Krisis Umno Dijangka Berterusan



Krisis UMNO dijangka berterusan. Tindakan 31 ahli Parlimen daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan dan kekal dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) boleh menyebabkan berlakunya perpecahan kepada parti tersebut.
Penganalisis politik, Profesor Dr Wong Chin Huat berkata, perpecahan itu akan berlaku dalam kalangan pimpinan tertinggi parti yang dijangka berterusan sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Beliau berkata, sekiranya ahli Parlimen UMNO tersebut dipecat daripada parti, mereka mempunyai pilihan untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang sudah tentu akan membuka pintu menerima kehadiran mereka.
“Namun begitu perpecahan tidak berlaku sekiranya salah satu pihak menunduk sama ada ahli Parlimen atau pucuk pimpinan parti.
“Persaingan di antara UMNO dan Bersatu akan menjadi pertarungan kesetiaan terhadap parti. Ia menguntungkan UMNO dan kelebihan penyandang jawatan kepada Bersatu.
“Persaingan itu memang tidak dapat dielakkan kerana UMNO, Bersatu, malah Pas bagaikan adik-beradik yang cuba memikat ‘kekasih lama’ iaitu pengundi nasionalis Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian, Jumaat.
Beliau berkata, UMNO yang mahu menjatuhkan kerajaan pimpinan Muhyiddin perlu mengemukakan perbezaan dan pembaharuan dasar mereka daripada kerajaan sedia ada.
Pada Jumaat, Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, 31 ahli Parlimen UMNO dan BN itu berpendirian untuk menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya kerajaan meneruskan pentadbiran.
Ahmad Zahid membuat pengumuman penarikan sokongan terhadap Muhyiddin lebih awal pada Selasa
Kata Ismail Sabri, sebarang tindakan cubaan menjatuhkan kerajaan di luar Parlimen boleh dianggap sebagai menderhaka kerana melanggar hasrat dan titah Agong.
Ujar Ismail Sabri lagi, kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menghantar surat akuan tambahan ahli Parlimen parti itu menarik sokongan kepada kerajaan Muhyiddin dilihat bertentangan dengan titah Yang di-Pertuan Agong.
Sementara itu, penganalisis politik dan media sosial daripada Universiti Teknologi Mara Shah Alam, Profesor Madya Dr Sara Chinnasamy berkata, keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan PN dan Muhyiddin dilihat sebagai tindakan terburu-buru.
Katanya, keadaan itu menyebabkan kerugian kepada parti Melayu tersebut kerana tindakan yang tidak menunjukkan kesepakatan dan kebijaksanaan.
“Ketika ini, keselamatan dan kebajikan rakyat yang patut diutamakan kerana kita berada di pertengahan program imunisasi dan Pelan Pemulihan Negara (PPN).
“Rakyat bertungkus lumus mendapatkan vaksin. Jangan disebabkan politik, proses vaksinasi akan tergugat.
“Pergolakan politik tidak akan menyelesaikan masalah rakyat yang semakin tertekan akibat Covid-19. Saya rasa kerajaan PN sudah ambil kira input semua pihak dan banyak penambahbaikan dalam setiap pengumuman bantuan insentif,” ujarnya.
Penganalisis politik daripada Universiti Utara Malaysia, Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani pula berpendapat, perpecahan atau konflik yang berlaku dalam UMNO itu bukan melibatkan secara keseluruhan akar umbi parti.
Jelasnya, tindakan memecat ahli Parlimen mungkin akan berlaku sekiranya mereka tidak mengikut keputusan parti.
“Sebelum ini, Ahmad Zahid membuat permintaan untuk keluar menyokong keputusan parti, tapi tidak dilakukan. Jadi, kemungkinan besar tindakan akan diambil.
“Dalam konteks parti, apabila ada arahan tertinggi iaitu MKT untuk menyokong parti, kalau tidak diikut, biasanya akan disertai dengan tindakan disiplin seperti pecat atau gantung,” ujarnya.
*Pembetulan telah dilakukan di para tujuh dan lapan berhubung kenyataan Dr Chin Huat
Krisis UMNO dijangka berterusan
Baca Artikel Menarik :
Hari itu kata 40, kini cuma 31 Siti Sarah Kritikal, Bacaan Yasin Dan Doa Diadakan – Pengurus Undi Percaya, Kenapa Bulan September? Penasihat Khas Baharu Muhyiddin Bertaraf Penipu? Najib : Saya sanggup sokong PN kalau… Lagi pelawak terkenal buat onar Punca Rumah Rasa Bahang Walau Ada Kipas Dan Aircond Layari Laman Facebook MYKMU
The post Krisis UMNO dijangka berterusan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/08/07/krisis-umno-dijangka-berterusan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahmad Maslan Beri Bayangan Jika Presiden Umno Jadi Pm Krisis Dalaman Selesai

Ahmad Maslan Beri Bayangan Jika Presiden Umno Jadi Pm Krisis Dalaman Selesai

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 212 hits
agendadaily com10 8 2021Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan yakin jika Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjadi Perdana Menteri krisis dalaman akan selesai Krisis kemelut dalaman UMNO akan selesai apabila Presiden UMNO Datuk...
Elakkan Krisis Perlembagaan Pemimpin Umno Terus Lobi Melantik Perdana Menteri Interim

Elakkan Krisis Perlembagaan Pemimpin Umno Terus Lobi Melantik Perdana Menteri Interim

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 229 hits
KUALA LUMUR Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata negara memerlukan Perdana Menteri interim bagi mengelakkan krisis perlembagaan dan politik yang kian parah Menurutnya dengan adanya Perdana Menteri inter...
Umno S Ahmad Maslan Confirms He Is Among Signatories Of Declaration To Withdraw Support For Perikatan Muhyiddin

Umno S Ahmad Maslan Confirms He Is Among Signatories Of Declaration To Withdraw Support For Perikatan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 244 hits
In a tweet the Umno secretary general said he faced two choices before signing the declaration but ultimately the decision was not a difficult one for him to make Picture by Shafwan ZaidonJOHOR BARU Aug 3 Umno s Pontian MP Datuk Seri Ahmad ...
14 Umno Mps Retract Support For Pn So Far Party Sources

14 Umno Mps Retract Support For Pn So Far Party Sources

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 216 hits
At least 14 Umno MPs have retracted their support for the Perikatan Nasional government so far according to party sources They said besides the 11 who were present during the Umno press conference earlier today three others had also signed ...
Tok Mat Unanimous Decision By Supreme Council For Umno To Withdraw Support For Perikatan Govt

Tok Mat Unanimous Decision By Supreme Council For Umno To Withdraw Support For Perikatan Govt

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 286 hits
SEREMBAN The emergency Umno supreme council meeting on Tuesday evening decided unanimously to withdraw support for the Perikatan Nasional government says Datuk Seri Mohamad Hasan The Umno deputy president said the meeting was cordial with n...
Pn S Days Numbered Decide If You Want To Sink Or Swim Umno Veep Tells Bn Allies

Pn S Days Numbered Decide If You Want To Sink Or Swim Umno Veep Tells Bn Allies

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 352 hits
Khaled Nordin says BN component parties MCA and MIC were wise enough to decide on their own PETALING JAYA As Malaysia s game of thrones moves into the final phase an Umno vice president has reminded party MPs and Barisan Nasional component ...
Tan Sri Mahiaddin Yassin Gagal Di Mata Rakyat Umno Umum Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Pn Perdana Menteri

Tan Sri Mahiaddin Yassin Gagal Di Mata Rakyat Umno Umum Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Pn Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 315 hits
The ReporterUnited Malays National Organisation hari ini mengumumkan penarikan balik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini selepas mengadakan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMN...
Umno Tidak Akan Khianati Kerajaan Pn Zahidi Gesa Zahid Turut Tandatangan Surat Sokongan

Umno Tidak Akan Khianati Kerajaan Pn Zahidi Gesa Zahid Turut Tandatangan Surat Sokongan

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 281 hits
KUALA LUMPUR Seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Zahidi Zainul Abidin menegaskan parti itu tidak akan sesekali mengkhianati kerajaan Perikatan Nasional yang ditubuhkan secara bersama Sehubungan itu beliau meminta seluruh ahli UMN...
Umno Tidak Akan Pertahankan Kerajaan Pn Setia Bersama Agong

Umno Tidak Akan Pertahankan Kerajaan Pn Setia Bersama Agong

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 185 hits
UMNO membuat keputusan untuk tidak akan mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebaliknya menegaskan parti tersebut akan setia bersa...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Fishing As A Stress Reliever

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco