Kosimbut Hill Kiulu Sook Baru Tulid
.Kosimbut Hill..KIULU,SOOK Baru Tulid....Salam blogger Malaysia, salam Keluarga Malaysia, salam hormat juga kepada pembaca maya. Pembaca yang tak sengaja landing di Blog Etuza juga diucapkan terima kasih. Semoga kita terhindar dari wabak covid-19 dan penyakit lain yang menggerunkan. Aamiin.
Hari ini, mendapat gambar di group whatsApp family. Etuza lalu tertarik pada aktiviti keluarga ipar Etuza yang berada di Sook, daerah yang agak jauh dari Bandar Keningau. Tetapi jalanraya yang aspal dan upgred membantu perjalanan ke Sook agak cepat berbanding dahulu. Gambar kiriman adik adalah seperti gambar dua orang anak adik Etuza dan gambar suami serta gambar keluarga saudara ipar keluarga ipar Etuza.
Sahlan Asibin merupakan ipar Etuza, ketika hikking di Kosimbut Hill Kiulu, Baru Sook
Berada di satu tempat hentian Izah & Madiha,,,
Sahlan dan anaknya abadikan kenangan ketika hikking di Kasimbut Hill, Sook Baru Tulid.
Berkibar bendera ..megah dengan ketinggian Gunung Kosimbut Hill
Memulakan pendakian..kelihatan mencabar ..
Jika di Daerah Keningau, memang banyak tempat yang cantik dan mencabar untuk di naiki. Hikking bukit lembah dan naik bukit. Ada juga bukit namanya Bukit Matanoi dan Bukit Lugas. Jika hikking ke tempat ini anda akan melakukan satu pendakian yang keadaannya terus bukit tinggi. Pasti mengah naik kedua bukit ini.
Baiklah rasanya jika hendak merancang membuat pendakian bukit di mana pun tempat anda berada, pastikan beberapa perkara hendaklah di periksa dan dirancang dengan baik.
1. Persediaan dari segi tahap kesihatan. Pastikan sihat fizikal meliputi mental anda. Elakkan pergi mendaki bukit dalam keadaan tidak sihat.2. Bersarapan dan cukup minum air.3. Rancang perjalanan pada awal pagi serta kelengkapan pergi mendaki sudah lengkap. Terutamanya mesti bawa smart phone anda.5. Rancang pergi mendaki secara kumpulan BUKAN BERSENDIRI. Kerana biasanya tempat pendakian ( Bukit ) terpencil agak bahaya jika berseorangan.6. Emosi stabil, cergas dan bersemangat, pasti sampai ke puncak. Yakin diri. Inilah masa uji keberanian dan kecergasan anda.7. Jangan lupa ambil gambar pegun untuk kenangan atau vedio anda mendaki bukit. Share kegembiraan anda pada group whatsApp keluarga anda.
Bukit ini sediakan tali untuk berpaut, agak mencabar kelihatannya ..
Agaknya ini di puncak bukit ini atau hanyatitik hentian ke Puncak Bukit Kosimbut HillKiulu, Sook Baru Tulid
Izah (baju hitam ) bersama adiknya Madihahkayu agayo ( pokok besar )
Ini ank2 n csin2 ..pcik2 anty sini....Brtnda Dihah n iZah...sy xjoin,Sda Naik SOKID jg😊 ..kenangan byk d situ...
Inilah kata-kata adik Etuza dalam whatsApp.Adik-adik pun happy dapat SIJIL..menarik tu..
Etuza ucapkan tahniah kepada team ipar Etuza dan dua anak perempuannya berjaya dengan mudah hadapi cabaran hikking KOsimbut Hill di Kiulu Sook Baru Tulid. Suatu masa Etuza mahu juga hikking tempat ini. Tunggu keadaan dan masa yang menentukan dengan izin Allah juga.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://madey09.blogspot.com/2021/10/kosimbut-hillkiulusook-baru-tulid.html