Krisis Makanan Miskin Bandar Makin Kritikal




KUALA LUMPUR 11 Ogos – Setiap malam minggu, terdapat tidak kurang 300 orang mengerumuni Dataral Amal (berdekatan CIMB) Jalan Chow Kit. Angka ini boleh mencecah 500 orang pada hari-hari tertentu. Pada bulan Ramadan, jumlahnya melebihi 1000 orang.
Ini satu fenomena sejak tiga tahun lalu.
Bagi aktivis kemanusiaan, peningkatan angka ini satu kejutan. Apa lagi, wujud perubahan drastik terutama demografi penerima bantuan makanan.
Sejak Ramadan 2017, angka penerima bantuan mula meningkat secara ketara. Trend ini berlarutan selepas Ramadan, dengan jumlah yang hadir mencecah 500 orang pada hujung minggu.
“Lebih 50 peratus penerima bantuan ialah warga miskin bandar dan bukan lagi gelandangan,” kata Aniza Mehboob Shah, aktivis Laskar4Life.
Realiti unik ini telah mengubah keadaan statik di jalanan sejak lebih dua dekad lalu. Dimana penerima bantuan makanan projek jalanan ialah gelandangan, musafir, penagih dadah, pekerja seks dan pesakit mental.
“Sekarang ini, kalau ada projek pemberian pakaian, warga miskin bandar paling ramai datang. Mereka akan kutip sebanyak mungkin pakaian. Mereka bawa balik dan bersihkan sebelum dijual semula. Kami membenarkannya kerana itu cara mereka menjana ekonomi,” kata Aniza.
Menurutnya, warga miskin bandar kini menerima lebih separuh daripada 300 hingga 600 paket makanan yang diedarkan. Penerima utama bukan lagi gelandangan, pekerja seks atau penagih dadah.
Siapa miskin bandar dimaksudkan Aniza?
Warga miskin bandar ialah penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar kawasan berdekatan Chow Kit. Kekurangan kemampuan kewangan menyebabkan warga PPR kini mendapatkan bekalan makan malam di jalanan.
Antara warga PPR muncul dari Flat Kampung Baru, Flat Sentul, perumahan di sekitar Jalan Ipoh dan kawasan Batu. Malah, ada yang datang sejauh Cheras dan Selayang.
“Biasanya mereka tinggalkan anak-anak untuk dapatkan antara empat hingga 10 bungkus makanan. Sebab ada warga miskin bandar ini, isi rumahnya ramai. Selain untuk makan malam, mereka juga simpan untuk sarapan pagi,” kata Aniza.
Ini satu kejutan. Jalan Chow Kit yang dulunya terkenal sebagai sarang pelacuran dan penagihan dadah, kini jadi tumpuan warga miskin di sekitar pusat bandar.
Perubahan ini disedari aktivis bantuan makanan. Tumpuan projek bukan lagi sekadar menyasarkan gelandangan, penagih dadah, pekerja seks mahu pun pesakit mental. Penerima utama sekarang ialah warga PPR.
Suasana akan lebih kritikal pada bulan Ramadan kerana kehadiran ratusan kanak-kanak berkeliaran di sekitar lokasi seawal 8.00 malam.
Malah, kanak-kanak berusia enam hingga 15 tahun akan berkerumun untuk mengumpulkan sebanyak mungkin makanan. Kini, deretan kanak-kanak menjadi pemandangan biasa setiap hari terutama hujung minggu.
“Kami ambil makanan seberapa banyak untuk makan malam. Baki disimpan untuk sarapan pagi. Emak akan panaskan,” kata Tia, kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dari PPR Sentul.
Pada 2012 ketika Laskar4Life memulakan projek edaran makanan setiap Khamis malam, 80 peratus penerima ialah gelandangan, termasuk penagih dadah dan pekerja seks.
“Tujuh tahun lalu, kalau ada 1000 bungkus makanan, ia boleh diagih di Chow Kit, Jalan Masjid India, Dataran Maybank, Masjid Negara dan sekitar Puduraya. Sekarang, semua habis di Chow Kit saja, kerana warga miskin bandar datang ke sini mendapatkan makanan,” kata Aniza.
Menurutnya, pada masa ini, 500 bungkusan pasti habis sekelip mata saja di sekitar Chow Kit. Majoriti penerima warga miskin bandar. Angka gelandangan, penagih dadah dan pekerja seks sudah mengecil.
Laskar4Life menyediakan dana sekitar RM500 hingga RM1000 bagi setiap projek edaran makanan.
“Ada kala, kami menyediakan sabun mandi, tuala kecil serta berus dan ubat gigi bagi gelandangan dan penagih dadah yang memerlukan. Paket ini memang dikhas untuk gelandangan dan penagih dadah sahaja,” kata Aniza.
Kalau ada pihak yang menyerahkan pakaian terpakai, selalunya gelandangan hanya mengambil sehelai dua saja. Namun, bagi warga PPR, lambakan pakaian terpakai ini satu peluang menambah pendapatan.
“Lebih 70 peratus yang mengambil pakaian terpakai ialah warga miskin bandar dari PPR. Kami tahu, pakaian ini dikutip dan dibasuh serta dijual semula secara murah kepada penduduk PPR yang lebih berkemampuan. Ini cara mereka mencari wang tunai,” kata Aniza.
Penderma pakaian pula tidak menghalang perbuatan ini kerana menerima hakikat, usaha menjual semula pakaian ialah kaedah menjana rezeki.
“Kita terima hakikat, mereka berusaha dan menjadikan peluang ini sebagai cara menjana ekonomi. Mereka perlu wang untuk makanan dan persekolahan anak-anak,” katanya.
Hingga kini, terdapat lebih sepuluh kumpulan aktivis aktif di sekitar Chow Kit. Hampir setiap malam terutama hujung minggu, wujud pelbagai muncul program bantuan makanan, perubatan dan pakaian. Malah, ceramah agama, kaunseling dan motivasi.
“Cuma meningkatnya angka kanak-kanak yang berkeliaran kawasan ini sesuatu yang sangat membimbangkan. Ada yang tidak bersekolah dan ada yang datang tanpa ibu bapa semata-mata untuk mendapatkan beberapa bungkus nasi,” kata Aniza.
NGO akan terus mengaturkan pelbagai program. Namun, kata Aniza, sudah sampai masanya fenomena miskin bandar dan gejala kanak-kanak berkeliaran mencari makanan hingga lewat malam dipantau.
“Mereka terdedah pada pelbagai manipulasi jenayah. Kawasan ini tidak selamat,” katanya.
Isu meningkatnya warga miskin bandar menerima bantuan di Dataran Amal juga menyebabkan aliran bantuan kepada gelandangan di Jalan Masjid India, Bangkok Bank, Jalan Tun HS Lee, Puduraya dan Menara Maybank terjejas.
“Terdapat lebih 1000 gelandangan di lima spot utama yang lain di Kuala Lumpur. Itu belum lagi menyediakan bantuan kepada musafir yang singgah atau ketiadaan tenpat tinggal dan menumpang tidur di tepi jalan depan Masjid Negara,” kata Aniza.
Pada masa ini terdapat kurang lima NGO yang menjalankan aktiviti bantuan kemanusiaan kepada gelandangan secara konsisten. Manakala, wujud puluhan kumpulan aktivis yang turut membantu walaupun dengan susunan jadual tidak konsisten.
“Banyak aktivis macam kami bergantung derma sumbangan rakan-rakan. Mereka tidak menerima dana pihak berkuasa kerana bukan bertaraf persatuan. Jadi, kekangan tunai antara sebab tumpuan difokuskan di Chow Kit,” kata Anizah.
Memandangkan keadaan gelandangan di lima spot utama juga memerlukan perhatian, Aniza menyeru anak-anak muda sekitar Kuala Lumpur mengambil peluang menjalankan kerja amal.
“Bantu gelandangan terbuar terutama warga emas di jalanan. Terutama di lima spot lain yang terbiar. Kerja amal bukan soal memberi bantuan, tetapi melatih anak muda jadi prihatin. Kita selesaikan mana yang mampu. Kerajaan selesaikan mana yang lebih besar,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/08/11/krisis-makanan-miskin-bandar-makin-kritikal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penghantar Makanan Kritikal Didakwa Dilanggar Lari Abang Rayu Saksi Kejadian Tampil Bantu Siasatan

