahaja masyarakat di Pantai Timur Semananjung, malah di seluruh negara.
Menurut Rahmah Bujang (2003) dikir ialah satu kaedah bernyanyi, biasanya dalam kumpulan. Terdapat beberapa jenis dikir mengikut rentak dan lagunya, seperti dikir rebana, dikir maulud, dan dikir berendoi. Manakala Dikir Barat pula merupakan satu bentuk seni permainan rakyat di kalangan kaum lelaki yang terdapat di Kelantan. Dikir Barat dimainkan melalui peralatan muzik, nyanyian, dan gerak aksi yang diadunkan sebagai gubahan untuk bertukar-tukar sindiran berkenaan isu-isu sosial semasa. Di dalam persembahan Dikir Barat, satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas - balas pantun dan diikuti oleh awok - awok sebagai suara latar.
Di samping menjadi sumber hiburan, dikir barat juga adalah lagu rakyat yang  menjadi saluran menyampaikan kritik sosial dan mengecam salah laku anggota masyarakat. Kritik ini tidak disampaikan dengan terus terang tetapi melalui lirik yang berupa sindiran. Satu elemen menarik ialah penggunaan unsur haiwan untuk melambangkan pelbagai  sikap dan perangai manusia.
Penggunaan haiwan dalam lirik dikir barat antaranya boleh dilihat di dalam lirik ciptaan dan nyanyian Cikgu Naim seorang pendikir yang terkenal. Antara haiwan yang muncul dalam dikir barat ialah cicak, itik buaya, burung, tikus, lembu, nyamuk, lintah dan penyu. Kegunaannya selaras dengan pandangan masyarakat tentang haiwan-haiwan tersebut.

CICAK
            Yang sering diperkatakan tentang cicak ialah kebolehannya memasuki semua bangunan, memanjat dinding yang tegak dan licin walaupun cermin, dan amalan bertelur merata-rata. Hal ini dijadikan perbandingan kepada sifat manusia yang licik dan meninggalkan kesan kekotoran di merata tempat. Cicak yang berada di pelbagai bangunan seperti rumah, sekolah dan masjid dijadikan sindiran kepada kelicikan manusia memasuki pelbagai lapangan.



Dale pioh dale songkok
Celah buku celah kitab
Nak telor dan nak berak
Dia tak pilih tempat

Cicok nampak baik
Takdok budi bahasa
Naik atas masjid
Puak cicak berak rata

Cicok nampak baik
Takdok budi bahasa
Naik atas masjid
Puak cicak berak rata
Tok imam tak cekak kutip
Hari ni sapu esok ada
Ore smaye ore ngatik
Pun cicok berok atah palo


Gambaran yang disampaikan agak lucu. Pendengar mungkin ketawa membayangkan keadaan surau dan kopiah yang dicemari oleh tahi cicak. Di sebalik itu ia  adalah analogi yang tepat bagi menggambarkan golongan remaja atau anak muda yang tidak memberi faedah kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Generasi muda membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah, tidak mempunyai akhlak dan tidak berdisiplin. Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan, namun perkara atau masalah seperti ini agar sukar untuk dibanteras. Kritik ini disampaikan melalui rangkap di bawah:
Cicak zaman moden
Suka bergaul bebas
Jalan hulu hilir
Dok main sepak kertas

Perangai pulak degil
Jalan nampak agah
Sekolah dia ponteng
Cikgu tak cekak pitah

Ayah takleh tegur
Ibu takleh lare
Perut nya wat lesung
Telinga badak perut payang

Dia tak pikir lasung
Jatuh bangun masa depan
Tokse cede payung
Sebelum turun hujan

Selain itu, lagu ini turut memberi nasihat kepada pelajar agar sentiasa berdisiplin. Seperti yang sedia maklum, disiplin pelajar di kebanyakkan sekolah amat teruk. Antara masalah disiplin yang selalu timbul di sekolah adalah seperti ponteng, buli, tidak membuat kerja sekolah, datang lewat dan lain-lain.  Dalam lagu ini turut diselitkan peribahasa sediakan payung sebelum hujan. Hal ini bermaksud, generasi muda haruslah mempersiapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan kesungguhan untuk memajukan diri mereka agar tidak ketinggalan zaman dan menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat.
Lagu ini amat sesuai untuk membina masyarakat dan anak muda yang lebih cemerlang tidak kira dari segi keduniaan mahupun akhirat. Keseimbangan ilmu agama dan ilmu akhirat amat penting untuk masyarakat meneruskan kehidupan mereka.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://zurinahhassan.blogspot.com/2020/04/mengenal-lagu-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Time Kritikal Camni Pun Ajak Rakyat Main Tiktok Netizen Kritik Menteri Pendidikan Tinggi Anjur Pertandingan Tiktok

Time Kritikal Camni Pun Ajak Rakyat Main Tiktok Netizen Kritik Menteri Pendidikan Tinggi Anjur Pertandingan Tiktok

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 465 hits
8 April 2020 Menteri Pengajian Tinggi Dato Dr Noraini Ahmad mengumumkan pertandingan TikTok melalui Twitternya bagi rakyat Malaysia yang menawarkan hadiah menarik Time kritikal camni pun ajak rakyat main TikTok Netizen kritik Menteri Pendid...
Nantang Ni Kerja Dia Nak Kritik Aje Nak Api Rakyat Aje Bodoh Dok Tepat

Nantang Ni Kerja Dia Nak Kritik Aje Nak Api Rakyat Aje Bodoh Dok Tepat

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 245 hits
Pakej rangsangan hanya berkesan bantu rakyat 2 bulan kata PH PETALING JAYA Pakatan Harapan mengalu alukan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM250 bilion untuk menangani impak Covid 19 tetapi inisiatif yang diumumkan pada Jumaat hanya dapat ...
Kepimpinan Muhyiddin Semasa Krisis Covid 19 Raih Sokongan Rakyat Kata Penganalisis

Kepimpinan Muhyiddin Semasa Krisis Covid 19 Raih Sokongan Rakyat Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 321 hits
March 29 2020 12 38 PMPenganalisis berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menunjukkan kepimpinan yang baik dalam mengendalikan krisis Covid 19 PETALING JAYA Seorang penganalisis politik percaya cara Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengur...
Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat

Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 263 hits
Pada 27 Mac lalu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT bertujuan untuk LINDUNGI RAKYAT SOKONGAN PERNIAGAAN dan KUKUHKAN EKONOMI Berikut adalah infografik senarai pengumuman pakej bantuan sempena COVID...
Dakwa Situasi Covid 19 Teruk Rakyat Malaysia Serang Ahli Politik Taiwan

Dakwa Situasi Covid 19 Teruk Rakyat Malaysia Serang Ahli Politik Taiwan

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 358 hits
Gara gara memfitnah Malaysia dalam menangani wabak koronavirus baharu ahli politik Taiwan Li Zheng Hao menerima serangan bertali arus daripada rakyat Malaysia Menariknya kecaman di laman rasmi Facebook Zheng Hao itu termasuk daripada rakyat...
Apa Kena Mengena Makcik Kiah Pakej Rangsangan Ekonomi Negara Prihatin Rakyat

Apa Kena Mengena Makcik Kiah Pakej Rangsangan Ekonomi Negara Prihatin Rakyat

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 360 hits
Apa Kena Mengena Makcik Kiah Pakej Rangsangan Ekonomi Negara Prihatin Rakyat Assalamu alaikum Semenjak Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan
Lepas Beratus Bilion Harta Petronas Ph Jarah Sekarang Nak Mainkan Watak Hero Rakyat

Lepas Beratus Bilion Harta Petronas Ph Jarah Sekarang Nak Mainkan Watak Hero Rakyat

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 396 hits
Rakyat perlu didahulukan dalam malapetaka Covid 19 dengan mendapatkan segala sumber kewangan yang boleh Memang betul kerajaan yang baik ialah kerajaan yang mengutamakan rakyat dan tujuan ahli politik berpolitik ialah untuk membantu rakyat d...
Penuhi Permintaan Rakyat Malaysia Gardenia Tingkatkan Pengeluaran 2 2 Juta Roti Sehari

Penuhi Permintaan Rakyat Malaysia Gardenia Tingkatkan Pengeluaran 2 2 Juta Roti Sehari

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 526 hits
SHAH ALAM Gardenia Bakeries Sdn Bhd telah meningkatkan pengeluarannya ke tahap 2 2 juta buku roti sehari menerusi lima buah kilangnya yang beroperasi selama 24 jam Pengurus Besar Kanannya Desmond Tan berkata pengeluaran berkenaan merupakan ...
Rakyat Selangor Berdoa Henti Covid 19 30 Mac Dan 2 April

Rakyat Selangor Berdoa Henti Covid 19 30 Mac Dan 2 April

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 373 hits
SHAH ALAM 28 MAC Umat Islam di seluruh negeri ini diajak menyertai Rakyat Selangor Berdoa pada 30 Mac dan 2 April depan bagi memohon Allah mengangkat musibah wabak Covid 19 Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor berkata penganjurannya dibuat...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut