Krismas Ini Senarai Lokasi Kamera Awas Sepanjang Lebuhraya Plus
Krismas: Senarai Lokasi Kamera AwAs Sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
Menjelang musim perayaan, sudah tentunya jumlah kenderaan di lebuh raya semakin meningkat memandangkan orang ramai ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
Bersempena dengan Sambutan Hari Krismas pada 25 Disember (esok), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan sebanyak 2.6 juta kenderaan sehari yang akan menggunakan lebuh raya utama pada hari-hari puncak.
Keadaan ini sudah tentunya akan meningkatkan potensi berlakunya kemalangan jalan raya, khususnya di kawasan berbukit dan berisiko.
Sehubungan itu, dengan adanya Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) bagi memantau trafik sepanjang lebuh raya.
Kamera AwAS berfungsi sebagai alat pengesan khas serta kamera (gambar dan video) bagi memastikan pematuhan undang-undang lalu lintas.
SK hari ini akan menggunakan berkongsi senarai kamera awAS di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di bawah menerusi perkongsian Kementerian Kerja Raya Malaysia.
Senara Kamera AwAs di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
Menurut Kementerian Kerja Raya Malaysia, terdapat 17 lokasi kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) berada di sepanjang lebuh raya berkenaan, bagi pemantuan trafik sepanjang Krismas.
10 daripada 17 kamera awAS ini diletakkan sepanjang lebuhraya itu menghala arah Utara dan selebihnya di pasang menghala arah Selatan.
Menghala Arah Utara
1. KM 1 Johor Bahru
2. KM 151.4 Pagoh
3. KM 184.2 Jasin
4. KM 214.4 Alor Gajah
5. KM 301.6 Kajang
6. KM 375.9 Slim River
7. KM 299.9 Kampar
8. KM 204.6 Taiping
9. KM 174 Bandar Baharu
10. Kilometer (KM) 97.2 Kuala Muda
Menghala Arah Selatan
1. KM 96.3 Kuala Muda
2. KM 166 Seberang Perai Selatan
3. KM 328.8 Behrang
4. KM 214.4 Alor Gajah
5. KM 185 Bemban
6. KM 146.8 Pagoh
7. KM 1 Johor Bahru
Apa itu AwAs?
Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) merupakan salah satu penambahbaikan bagi menggantikan kamera AES, yang jauh lebih canggih dan berfungsi dengan baik.
Seperti sedia maklum, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyatakan bahawa kamera AwAS ini menggunakan teknologi Automated Number Plate Recognition (ANPR) bagi memastikan kamera beroperasi dengan lebih baik.
Secara tidak langsung, ia dapat memastikan penguatkuasaan melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju dan gagal mematuhi lampu isyarat berdasarkan peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), selaras usaha mengurangkan statistik kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya.
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1306696931496512&id=100064686520076&post_id=100064686520076_1306696931496512&rdid=0GknCSDWSta3DaUy#
Sumber: Kementerian Kerja Raya Malaysia
The post Krismas: Ini Senarai Lokasi Kamera AwAs Sepanjang Lebuhraya PLUS appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/24/krismas-ini-senarai-lokasi-kamera-awas-sepanjang-lebuhraya-plus/