Penghantar Makanan Kritikal Didakwa Dilanggar Lari Abang Rayu Saksi Kejadian Tampil Bantu Siasatan

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 257 hits
Malam tadi tular satu hantaran di media sosial yang ditulis oleh pemilik akaun Facebook Safri Safrina Safri mendakwa bahawa adik lelakinya telah dilanggar ketika menunggang motosikal pada malam 7 Ogos lalu Menurut Safri adiknya itu sebenarn...
Jerebu Dah Sampai Penang Pemandangan Bandar George Town Dari Butterworth Kabur Hari Ini

Jerebu Dah Sampai Penang Pemandangan Bandar George Town Dari Butterworth Kabur Hari Ini

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 283 hits
Orang ramai di pantai barat Semenanjung Malaysia dan Sarawak mula berdepan dengan masalah jerebu susulan daripada kebakaran hutan di lima wilayah di Indonesia Malah bukan di Malaysia sahaja negara jiran seperti Singapura juga akan terjejas ...
Hotel Novotel Melaka Hotel Di Tengah Bandar Melaka

Hotel Novotel Melaka Hotel Di Tengah Bandar Melaka

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 349 hits
Hotel Novotel Melaka Hotel Di Tengah Bandar Melaka l Assalamualaikum Beberapa minggu sebelum puasa yang lepas Ana sekali lagi ke Melaka Kali ni sebab En Suami ada kerja luar di sana Memula macam malas nak follow tapi bila dan 2 3 kali dia o...
Former Dbku Datuk Bandar Yusof Hanifah Passes Away

Former Dbku Datuk Bandar Yusof Hanifah Passes Away

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 180 hits
Datu Dr Yusof Hanifah KUCHING Datu Dr Yusof Hanifah the first Datuk Bandar of the Kuching North City Commission has passed away at the age of 82 yesterday A post on Sarawak Forestry Corporation s Facebook page today said Yusof who was its c...
Percutian Singkat Di Pontian Johor Atau Dikenali Sebagai Bandar Buah Nanas

Percutian Singkat Di Pontian Johor Atau Dikenali Sebagai Bandar Buah Nanas

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 966 hits
Dapat panggilan untuk berada di sedenak Johor dalam masa 24Jam sebab mempunyai jemputan dan memang tak sempatlah nak survey lokasi penginapan yang ada hanya tawakal berserah jelah bergerak ke destinasi tanpa persiapan Bertolak dari Kuala Lu...
Kos Tambang Dari Airport Guangzhou Ke Pusat Bandar

Kos Tambang Dari Airport Guangzhou Ke Pusat Bandar

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 250 hits
Kalau saya travel keluar negara antara faktor yang saya ambil berat ialah jarak dan kos perjalanan dari lapangan terbang ke pusat bandar Mujur untuk destinasi Guangzhou Kos Tambang Dari Airport Guangzhou Ke Pusat Bandar sangat sangat murah ...
Menjelang Belanjawan 2020 Fokuskan Usaha Mensejahterakan Penduduk Bandar

Menjelang Belanjawan 2020 Fokuskan Usaha Mensejahterakan Penduduk Bandar

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 360 hits
Pada 6 Ogos 2019Berdasarkan anggaran Laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke 11 populasi bandar di Malaysia akan bertambah kepada 25 9 juta orang atau 76 6 peratus pada tahun 2020 Ramai akan beralih ke kawasan bandar untuk mend...
Bandar Kasino Las Vegas Di Serang Belalang Apa Iktibar

Bandar Kasino Las Vegas Di Serang Belalang Apa Iktibar

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 385 hits
GAMBAR seorang pemilik akaun Twitter menunjukkan belalang memenuhi kawasan kaki lima jalan di bandar Las Vegas Ungkap Rahsia Yang Maha AgungLAS VEGAS Nevada Berjuta juta belalang hinggap di kawasan siar kaki popular di bandar kasino Amerika...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids