Kpw Jawi Mulakan Inisiatif Jadikan Masjid Pusat Transit Mangsa Keganasan Domestik


 BERNAMA
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, kementerian pembangunan wanita bekerjasama dalam usaha menangani masalah perceraian sepanjang pandemik.

Masjid Jamek Kuala Lumpur. Projek rintis jadikan masjid sebagai tempat perlindungan wanita dimulakan bagi menangani kes perceraian di negeri itu. Isu keganasan rumah tangga di negara ini dilihat semakin kritikal dan penularan pandemik Covid-19 diibaratkan bagai mencurah minyak ke dalam api yang sudahpun membara.
Justeru, tidak menghairankan jika kes penceraian turut meningkat, termasuk dalam kalangan pasangan Islam. Memetik pendedahan beberapa peguam syarie, sebuah akhbar melaporkan saban minggu ada sahaja kes suami isteri mahu bercerai sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Antara alasan penceraian yang difailkan di mahkamah ialah masalah kewangan yang akhirnya mencetuskan pergaduhan.
Menyedari betapa seriusnya masalah keganasan rumah tangga ini yang bukan sahaja membabitkan penderaan fizikal tetapi juga mental pasangan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), menggerakkan inisiatif menjadikan masjid sebagai pusat transit untuk mangsa keganasan domestik.
Mengulas tentang projek itu, Pengarah Jawi Mohd Ajib Ismail berkata program tersebut yang dilancarkan pada Mei lepas, terbuka kepada lelaki dan wanita, termasuk bukan Islam, yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Program ini merupakan antara inisiatif di bawah Pelan Pengimarahan Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan 2020-2024, bertujuan memperluas fungsi masjid sebagai pusat komuniti setempat yang menyediakan pelbagai kemudahan, meliputi keperluan psikososial dan kerohanian untuk semua lapisan masyarakat, katanya kepada Bernama.
Beliau berkata buat permulaan, dua masjid dipilih sebagai perintis iaitu Masjid Wilayah Persekutuan dan Masjid Al-Ghufran Pinggiran Taman Tun Dr Ismail.
Menurut beliau, kemudahan itu hanya untuk mangsa yang langsung tidak mempunyai tempat hendak dituju dan memerlukan perlindungan pada kadar segera.
“Pihak masjid akan membantu mangsa untuk memberikan perlindungan sementara dengan syarat telah membuat laporan polis berkaitan keganasan rumah tangga dan laporan perintah perlindungan kecemasan (EPO) JKM jika perlu,” katanya.
Mengulas lanjut, Ajib berkata sepanjang berada di pusat transit itu, mangsa akan diberikan bimbingan kerohanian dan kaunseling oleh pegawai masjid dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bagi membantu mangsa membuat pertimbangan secara rasional selain memikirkan tindakan seterusnya.
Beliau berkata selain menyediakan pusat transit, Jawi juga mengenal pasti 12 masjid lagi yang dijadikan pusat aduan dan khidmat kaunseling untuk mangsa, selain menjalankan aktiviti yang dapat meningkatkan kesedaran tentang jenayah keganasan rumah tangga dalam masyarakat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/kpw-jawi-mulakan-inisiatif-jadikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jawi Sahkan Masjid Kini Dijadikan Tempat Pelindungan Mangsa Penderaan Bagaimana Dengan Bukan Muslim

Jawi Sahkan Masjid Kini Dijadikan Tempat Pelindungan Mangsa Penderaan Bagaimana Dengan Bukan Muslim

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 295 hits
Mungkin ramai tidak sedar terdapat peningkatan kes keganasan rumah tangga yang begitu membimbangkan ketika pandemik ini Ia dilaporkan disebabkan oleh keadaan ekonomi yang membawa masalah kewangan
Tp Pkk Pusat Telah Salurkan 10 Ribu Paket Sembako Dan Sosialisasikan Prokes 5m

Tp Pkk Pusat Telah Salurkan 10 Ribu Paket Sembako Dan Sosialisasikan Prokes 5m

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 102 hits
Tim Penggerak Pemberdayaan Kesejahteraan Keluarga Pusat aktif terlibat membantu pemerintah mengurangi beban masyarakat terdampak pandemi Covid 19
Tampilkan Bakat Dan Kreativiti Anda Di 7 Pusat Kraftangan Terbaik Di Negeri Selangor

Tampilkan Bakat Dan Kreativiti Anda Di 7 Pusat Kraftangan Terbaik Di Negeri Selangor

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 507 hits
Kurang 4 bulan berbaki sehingga kita memasuki tahun 2022 tetapi masih belum terlambat untuk andamencubahobi baharu yang mampu mengasah bakat terpendam anda Untuk kali ini Tourism Selangor akan berkongsi 7 lokasi di sekitar Negeri Selangor u...
20 Tahun Akan Datang Sabah Sarawak Pusat Ekonomi

20 Tahun Akan Datang Sabah Sarawak Pusat Ekonomi

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 209 hits
Bekas wakil rakyat UMNO Mohamed Tawfik Ismail Dalam 20 tahun yang akan datang bekas wakil rakyat UMNO Mohamed Tawfik Ismail meramalkan politik di negara ini akan berpusat di Malaysia Timur bukan lagi di Semenanjung Malaysia Menurut anak bek...
Inginkan Alat Ganti Tulen Perodua Tempah Sahaja Menerusi Kaunter Advisor Di Pusat Servis Mereka

Inginkan Alat Ganti Tulen Perodua Tempah Sahaja Menerusi Kaunter Advisor Di Pusat Servis Mereka

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 147 hits
Masih ramai yang tidak tahu akan hal ini dimana sering meletakkan sepenuhnya kepada pihak bengkel atau pengedar kecil untuk menguruskan tempahan sedangkan ia boleh sahaja ditempah menerusi pusat servis dan dijamin akan kualiti dan harga yan...
Sabah Jalankan Ujian Swab Terhadap Orang Utan Selepas Kakitangan Pusat Konservasi Disahkan Positif Covid

Sabah Jalankan Ujian Swab Terhadap Orang Utan Selepas Kakitangan Pusat Konservasi Disahkan Positif Covid

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 172 hits
Ahli veterinar akan terus memantau spesies itu dan ujian akan terus dijalankan secara berkala Ujian swab Covid 19 orang utan dijalankan oleh ahli veterinar Jabatan Hidupan Liar Sabah berpakaian lengkap selepas kakitangan pusat rehabilitasi ...
Korban Pelecehan Seksual Di Kpi Pusat Tunggu Hasil Tes Psikis

Korban Pelecehan Seksual Di Kpi Pusat Tunggu Hasil Tes Psikis

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 177 hits
Menurut Rony MS menjalani wawancara pengisian dokumen form hingga menceritakan terkait yang dialami baik itu soal perundungan hingga pelecehan seksual Prosesnya pun dilakukan secara privat tanpa pendampingan kuasa hukum
Tali Pusat Bayi Baru Lahir Terkena Jangkitan Kenal Pasti 5 Keadaan Ini Segera Dapatkan Rawatan

Tali Pusat Bayi Baru Lahir Terkena Jangkitan Kenal Pasti 5 Keadaan Ini Segera Dapatkan Rawatan

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 228 hits
Penjagaan anak pasti perkara yang paling dititikberatkan oleh kebanyakan ibu bapa Ini termasuklah tentang menjaga tunggul tali pusat bayi yang baru dilahirkan Jom kenal pasti tanda ia dijangkiti dan cara merawatnya Penjagaan tunggul tali pu...
The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Lirik Lagu Doremon Atmosfera


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025