Kreativiti Ibubapa Menjayakan Pdpr Pelajar
Kreativiti Ibubapa Menjayakan PdPR PelajarSalam bloger, salam untuk semua teman di persada maya. Semoga hendaknya sihat dan bahagia dengan adanya udara dan nafas yang Allah kurniakan kepada kita semua. Alhamdulillah.
Pagi yang indah hari Khamis 23.9.2021, terdetik hati untuk mengketengahkan prestasi dua murid adik beradik yang bernama Reno Roddey dan Randdy Ronnie dua orang beradik kelahiran di Kampung Penagatan Ulu dan bersekolah di sekolah tempat Etuza bertugas. PdPR siapa tidak faham huruf tersebut. Mari Etuza bagi perkataan penuh PENGAJARAN dan PEMBELAJARAN DI RUMAH. Ha di rumah kediaman belajar sendiri dan seharusnya dibantu oleh ibubapa murid tersebut.
Renno dan Randdy sebenarnya antara murid bakal mendapat ANUGERAHTERBAIK PROGRAM PDPR 2021
Reno dan Randdy ya mereka ini murid Etuza. Setiap minggu ada tugasan mata pelajaran Sains tahun lima dan Sains tahun 1 bagi Randdy. Mereka sungguh hebat kerana semua tugasan update ( siap dan sempurna) tidak ada satu pun yang tertangguh. Ini yang menarik pada murid ini. Etuza lihat ada daya usaha yang bersungguh-sungguh, iaitu pernah ibu murid ini mengadu TIDAK ADA LINE, tak kuat tak power. Ibu itu risau lalu bawa anak di satu kawasan bukit di tanah kebun mereka di Batu 11 jalan Sook. Etuza lihat gambar yang diberikan pada Etuza serta pada guru lain Reno dan Randdy duduk atas batang kayu yang tumbang. Ha di atas batang kayu itu lah Reno dan Randdy belajar menyelesaikan tugasan semua mata pelajaran.
Hebat rasanya inilah KREATIVITI tanggungjawab ibubapa yang bertanggungjawab, yang jelas ada impian untuk anak berjaya disuatu masa akan datang. Untuk pengetahuan semua pembaca maya, orang kampung di kalangan suku bangsa DUSUN di desa Etuza mereka melakukan penghijrahan ke tanah baru, maksudnya selepas tanah di Kampung Penagatan Ulu diusahakan dan dituai hasil, mereka mencari lokasi tanah baru untuk dibuka dan diusahakan untuk bercucuk tanam dan penanaman getah atau kelapa sawit. Sebab itu Reno dan Randdy ikut ibubapa ke Batu 11 jalan Sook. PdPR mereka tetap lancar dan updated. Syabas dan Tahniah kita semua ucapkan
Kemas dan teratur kerja sekolah PdPR kedua murid ini..
Menjalankan tugas melaksanakan PdPR, mungkin mudah apabila kita berada di rumah sahaja. Tetapi sebagai seorang guru, tidak lari dari merasa bimbang dan ragu andai muridnya sekadar hantar gambar seolah sudah melakukan tugasan mereka. Guru bernafas lega apabila pembuktian dengan murid menghubungi guru apabila mereka tidak faham kemahiran dalam Kertas Modul atau di buku aktiviti. Guru hadapi dua cara untuk kukuhkan pengetahuan dan kefahaman murid. Iaitu guru gunakan VOICE MESEJ pada WhatsApp beri penjelasan atau guru terus merujuk gambar latihan dan tandakan tick right pada skrin smart phone dan send ke murid. Dengan cara ini murid merasa di hargai dan bangga kerana jawapan yang diberi adalah tepat. Pasti setelah bersemuka guru akan mengumpul semua buku latihan dan Kertas Modul murid untuk diSEMAK.
Kepada ibubapa dan murid nasihat Etuza HADAPILAH CABARAN MENJALANKAN TUGAS PDPR MENGGUNAKAN CARA KREATIVITI ANDA KERANA DENGAN BELAJAR SESUATU KEG=HIDUPAN AKAN TERUS TERISI DENGAN ILMU BARU yang bermanfaat di masa akan datang. ~etuza~
Syabas dan tahniah murid ini...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://madey09.blogspot.com/2021/09/kreativiti-ibubapa-menjayakan-pdpr.html